Friday, December 11, 2009

Vidic kembali diturunkan

VIDIC (kanan) kembali perkuatkan jentera pertahanan United pada pertemuan menentang Aston Villa awal pagi esok.

MANCHESTER - Nemanja Vidic bersedia untuk kembali mengetuai barisan pertahanan Manchester United apabila juara bertahan itu turun menentang Aston Villa di Old Trafford awal pagi esok.Pemain dari Serbia itu merupakan salah seorang daripada lapan pemain pertahanan United yang terlepas aksi Liga Juara-Juara ketika menewaskan Wolfburg 3-1, Rabu lalu kerana mengalami masalah kesihatan.Ia sekali gus memaksa Alex Ferguson merombak barisan pertahanannya dengan menggandingkan Darren Fletcher dan Michael bagi membantu Patrice Evra.Tatkala Vidic bakal kembali beraksi, ketia- daan Rio Ferdinand, John O'Shea dan Jonny Evans bakal memaksa Ferguson sekali lagi meletakkan Carrick di posisi pertahanan tengah andai Wes Brown masih belum boleh beraksi setelah mengalami kecederaan buku lali.Dengan Fletcher dan Carrick lebih diguna- kan sebagai pemain pertahanan dalam bebe- rapa perlawanan sebelum ini, Darron Gibson berpeluang beraksi sejak sebulan lalu dan telah menjaringkan tiga gol.
"Ia memang detik sukar buat United. Saya tidak gemar melihat ramai pemain cedera tetapi ia memberi peluang kepada saya membuktikan sesuatu."Tetapi sukar juga kalau tidak beraksi langsung tetapi nampaknya pengurus cukup percaya dan saya perlu ambil peluang ini," kata Gibson. Biarpun berjaya menggalas tugas sebagai pemain pertahanan dengan baik, Fletcher tetap menganggap betapa pentingnya empat pemain pertahanan asal dapat kembali beraksi secepat mungkin. "Jika tidak kami terpaksa lalui seperti apa kami lakukan sepanjang minggu lalu dan berfikir kami cukup memiliki kualiti untuk menang tidak kiralah siapa lawan kami. "Tetapi kami tetap berharap para pemain pertahanan kami akan kembali cergas kerana kami bakal berdepan beberapa perlawanan penting selepas ini dan berharap semua dapat turun beraksi," jelas Fletcher. Biarpun United dilanda masalah kecederaan, pengurus Villa, Martin O'Neill menegaskan bahawa pasukannya tidak mahu terlalu yakin dalam kunjungan ke tempat lawan. - AFP

No comments:

Post a Comment