Sunday, August 2, 2009

United nafi curi Pogba

MANCHESTER - Penyandang juara Liga Perdana England, Manchester United menafikan mereka telah mencuri pemain berusia 16 tahun, Paul Pogba dari kelab Perancis, Le Havre. United telah dituduh menawarkan nilai tinggi kepada ibu bapa pemain remaja itu, yang menjadi ketua pasukan kebangsaan bawah 16, bagi mendorongnya untuk membatalkan kontrak yang dimilikinya sehingga hujung musim ini.
"Perbuatan ini tidak boleh diterima sama sekali yang dilakukan oleh pasukan berstatus tinggi," menurut satu kenyataan keras Le Havre. Bagaimanapun jurucakap United berkata kepada BBC Sport, ia adalah tidak benar, semuanya telah dilakukan di bawah garis panduan UEFA. "Pemain itu dan ibu bapanya enggan untuk meneruskan perbincangan dengan Le Havre kerana Manchester United menawarkan jumlah wang yang sangat tinggi kepada ibu bapa pemain itu dengan tujuan meneruskan perpindahan anaknya itu," menurut kenyataan Le Havre lagi. - AFP

No comments:

Post a Comment