Friday, August 7, 2009

Tugas berat Valencia
Sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Sukan/20090807051713/Article/index_html

Bukan mudah mahu saingi rekod Ronaldo

LONDON: Tampak seolah-olah seperti menyertai Manchester United selaku pengganti Cristiano Ronaldo belum cukup sebagai satu cabaran kepada Antonio Valencia ketika pemain sayap Ecuador itu perlu memenuhi tuntutan selaku tonggak dalam Liga Perdana Inggeris. Apabila Ronaldo berpindah ke Real Madrid, Jun lalu, pengurus United, Sir Alex Ferguson pantas membelanjakan 17 juta pound (RM100.3 juta) untuk mengumpan Valencia dari Wigan.
Valencia, 23, mula menarik perhatian Ferguson ketika beraksi selama 20 minit untuk Wigan menentang United pada 2006. “Antonio adalah pemain kami minati buat sekian lama,” kata Ferguson. “Saya pasti kepantasan dan keupayaannya akan memberi sumbangan penting kepada pasukan kami.” Andai berpandu kepada statistik jelas Valencia akan bergelut menyaingi Ronaldo dalam jaringan. Bintang Portugal itu menjaringkan 71 gol dalam dua musim terakhirnya bersama United, Valencia hanya menemui jaring tujuh kali dalam 89 penampilan buat Wigan. - AFP

No comments:

Post a Comment