Tuesday, July 28, 2009


United menang besar
Utusan Malaysia 27/07/09

HANGZHOU, China - Michael Owen menjaringkan dua gol manakala Ryan Giggs melakukan hatrik ketika membantu juara Liga Perdana Engalnd, Manchester United menang besar 8-2 ke atas Hangzhou Greentown pada perlawanan persahabatan terakhir Siri Jelajah Asia mereka di sini, semalam.Selain dua pemain itu, turut menyumbang jaringan pada perlawanan menentang kelab pertengahan Liga Super China itu adalah Dimitar Berbartov, Zoran Tosic dan Nani.Owen yang baru menyertai United secara percuma dari Newcastle awal bulan ini paling menonjol kerana semakin menunjukkan keserasian walaupun digantikan Wayne Rooney di babak kedua. Owen setakat ini sudah menjaringkan empat gol sepanjang Jelajah Asia ini termasuk ketika menewaskan Malaysia sebelum ini.
Bagaimanapun ketika menewaskan FC Seoul 3-2, 48 jam lalu, Owen tidak menjaringkan gol tetapi pantas meletakkan United dua gol di depan dalam masa dua minit ketika menentang Hangzhou semalam.Gerakan menariknya pada minit ke-23 diikuti gol kedua ketika perlawanan memasuki setengah jam cukup untuk memusnahkan harapan tuan rumah dalam melakukan kejutan.Berbatov juga semakin mempamerkan gandingan mantap dengan Owen di samping tidak kehilangan sentuhan jaringannya.Cuma perlawanan semalam, United gagal menyekat Hangzhou daripada menjaringkan gol apabila dua kali bolos.
Gol pertama tuan rumah dijaringkan Wang Hongyou menerusi tandukan selepas menyambut sepakan sudut 13 minit sebelum permainan tamat.Satu lagi gol Hangzhou dijaringkan selepas Giggs melengkapkan hatriknya. Ia dijaringkan Valdo pada minit-minit terakhir permainan.Perlawanan semalam mengakhiri Siri Jelajah Asia United yang selepas ini akan menyertai Piala Audi di Jerman - kejohanan yang disertai empat kelab ternama dunia. - Reuters

No comments:

Post a Comment