Friday, February 19, 2010

Everton gubra tunggu Rooney

Penyerang MU paling dibenci di Goodison Park

LONDON: Penyerang Manchester United, Wayne Rooney kembali ke kelab yang menaikkan namanya apabila juara bertahan itu berkunjung ke Everton hari ini. Dua gol daripada penyerang England itu ketika kemenangan ke atas AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara membolehkan jumlah golnya kini adalah 25, dan dia tetap ghairah menambahkan lagi buat United dalam usaha kelab itu memenangi Liga Perdana Inggeris untuk kali keempat berturut-turut, di Goodison Park.

Rooney kini menjadi pemain yang dibenci di kalangan penyokong Everton selepas meninggalkan kelab itu untuk ke Old Trafford pada 2004, tetapi dia adalah orang terakhir yang akan meminta pengurus United, Sir Alex Ferguson merehatkannya, pada ketika mereka ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, Chelsea. “Sejak dua bulan terakhir, kita sudah lihat peningkatan dalam permainannya dan semua ini boleh dikaitkan dengan keyakinannya,” kata Ferguson mengenai Rooney. “Kemampuan asasnya adalah hebat seperti pemain terkemuka yang lain. Apa yang perlu dilakukanya adalah sentuhan golnya dan itulah yang dilakukannya sekarang.”
Louis Saha mungkin berharap United akan memenangi gelaran Liga Perdana tetapi harapan sedemikian pasti diketepikan oleh penyerang Everton yang kian menemui sentuhannya apabila berdepan bekas kelabnya hari ini.

Saha, yang tempoh empat musimnya di Old Trafford dibayangi dengan kecederaan, sudah menghasilkan 15 gol musim ini dan dua jaringannya membantu Everton menewaskan pendahulu, Chelsea 2-1, awal bulan ini. “Saya pasti suka untuk menyatakan Everton akan memenangi liga tapi amat jelas ia tidak akan berlaku. “Chelsea adalah kuat tapi saya rasakan United lebih baik, dan secara peribadi, saya akan gembira jika mereka menjuarainya,” kata penyerang warga Perancis berusia 31 tahun itu. - AFP

No comments:

Post a Comment