Sunday, September 13, 2009

United tetap hebat - Fergie

LONDON - Alex Ferguson yakin Manchester United akan menutup mulut pengkritiknya dan memenangi kejuaraan Liga Perdana England buat kali keempat berturut-turut musim ini.
GIGGS (kanan) masih mampu membuktikan kehebatannya meskipun semakin dimamah usia. United dilihat semakin lemah tanpa Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez musim ini dan mula dikritik hebat selepas mempamer prestasi hambar pada awal saingan termasuk kekalahan 0-1 kepada pendatang baru, Burnley. Begitupun, anak buah Ferguson itu sudah mula menemui rentak dan selepas membelasah Wigan 5-0 dua minggu lepas, mereka sekali lagi membuktikan kualiti sebenar apabila mencalar rekod tanpa kalah Tottenham Hotspur dengan kemenangan 3-1 di White Hart Lane kelmarin. "Saingan musim ini baru bermula dan masih terlalu awal untuk memperkatakannya, tapi saya rasa kami akan berada pada tahap terbaik," kata Ferguson.
"Kami telah katakan sebelum musim ini bahawa kami memiliki pemain yang hebat dan mereka semakin menunjukkan peningkatan setiap masa. "Cuba lihat Darren Fletcher sekarang dan cara dia bermain dan kami juga ada tiga pemain berpengalaman, Paul Scholes, Ryan Giggs dan Gary Neville. "Tiada sebab mengapa kami gagal memenangi gelaran dengan memiliki pemain seperti ini. Saya meletakkan kepercayaan kepada mereka, tapi jelas sekali cabaran musim ini bukanlah mudah." Spurs mendahului 1-0 selepas 52 saat permainan dimulakan menerusi jaringan Jermain Defoe, namun respons yang dipamerkan oleh United lebih hebat. Giggs menyamakan kedudukan 1-1 menerusi sepakan percuma pada minit ke-24, sebelum Anderson dan Wayne Rooney menambah gol kedua dan ketiga buat Red Devils. - AFP

No comments:

Post a Comment