Monday, February 22, 2010


United perlu kuat: Evra

MANCHESTER: Patrice Evra melaungkan amaran kepada Manchester United menjelang pertembungan menentang West Ham, hari ini bahawa mereka berdepan bahaya membenarkan faktor keletihan menjejaskan impian mereka memburu gelaran keempat berturut-turut Liga Perdana Inggeris (EPL). Barisan Sir Alex Ferguson kelihatan lesu dalam kekalahan mengejut 3-1 di Everton, Sabtu lalu, yang membenarkan Chelsea membuka pendahuluan empat mata di atas liga. Ia adalah kekalahan keenam liga buat United musim ini dan apa yang lebih mengejutkan ia hadir selepas kekalahan menakjubkan Liga Juara-Juara menentang AC Milan di San Siro. Pemain antarabangsa Perancis, Evra mengetahui anak buah Ferguson tidak boleh mengalami keciciran lagi jika mereka mahu mengejar Chelsea, apa lagi menentang pasukan tercorot, West Ham di Old Trafford. Tetapi pertahanan itu mengakui skuad Ferguson itu mengalami keletihan pada waktu yang salah dan mungkin kehilangan kepercayaan mereka boleh mengatasi barisan didik Carlo Ancelotti. “Kekalahan di Everton mengecewakan dan kami begitu sedih. Saya mahu memberikan alasan, untuk mengatakan bahawa kami keletihan selepas malam yang menakjubkan di San Siro,” kata Evra. Tetapi saya tidak mahu memberikan alasan kerana saya fikir kami tidak berhak untuk menang.

“Apa-apa pun kami keletihan. Saya, setiap pemain, ramai pemain keletihan tetapi secara mental, kami tewas perlawanan kerana sebelum perlawanan, semua orang berkata, ‘Oh saya rasa letih, kaki saya? “Saya tidak fikir kami fokus terhadap perlawanan dan itulah sebab mengapa saya tidak mahu memberikan alasan itu, kerana jika anda tidak memiliki semangat sama - dan saya fikir kami tidak memiliki semangat juara - itulah sebab mengapa kami tewas perlawanan itu. - AFP


No comments:

Post a Comment