Tuesday, July 28, 2009

MU hampir menerima kejutan
Kosmo 26/07/09

SEOUL - Manchester United bangkit pada separuh masa kedua untuk menewaskan kelab Korea Selatan, FC Seoul 3-2 pada aksi ketiga Jelajah Asia mereka di Stadium Piala Dunia Seoul malam tadi. Beraksi di hadapan 80,000 penonton, FC Seoul mengejutkan United dengan gol pertama pada minit ke-23 menerusi sepakan voli penyerang import dari Montenegro, Dejan Damjanovic.
Wayne Rooney bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-33 selepas dia berjaya menanduk masuk bola hantaran lintang John O'Shea. Ketika perlawanan hampir menuju ke wisel penamat separuh masa pertama, FC Seoul berjaya memperoleh gol kedua mereka menerusi Damjanovic. Ketinggalan 1-2, Alex Ferguson memulakan babak kedua dengan memasukkkan Edwin van der Sar dan Darron Gibson bagi menggantikan Tomasz Kuszczak dan Darren Flet- cher. Gol penyamaan United hadir pada minit ke-59 selepas Federico Mache- da bijak menyempurnakan hantaran daripada Rooney. Bagi menambah sengat di barisan serangan, United membawa masuk pula Paul Scholes, Dimitar Berbatov dan Michael Owen bagi menggantikan Macheda, Ryan Giggs dan Rooney.
Hasilnya United berjaya memperoleh gol ketiga pada minit ke-67 menerusi jaringan Berbatov yang menanduk masuk bola hantaran lintang daripada Gibson. Suasana stadium akhirnya bergema apabila Ferguson membawa masuk pemain pujaan Korea Selatan, Park Ji-sung pada minit ke-73 tetapi kedudukan 3-2 kekal sehingga wisel penamat. Ini merupakan kemenangan ketiga United selepas mereka menewaskan Malaysia 3-2 dan 2-0 di Kuala Lumpur pada dua aksi sulung jelajah pramusim mereka pada 18 dan 20 Julai lalu. - Agensi

No comments:

Post a Comment