United buru 100 gol
Sumber: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0802&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_04.htm
LONDON – Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menetapkan sasaran kepada skuad kendaliannya untuk meledakkan 100 gol supaya dapat mencipta satu lagi kejayaan pada musim depan. Ferguson turut meminta pemain tengah dan pertahanannya mula meningkatkan kualiti mereka bagi mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh Cristiano Ronaldo. Dalam semua kempen musim lepas, juara Liga Perdana England itu telah merekodkan 99 gol dengan 26 gol disumbangkan Ronaldo.
“Jika kami mahu memenangi gelaran liga sekali lagi dan juga gelaran Eropah, pemain kami perlu meningkatkan permainan mereka. “Mereka harus menjaringkan 100 gol dalam semua kempen dan itulah sasaran kami sekali lagi. “Beberapa tahun sebelum ini kami boleh jamin dapat gol menerusi Paul Scholes, Ryan Giggs dan David Beckham. Gol daripada pemain tengah semakin berkurangan sejak kebelakangan ini, jadi kami perlu atasinya.
“Saya akan cuba tetapkan sasaran kepada Park (Ji-Sung), Nani, (Luis Antonio) Valencia, malah (Danny) Welbeck dan (Federico) Macheda untuk menyumbang 40 gol di antara mereka. “Wayne Rooney berkemampuan menjaringkan 18 gol atau lebih pada satu musim dan Owen pula boleh menyumbang 15 gol kepada kami,” jelas Ferguson. – Agensi
No comments:
Post a Comment