Saturday, February 27, 2010

Perhitungan United, Villa

ROONEY (kanan) belum pasti diturunkan pada final Piala Liga di Wembley malam ini.

STADIUM Wembley bakal menjadi tumpuan apabila Manchester United berentap dengan Aston Villa pada final Piala Liga malam ini.Tatkala United turun dalam misi mempertahankan gelaran juara yang dimenangi mereka musim lalu, Villa pula tampil dengan hajat menambah koleksi Piala Liga buat kali keenam.Begitupun, pengurus United, Alex Ferguson berhasrat untuk merehatkan penyerang sensasinya, Wayne Rooney malam ini.Ini kerana, Ferguson tidak mahu 'ayam tambatan'nya itu mengalami sebarang kecederaan ketika khidmatnya masih diperlukan bagi membantu United memburu kejuaraan Liga Perdana England musim ini.Para penyokong fanatik United dan England juga tidak mahu Rooney dibelenggu masalah kecederaan menjelang kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Jun depan.
"Memang saya sedang memikirkan perkara itu (merehatkan Rooney pada final Piala Liga) kerana kami akan berdepan de- ngan beberapa perlawanan penting sele- pas ini."Kami akan menghadapi 10 perlawanan liga dan diharapkan kami akan beraksi dalam enam perlawanan Eropah (Liga Juara- Juara)."Jadi kami tidak mahu Wayne ditimpa musibah kerana saya percaya dia akan menjadi sasaran utama pemain lawan nanti," kata Ferguson.Sementara itu, pengurus Villa, Martin O'Neill optimis anak-anak buahnya mampu menyekat misi United mempertahankan kejuaraan Piala Liga."Perlawanan akhir ini merupakan perla- wanan penting buat kelab, pemain-pemain dan juga penyokong-penyokong kami. Saya berharap ia akan berakhir dengan kegem- biraan."Kami tidak mahu pergi ke sana (Wembley) hanya sebagai penumpang... sekadar mahu berseronok sahaja tanpa memenangi perlawanan tersebut."Sudah tentu kami akan memberikan tentangan sengit dan melakukan yang terbaik untuk menang," jelas O'Neill. - Agensi

No comments:

Post a Comment