Monday, March 1, 2010

'Saya sudah jangka Rooney'
ROONEY mempamerkan aksi cemerlang pada perlawanan akhir Piala Liga menentang Aston Villa malam kelmarin dengan menjaringkan gol kemenangan United.

LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menyatakan yang dia memang sudah menjangka Wayne Rooney akan menjaringkan gol kemenangan untuk membolehkan United menjulang trofi Piala Liga (Carling Cup) di Stadium Wembley malam kelmarin.Rooney masuk sebagai pemain gantian dan menanduk masuk gol kedua United pada minit ke-74 untuk mengatasi Aston Villa 2-1.Villa mendahului United seawal minit keempat menerusi sepakan penalti James Milner selepas Nemanja Vidic menjatuhkan Gabriel Agbonlahor sebelum Michael Owen menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian."Kami bermula teruk pada perlawanan ini. Sepakan penalti yang diberi itu, saya rasa ia memang keputusan yang tepat."Tapi kami bangkit dan Owen menampilkan kualitinya. Malangnya dia mengalami kecederaan hamstring selepas itu dan Rooney pula masuk untuk menjaringkan gol kedua."Tentang prestasi Rooney, ia memang sudah dijangka. Terdapat banyak lagi perlawanan penting menanti dan kejayaan ini pastinya memberi lonjakan semangat kepada kami," kata Ferguson.

Sementara itu, Vidic berasakan pengadil perlawanan, Phil Dowd telah membuat keputusan terbaik untuk tidak melayangkan kad merah atas kekarasan yang dilakukannya terhadap Agbonlahor pada awal perlawanan itu."Saya tak rasa ia kad merah kerana saya berada di depannya, bukan belakang. Jika saya di belakang Agbonlahor, memang wajar kad merah diberikan kepada saya."Sememangnya sesuatu yang manis apabila memenangi perlawanan penting seperti ini. Tapi ia perlu hadir bersama usaha keras. Saya rasa kami memang layak menang," kata Vidic. - AFP

No comments:

Post a Comment