Monday, September 14, 2009


United elak buat silap
MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson yakin anak-anak buahnya tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang berlaku ketika mereka tewas kepada Barcelona pada final Liga Juara-Juara musim lepas.United mempamerkan aksi kurang bertenaga ketika tumpas 0-2 kepada juara Liga Sepanyol itu dan Ferguson mengakui kekalahan tersebut adalah satu pengajaran yang berguna menjelang pertemuan dengan Besiktas awal pagi esok."Kamu boleh cari punca dan alasan (atas kekalahan tersebut) tetapi lebih baik kamu cari sebab kekalahan itu," kata Ferguson.
UNITED akan memulakan kempen Liga Juara-Juara musim ini dengan menentang Besiktas."Mereka (Barca) jelas sekali sebuah pasukan hebat. Jika tiada sebab utama di atas kekalahan ini, maka kami perlu berasa risau. Tetapi saya rasa ada sebab yang kukuh, jadi kami akan melupakannya."Saya tidak mahu beritahu sebab-sebab tersebut tetapi saya telah melihat rakaman perlawanan itu dan menilainya semula. Ia membuatkan saya berasa lebih terperinci tentang persiapan dan semuanya dalam kempen ini."Adakah kami memiliki hotel yang sesuai? Atau perkara lain seperti itu, tentang latihan dan segala-galanya. Jadi saya sudah dapat gambaran jelas tentang setakat mana kemampuan kami."Saya rasa masalah tersebut boleh diselesaikan dan kejayaan juga pasti mampu dicapai." - Reuters

No comments:

Post a Comment