Tuesday, August 11, 2009

Rooney makin 'panas'
Sumber:http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0812&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_05.htm

LONDON - Wayne Rooney sudah bersedia mengetuai cabaran Manchester United musim ini.Dia turut berazam untuk merealisasikan sasaran menjaringkan 25 gol yang tetapkan oleh pengurusnya, Alex Ferguson.Sebelum ini, Ferguson telah berjanji memberi peluang kepada penyerang England itu bermain di posisi kegemarannya iaitu di bahagian tengah serangan berikutan pemergian Cristiano Ronaldo.Begitupun, Ferguson mahu Rooney membayar kepercayaannya dengan meledakkan seberapa banyak gol musim ini.Rooney meledakkan 20 gol dalam semua kempen buat United musim lepas dan sedar dia perlu menambah koleksi jaringannya musim ini.Bagaimanapun, bekas penyerang Everton itu percaya tanggungjawab besar yang dipikulnya setelah ketiadaan Ronaldo tidak sesekali merisaukannya."Sudah tentu 25 gol adalah sasaran yang saya harap dapat dicapai.
"Saya sentiasa kata yang saya sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol dan harapnya saya akan dapat melakukannya musim ini," kata Rooney."Saya telah dapat apa yang saya mahu. Saya mahu bermain di bahagian tengah serangan."Pengurus telah beritahu yang saya akan bermain di posisi tersebut musim ini, jadi saya gembira mendengarnya."Ronaldo telah menyumbang 67 gol sepanjang dua musimnya di Old Trafford dan kini United perlu mencari pengganti kepada ketiadaannya."Dia (Ronaldo) adalah pemain terbaik di dunia dan banyak persoalan timbul apabila kami kehilangan dia," kata Rooney."Saya juga ada jangkaan tersendiri ke atas diri saya sejak tujuh tahun lalu. "Sama ada Cristiano ada atau tidak, saya masih tetap mempunyai jangkaan saya sendiri." - Agensi

Monday, August 10, 2009

Fergie salahkan pengadil
Sumber : http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm

LONDON - Alex Ferguson menyelar keputusan pengadil perlawanan, Chris Foy yang tidak melayangkan kad merah kepada Michael Ballack pada aksi Perisai Komuniti di Stadium Wembley kelmarin.Perancang Chelsea itu dilihat menyiku Patrice Evra sehingga menyebabkan pertahanan Manchester United terjatuh.Foy bagaimanapun membiarkan permainan diteruskan dan situasi itu menyaksikan Frank Lampard meledakkan gol kedua Chelsea ketika kedudukan terikat 1-1.
"Jika pengadil melihatnya dengan teliti, ia satu kesalahan kad merah," kata Ferguson. "Dia telah menyiku Evra dengan jelas. Pengadil berada berhampiran dan mempunyai pandangan yang jelas, jadi dia (Ballack) lebih bernasib baik. Begitupun, sekurang-kuranya pengadil patut menghentikan permainan."
Ferguson juga menuduh kalangan pemain bintang The Blues yang sengaja berpura-pura cedera untuk melambatkan permainan.
"Ketika gol kedua mereka, pengadil membuat keputusan untuk enggan menghentikan permainan. Dia telah pun menghentikan permainan sebanyak dua kali," kata Ferguson. "Pengadil kata ia insiden yang serius walaupun Ballack terus bangun selepas itu. Apabila pemain berlakon untuk menghentikan permainan, itulah perkara yang saya bimbangkan.
"Perbuatan itu tidak betul. Sesuatu harus dilakukan untuk menanganinya. Jika pengadil denda pemain kerana menghentikan permainan, maka tidak mengapa. Tapi dia (pengadil) tidak membuat keputusan dengan baik hari ini." - Agensi

WEMBLEY: Salomon Kalou menyempurnakan sepakan penalti kemenangan ketika Chelsea menundukkan Manchester United 4-1 menerusi penentuan penalti buat meraih kejuaraan Perisai Komuniti dalam aksi kompetitif sulung Carlo Ancelotti selaku pengendali. Aksi pembuka tirai tradisi musim bola sepak Inggeris itu di Stadium Wembley, malam tadi tidak menyaksikan tahap permainan hebat, tetapi disaingi sengit dengan penyudah yang mendebarkan. Dengan perlawanan terikat 1-1, pemain United, Patrice Evra terbaring di padang selepas dikasari Michael Ballack ketika pemain tengah Chelsea, Frank Lampard menjadikan kedudukan 2-1.
Jaringan itu menjelmakan reaksi berang pemain United yang berasakan perlawanan patut dihentikan. Tetapi juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berjaya bangkit menyamakan kedudukan pada masa kecederaan menerusi penyerang England, Wayne Rooney. United yang bakal mempertahankan gelaran EPL tanpa kelibat Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez berjaya mendapatkan gol awal apabila Nani membuka tirai jaringan selepas perlawanan berlangsung 10 minit. Apapun, Ricardo Carvalho cantik menyudahkan peluang buat menyamakan kedudukan untuk Chelsea pada minit ke-52. - AP

Saturday, August 8, 2009


LONDON - Rio Ferdinand memberi amaran kepada Chelsea bahawa Manchester United akan menjadikan perlawanan Perisai Komuniti di Wembley malam ini sebagai bukti mereka mampu mencipta kejayaan tanpa Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez.Pengurus United, Alex Ferguson dan pengendali Chelsea, Carlo Ancelotti mungkin tidak begitu risau terhadap keputusan yang bakal tercipta pada aksi pembuka tirai Liga Perdana England itu, namun fokus utama pastinya terarah kepada United sama ada mampu atau tidak menguasai perlawanan tanpa kelibat Ronaldo dan Tevez.Jaringan dan kelincahan Ronaldo banyak membantu United mencatat kejayaan di pentas domestik dan Eropah sebelum ini manakala aset berharga Tevez yang kerap meledakkan gol setiap kali masuk sebagai pemain gantian, banyak menyelamatkan maruah skuad Red Devils itu.
Begitupun, Ferdinand percaya barisan Red Devils tidak begitu merasai kehilangan Ronaldo dan Tevez."Ramai antara kami telah berada di sini sejak beberapa tahun lalu," kata Ferdinand yang dijangka mengetuai United pada aksi malam ini."Kelab ini masih tetap hebat walaupun ada beberapa pemain keluar dan masuk. Kerjasama di antara pemain dalam pasukan ini lebih penting daripada seorang pemain."Anderson turut tidak meragui kemampuan pasukannya untuk memberi cabaran dalam saingan musim ini."Untuk menjuarai Perisai Komuniti akan memberi bukti kepada dua perkara utama."Pertama ia akan memberi malu kepada Chelsea dan kedua ia akan menunjukkan yang kami masih boleh menang walaupun tanpa Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez," kata Anderson. - AFP

Friday, August 7, 2009

Ferguson belajar hidup tanpa Ronaldo, Tevez

Sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Sukan/20090807225842/Article/index_html

LONDON: Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson, akan berdepan ujian getir pertama tanpa kelibat Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez dalam aksi pembukaan musim Perisai Komuniti menentang Chelsea, esok. Selepas menghabiskan bulan lalu dengan perlawanan persahabatan pra-musim di seluruh dunia yang lebih seperti sesi latihan, Ferguson kini sedia untuk menangani urusan serius di Wembley. Ketika Ferguson mahupun pengendali baru Chelsea, Carlo Ancelotti, tidak akan memandang berat keputusan aksi pembuka tirai musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, pengurus dari Scotland itu pastinya mahu melihat petanda betapa United mampu hidup tanpa dua bintang yang memainkan peranan penting sejak dua musim lalu.
Jumlah 67 gol Ronaldo sepanjang tempoh itu memainkan peranan penting di sebalik kejayaan United di kancah EPL dan Liga Juara-Juara Eropah, ketika kemampuan Tevez menyumbang gol penting ketika masuk sebagai pemain gantian menukar banyak aksi berpihak buat United. Rekod yuran perpindahan dunia berjumlah 80 juta pound (RM464 juta) mengurangkan kesan pemergiannya ke Real Madrid, tetapi peralihan Tevez ke Manchester City masih meninggalkan kesan kurang baik di Old Trafford. Kini Ferguson boleh menguji pengganti mereka – seperti Michael Owen dan Antonio Valencia – dalam suasana lebih kompetitif sebelum kempen liga domestik bermula pada 15 Ogos.
Sebenarnya, Ferguson tahu hampir mustahil untuk menggantikan bakat unik seperti Ronaldo dan Tevez. Sebaliknya, dia akan menguji aturan taktik untuk menjelmakan aksi terbaik daripada Wayne Rooney, Dimitar Berbatov dan pemain lain seperti Anderson dan Nani. "Halangan sentiasa jadi faktor penting dalam usaha membentuk dan meningkatkan pasukan," katanya. "Saya sentiasa bertindak balas baik terhadap halangan sejak sekian lama dan setiap kali kami kalah sesuatu perlawanan, saya beritahu pemain bahawa aksi seterusnya ialah yang paling penting - perlawanan yang kami perlu fokus. Itulah keadaannya di kelab ini." - AFP
Owen mampu gegar
Sumber :http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0808&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm


MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson meramalkan penyerang barunya, Michael Owen mampu meledak banyak gol musim ini. Owen yang diambil secara percuma dari Newcastle United terlepas empat peluang keemasan ketika aksi persaha- batan bertemu Valencia Rabu lalu. Dalam enam aksi pramusim di Asia sebelum itu, penyerang veteran England itu telah menjaringkan empat gol. Rekod penyerang berusia 29 tahun itu yang sering mengalami kecederaan selama empat musim di Newcastle sebe- lum ini membuatkan ramai beranggapan dia sudah melepasi zaman kemuncaknya. Namun, bagi Ferguson, beliau tetap yakin dengan kemampuan yang dimiliki Owen.
"Owen mungkin telah melepasi fasa kemuncak dalam kariernya yang mana dia tidak mampu menyerlah pada setiap perlawanan. Tetapi dia tetap akan menjaringkan banyak gol untuk United. "Saya sememangnya mengikuti rekod perkembangannya sepanjang dia beraksi untuk England, Liverpool dan Newcastle sebelum ini," kata Ferguson. Ferguson turut yakin Owen dapat mengambil inspirasi daripada apa yang dilakukan Paul Scholes musim lalu apabila dia kembali daripada kecederaan dan beraksi pada final Liga Juara-Juara tatkala usianya sudah mencecah 34 tahun.
"Owen mungkin menjadi pemain paling kontroversi yang kami bawa masuk musim ini tetapi saya percaya dia akan terus mengejutkan semua pihak," jelasnya. Ketika Ferguson menggandingkan Owen dengan Wayne Rooney sewaktu United bertemu Valencia, jurulatih kebangsaan England, Fabio Capello turut dilihat hadir menyaksikan perlawanan tersebut. Sementara itu, Ferguson mengakui, beliau masih belum menentukan sama ada mahu meletakkan Ben Foster atau Tomasz Kuszczak sebagai pengganti Edwin van der Sar yang terpaksa diketepikan selama dua bulan akibat patah jari. "Kedua-dua mereka memiliki kualiti tersendiri. Kuszczak menyelamatkan dua percubaan bahaya Valencia seperti yang dilakukannya ketika bertemu Boca Juniors minggu lepas tetapi kita akan lihat nanti," kata Ferguson. ssaewsUnited akan bertemu Chelsea di Wembley malam esok untuk perlawa- nan pembuka tirai Perisai Komuniti bagi musim 2009/10. - Agensi
Tugas berat Valencia
Sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Sukan/20090807051713/Article/index_html

Bukan mudah mahu saingi rekod Ronaldo

LONDON: Tampak seolah-olah seperti menyertai Manchester United selaku pengganti Cristiano Ronaldo belum cukup sebagai satu cabaran kepada Antonio Valencia ketika pemain sayap Ecuador itu perlu memenuhi tuntutan selaku tonggak dalam Liga Perdana Inggeris. Apabila Ronaldo berpindah ke Real Madrid, Jun lalu, pengurus United, Sir Alex Ferguson pantas membelanjakan 17 juta pound (RM100.3 juta) untuk mengumpan Valencia dari Wigan.
Valencia, 23, mula menarik perhatian Ferguson ketika beraksi selama 20 minit untuk Wigan menentang United pada 2006. “Antonio adalah pemain kami minati buat sekian lama,” kata Ferguson. “Saya pasti kepantasan dan keupayaannya akan memberi sumbangan penting kepada pasukan kami.” Andai berpandu kepada statistik jelas Valencia akan bergelut menyaingi Ronaldo dalam jaringan. Bintang Portugal itu menjaringkan 71 gol dalam dua musim terakhirnya bersama United, Valencia hanya menemui jaring tujuh kali dalam 89 penampilan buat Wigan. - AFP