Thursday, August 6, 2009

Van der Sar kena rehat
LONDON: Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan memulakan musim baru tanpa khidmat penjaga gol Belanda, Edwin van der Sar yang terpaksa berehat selama lapan minggu akibat patah jari.Berdasarkan laman web rasmi kelab (www.manutd.com), Van der Sar menjalani pembedahan tangan kirinya yang cedera selepas menyelamatkan sepakan penalti Danijel Pranjic ketika kekalahan United di tangan Bayern Munich baru-baru ini.“Dia tidak akan dapat beraksi hingga lapan minggu,” kata kelab itu. “Ujian menunjukkan dia tidak akan dapat mencapai tahap kecergasan hingga hujung September.”Van der Sar menjadi tonggak kejayaan United ketika menjulang gelaran ke-18 musim lalu dan mencatat rekod bersih tanpa melepaskan sebarang gol sepanjang 14 perlawanan berturut-turut. - Reuters

No comments:

Post a Comment