Monday, March 8, 2010

United gelabah Rooney cedera

LONDON - Wayne Rooney kini menjadi masalah besar menjelang persiapan Manchester United menentang AC Milan dalam Liga Juara-Juara, kata pengurus Alex Ferguson, kelmarin.

Rooney terlepas permainan ketika United menang tipis 1-0 ke atas Wolves, kelmarin selepas mendapat kecederaan lutut semasa bermain selama 90 minit mewakili England menentang Mesir dalam aksi persahabatan minggu lalu.''Kedudukan Rooney tidak dapat dipastikan menjelang aksi menentang Milan. Kami tidak bernasib baik kerana padang Wembley telah 'membunuhnya' (Rooney),'' tegas Ferguson.Kemarahan Ferguson terhadap penyerang United itu memuncak kerana dipaksa bermain selama 90 minit dalam aksi persahabatan tersebut, tiga hari selepas dia Rooney menjaringkan gol kemenangan pasukannya dalam perlawanan akhir Piala Liga.''Musibah yang menimpanya (Rooney) adalah disebabkan sikap teruja yang melampau. Masalah dia ialah dia tidak tahu mengawal diri,'' kata Ferguson tentang Rooney yang telah menjaringkan 23 gol dalam liga pada musim ini.United menang 3-2 dalam pertemuan pertama kalah mati di San Siro, tetapi ketiadaan Rooney pada perlawanan Rabu ini mungkin mengubah keadaan apatah lagi ketiadaan Michael Owen.Menurut Ferguson, beliau tidak menolak kemungkinan untuk membariskan Dimitar Berbatov dalam senarai kesebelasan utama.''Saya agak kagum dengan permainan Berbatov ketika menentang Wolves dan dia mungkin akan disenaraikan dalam kesebelasan utama pada perlawanan Rabu ini,'' ujar Ferguson. - Reuters

No comments:

Post a Comment