Friday, July 31, 2009

Ferguson terpaksa ubah taktik

Sumber:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan_Luar_Negara&pg=sl_02.htm

MANCHESTER, England - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mengakui pemergian Cristiano Ronaldo ke Real Madrid memaksanya mengubah taktik kelab itu musim ini.Musim lalu Ferguson sering menggunakan tiga pemain tengah untuk memberi Ronaldo lebih banyak ruang bebas bergerak di mana sahaja. Cara itu membolehkan Ronaldo mempamerkan permainan terbaiknya sambil Ferguson mengukuhkan barisan belakang yang kebal. Ini menyaksikan Ronaldo mampu menjaringkan 60 gol dalam dua musim lalu.
Namun selepas Ronaldo dijual pada harga rekod dunia 80 juta pound (RM468.79 juta), Ferguson terpaksa mencari pemain lain untuk menggantikannya dengan mempelbagaikan gandingan di bahagian tengah dan serangan. "Memang saya akui, Cristiano adalah satu kehilangan besar dalam konteks sumbangan jaringan gol yang dilakukannya. "Namun kami tidak boleh tidak masih perlu terus mencari gol tanpanya. Jadi taktik telah diubah untuk tujuan itu dan penyokong kami boleh menyaksikan gaya berbeza yang bakal kami pamerkan musim ini," katanya dalam laman web kelab itu.
Ketika ini Ferguson banyak menggunakan Wayne Rooney sebagai penyerang tengah berbanding berlegar-legar di luar kotak penalti musim lalu. "Apa jua usaha untuk menjaringkan banyak gol musim ini, selain meletakkan sasaran 100 gol, pemain juga perlu meningkat satu tapak ke depan jika mahu muncul juara liga lagi atau berjaya di peringkat Eropah. "Seperti beberapa tahun lalu, jaminan gol mampu diperoleh menerusi Paul Scholes, Ryan Giggs dan David Beckham sekurang-kurangnya 10 biji semusim. "Namun selepas itu, jaringan daripada pemain tengah tidak lagi menjadi. Inilah yang kami akan gunakan kembali dengan meletakkan harapan kepada Park Ji-Sung, Nani, (Luis Antonio) Valencia mahu pun (Danny) Welbeck dan (Federico) Macheda untuk mencari 40 gol. "Pemain pertahanan juga mampu menyumbang gol menerusi beberapa gerakan taktikal," tegasnya. - AFP

No comments:

Post a Comment