Tuesday, August 25, 2009

Vidic setia bersama United

MANCHESTER, England 26 Ogos - Pemain pertahanan Serbia, Nemanja Vidic semalam menegaskan dia tidak terfikir untuk meninggalkan kelab yang diwakilinya ketika ini, Manchester United. Vidic yang membuat penampilan pertama musim ini pada Sabtu lalu ketika membantu United mencatat kemenangan 5-0 ke atas Wigan, selepas pulih daripada kecederaan.
Pemain itu menyatakan pendiriannya bagi menjawab spekulasi yang menyatakan dia bercadang meninggalkan kelab terkemuka England tersebut. “Saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai Barcelona atau Real Madrid mahupun AC Milan, atau mengenai mana-mana kelab terkemuka lain. “Malah saya juga tidak pernah bercakap mengenai masa depan saya. Oleh itu, saya tidak tahu kenapa ada orang lain mengeluarkan kenyataan seperti itu. “Saya telah membuktikan di Wigan betapa saya begitu gembira bersama kelab ini (United),” kata Vidic. -AFP

No comments:

Post a Comment