Thursday, August 27, 2009

Debaran undian Liga Juara
Sumber :http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Sukan/20090828012559/Article/index_html
MANCHESTER: Sir Alex Ferguson pasti resah menunggu detik undian Liga Juara-Juara awal pagi ini, apabila menyedari Manchester United mungkin terpaksa berdepan Cristiano Ronaldo dan pasukan barunya, Real Madrid. Gergasi Sepanyol itu mungkin memecahkan rekod dunia untuk mendapatkan Ronaldo pada harga £80 juta (RM464 juta), belum lagi £56 juta (RM324.8 juta) untuk Kaka dan pemain lain yang dibeli dengan harga tinggi, namun kehadiran mereka untuk undian di Monaco hanya selaku pilihan kedua bersama tujuh pasukan lain. Ini bermakna salah satu daripada empat kelab Inggeris bakal diundi dalam kumpulan bersama dengan Madrid kerana United, Liverpool, Chelsea dan Arsenal - yang membenam harapan Celtic di Stadium Emirates malam kelmarin - diletak selaku pilihan utama.
Malah, bagi pengurus baru Chelsea, Carlo Ancelotti, dirinya pasti berdepan tugas lebih sukar daripada ancaman Madrid, bimbang anak buahnya turut diundi bersama dengan Inter Milan pimpinan Jose Mourinho. Berpandukan autobiografi Ancelotti yang baru diterbitkan, dia nyata bukan peminat terhadap lelaki yang sebelum ini mengisi kerusi panas Stamford Bridge - dia secara terbuka menganggap dirinya istimewa seperti dirinya - dan idea bertentang dengan Mourinho dalam dua perlawanan kompetitif di awal tugasnya selepas berpindah dari AC Milan, adalah suatu yang cuba dielak. Diundi dalam kumpulan termasuk Juventus, satu lagi bekas majikannya, mungkin juga suatu yang mahu cuba dielakkan Ancelotti.
Dengan kedudukan pasukan pilihan seumpama itu pada tahun ini, salah satu daripada kelab Inggeris pasti diundi dalam kumpulan maut. Selain tiga gergasi Eropah di kelompok kedua, masih ada lagi pasukan hebat yang diletakkan selaku pilihan ketiga dan keempat. Dua pasukan akan layak dari setiap kumpulan tetapi tugas pasti sukar buat empat kelab Inggeris andai terpaksa turut berdepan dengan kelab seperti Atletico Madrid atau Stutrgart dalam kumpulan mereka atau mungkin juga pilihan keempat, Wolfsburg, juara dari Jerman. - Agensi

No comments:

Post a Comment