SUNDERLAND - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menjangkakan anak-anak buahnya tidak akan menerima layanan 'istimewa' apabila berentap dengan Sunderland dalam saingan Liga Perdana England di Stadium of Light malam ini."Sunderland kini berada pada prestasi terbaik dan mereka mempamerkan peningkatan yang begitu ketara."Bekas kapten saya di United (Steve Bruce) telah melakukan tugasnya dengan membimbing Sunderland begitu baik sekali. Kami terpaksa berdepan dengan sebuah kelab yang sedang berada pada prestasi terbaik mereka."Disebabkan itu, saya berasakan perlawanan ini nanti akan menjadi lebih menarik kerana saya yakin Sunderland akan mempamerkan persembahan terbaik mereka dan kami terpaksa untuk menghadapinya," jelas Ferguson.Sebelum ini, timbul spekulasi mengatakan Bruce akan memberi laluan mudah buat United untuk mencatatkan kemenangan dalam perlawanan tersebut disebabkan dia pernah beraksi bersama skuad The Red Devils.
"Kami pernah menewaskan Tottenham Hotspur, Liverpool dan Arsenal di halaman sendiri dan ia sudah cukup untuk membuktikan bahawa kami bukan seperti yang dikatakan."Apa yang saya tahu ketika bekerja di bawah Ferguson, dia tidak akan sesekali mengharapkan bantuan daripada pihak lain kerana dia sedar itu semua di luar bidang kuasanya. Sudah tentu dia berharap kami akan mempamerkan persembahan terbaik."Bagi saya, siapa yang akan bergelar juara liga hanya akan diketahui pada perlawanan terakhir musim ini dan ia bukannya sesuatu yang akan mengejutkan saya," kata Bruce. Ketika saingan liga berbaki dua perlawanan, United kini hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, Chelsea yang akan menentang Liverpool di Anfield malam ini.Sekiranya Liverpool menang atau mencatat keputusan seri dengan Chelsea, ia bakal memberi kelebihan buat United merangkul kejuaraan liga bagi musim keempat berturut-turut. - AgensiSaturday, May 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nice post :)
ReplyDeleteditunggu kunjungan baliknya yaah ,