Sunday, November 1, 2009


‘Rooney boleh jadi sensasi di Madrid’

Cristiano Ronaldo (kiri) kini sudah ‘merindui’ Wayne Rooney dan mahu digandingkan di Real Madrid. – AP
LONDON – Penyerang Manchester United, Wayne Rooney pasti akan menjadi pemain ‘sensasi’ jika beraksi buat Real Madrid, kata bekas rakan sepasukan, Cristiano Ronaldo.“Dia sangat bijak jika datang. Ini adalah tempat yang sesuai untuk pemain-pemain terbaik dunia, dan tidak diragui, dia salah seorang daripadanya.“Wayne pasti menjadi pemain sensasi di sini,’’ ujar Ronaldo kepada akhbar The Sun.Ronaldo, yang meninggalkan United untuk menyertai Real Madrid pada musim ini terlepas tiga perlawanan terakhir bersama gergasi Sepanyol itu akibat kecederaan buku lali.Walaupun menyuarakan keinginan untuk kembali berganding dengan Rooney, namun Ronaldo tidak menjangkakan perkara itu akan berlaku dalam tempoh terdekat.
“Saya sedar, ia akan mengambil masa yang lama buatnya untuk meninggalkan England.“Dia (Rooney) sayangkan negaranya, dia cintakan Manchester dan dia adalah orang Liverpool. “United juga adalah kelab yang baik buatnya tetapi anda tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan,’’ ujar bintang Portugal itu lagi. – AP

No comments:

Post a Comment