Tuesday, July 28, 2009


Tekad baru Rooney
Harian metro 28/07/09

MANCHESTER (England): Penyerang Manchester United, Wayne Rooney berkata, dia dahagakan jaringan menjelang sepak mula Liga Perdana Inggeris (EPL), 15 Ogos depan dengan skuad Red Devils menjalankan persiapan pramusim, Piala Audi di Jerman.Penggempur itu sedar bahawa tumpuan kini lebih terarah kepadanya selepas gandingan jentera serangan, Cristiano Ronaldo berhijrah ke Real Madrid dan mahu mengatasi jumlah 20 gol yang dilakukannya musim lalu.“Saya sentiasa berkata bahawa saya mahu menjaringkan lebih banyak gol berbanding musim lalu. Jadi, ia adalah sesuatu yang mahu saya buru kali ini.“Jika saya berjaya mencapainya, saya pasti amat gembira,” katanya kepada laman web kelab, www.manutd.com.
Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson berkata, dia 'sukar membuat pilihan' untuk menentukan pemain mengisi jentera serangan pada musim baru EPL. Pemain baru, Michael Owen meledak ketika menentang Hangzhou untuk menambah dua jaringannya di Malaysia.Ferguson, yang memburu empat trofi EPL berturut-turut, menggandingkan Owen dengan Dimitar Berbatov dalam kesebelasan utama buat julung kali di China dan kedua-duanya meledak pada babak pertama.“Kami tidak menggunakan Macheda tapi, saya fikir ia membuatkan pilihan menjadi sukar.“Saya fikir bahawa peningkatan prestasi Macheda seperti yang kita lihat sesuatu yang baik untuk pemain berusia 17 tahun itu dan dia memiliki kelebihan fizikal untuk bersaing,” katanya.Dengan pengalaman Berbatov dan Owen serta bakat Rooney, Ferguson seharusnya berasa gembira.“Saya fikir kami tidak begitu teruk.“Persembahan beberapa penyerang kami ternyata berada di kelas pertama. Jadi, atas alasan itu saya seharusnya gembira,” kata Ferguson selepas menyaksikan bintang veteran, Ryan Giggs mencatat hatrik. - AFP

No comments:

Post a Comment