Saturday, February 6, 2010

United amuk, The Reds gah

ROONEY merai jaringannya ketika menentang Portsmouth di Old Trafford, semalam.

Man City diaib Hull City

MANCHESTER: Jentera serangan Manchester United seperti tidak henti-henti, malam tadi apabila bersahaja membelasah pasukan bermasalah, Portsmouth 5-0 untuk kembali melonjak selaku pendahulu baru Liga Perdana Inggeris (EPL). Apapun, status anak didik Alex Ferguson berbekal 56 mata mungkin bersifat sementara kerana andai Chelsea - yang kini hanya satu mata di belakang - dapat menewaskan Arsenal, di Stamford Bridge, hari ini, lawan itu akan kembali merampas semula takhta liga. Sementara itu, pasukan tetangga, Manchester City hampa apabila tewas 1-2 kepada Hull City manakala Liverpool meneruskan rekod tanpa kalah kepada tujuh perlawanan dengan menewaskan Everton 1-0.
Dalam perlawanan kurang seimbang di Old Trafford, gol United dijaringkan Wayne Rooney dan Dimitar Berbatov manakala tiga pemain Portsmouth menjaringkan gol sendiri buat menambah derita kelab berkenaan. AFP

No comments:

Post a Comment