Friday, August 7, 2009

Benteng tempang


MANCHESTER: Pertahanan Manchester United, Nemanja Vidic dan Wes Brown mungkin tidak dapat beraksi pada saingan Perisai Komuniti menentang Chelsea di Wembley, Ahad ini.Vidic dari Serbia dan pertahanan kanan England, Brown tidak beraksi ketika menang 2-0 ke atas Valencia dalam satu perlawanan persahabatan di Old Trafford kelmarin dan mereka dijangka tidak sempat sembuh sebelum hujung minggu ini.John O’Shea akan menggantikan tempat Brown yang kecederaan paha manakala Jonny Evans akan menggantikan Vidic yang dilaporkan cedera pergelangan kaki.Pengurus United mengharapkan kedua-duanya akan kembali cergas untuk membantu pasukannya menentang Birmingham pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris, 16 Ogos ini.
Selain dibebani masalah pertahanan, Ferguson juga perlu mengakui bahawa gerakan penyudah Michael Owen masih lagi mengecewakan ketika menentang Valencia apabila dia terlepas empat peluang untuk menjaringkan gol pertamanya di Old Trafford.“Memang baik sekiranya Michael dapat menjaringkan gol,” kata Ferguson. “Dia mungkin menjaringkan empat gol. Ada kalanya pergerakannya bagus tetapi apabila menerima hantaran Wayne Rooney, cubaannya pula melewati palang gol.”Ketika aksi longlai Owen itu turut disaksikan jurulatih England, Fabio Capello, Ferguson pula gembira dengan prestasi pemain sayap Ecuador, Antonio Valencia yang merencana kedua-dua gol United itu.“Ia satu persembahan yang menarik,” kata Ferguson. “Ia memang usaha baik oleh seorang pemain sayap. Dia melakukan larian pantas, bertenaga dan seimbang.“Sejak hadir ke kelab kami, dia berjaya memberikan impak yang baik dan kami gembira dengan persembahannya.” - AFP

No comments:

Post a Comment