Friday, January 1, 2010

Beckham enggan rai gol aksi temui United

LONDON - Bintang pinjaman AC Milan, David Beckham (gambar) tidak akan meraikan jaringannya jika dia meledak gol ketika berdepan dengan Manchester United dalam aksi kalah mati Liga Juara-Juara.Beckham mengakui, dia sangat gembira apabila kelab sementaranya itu diundi bertemu bekas kelab lamanya, United pada pusi- ngan kalah mati kempen Liga Juara-Juara.Untuk rekod, Beckham telah beraksi dalam 394 perlawanan buat United dengan menyumbang 85 gol sebelum meninggalkan Old Trafford dan menyertai Real Madrid pada 2003.Ini adalah kali pertama dia akan turun menentang anak-anak buah Alex Ferguson itu selepas perpindahannya ke Madrid."Sekiranya saya menjaringkan gol, saya tidak akan meraikannya."Saya lebih suka kalau dapat sumbangkan gol tetapi sudah pasti saya tidak akan meraikannya."Saya tahu kadangkala apabila tiba saat perlawanan yang genting, kamu tidak akan memikirkannya, jadi kita tidak tahu apa yang akan berlaku."Namun, saya ingin memberi- tahu kamu bahawa saya tidak akan meraikannya."Perancang berusia 34 tahun itu menyertai Milan secara pinjaman daripada LA Galaxy dalam usaha- nya merebut tempat dalam skuad kebangsaan England ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. - Agensi

No comments:

Post a Comment