Friday, September 11, 2009


Spurs mampu ancam United

LONDON – Pengurus Manchester United, Alex Fergu- son menganggap Tottenham Hotspur (Spurs) antara empat pencabar utama The Red Devils musim ini.Tottenham yang dibimbing Harry Redknapp bermula cemerlang musim ini dengan empat kemenangan berturut- turut.United pula mencatat kemenangan tipis ke atas Arsenal dan Birmingham selain membelasah Wigan tetapi tewas mengejut kepada Burnley.Awal pagi esok, United bakal berdepan tugas berat apabila berkunjung ke White Hart Lane untuk bertemu anak buah Redknapp itu pada aksi Liga Perdana England.
“Mereka (Tottenham) membuat permulaan cemerlang musim ini dan selepas menonton rakaman video, mereka mampu memberi masalah kepada kami.“Redknapp telah membawa masuk beberapa pemain yang sudah biasa dengannya seperti (Peter) Crouch dan (Jermain) Defoe.“Selepas itu dia ambil pula (Nico) Kranjcar dari Portsmouth dan (Wilson) Palacios dari Wigan. Saya rasa semua ini pembelian berbaloi,” kata Ferguson.United bakal diperkuat dengan kehadiran semula Rio Ferdinand yang pulih daripada kecederaan paha.Gary Neville pula sudah kembali berlatih selepas mengalami kecederaan pangkal paha tetapi John O’Shea bakal terlepas perlawanan ini ekoran cedera di bahagian betis. – AFP

No comments:

Post a Comment