Wednesday, September 30, 2009

United sasar angka lapan

MANCHESTER - Manchester United menyasar kemenangan berterusan kepada lapan perlawanan apabila menentang juara Jerman, Wolfsburg dalam Liga Juara-Juara di Old Trafford, esok.United melancarkan buruan gelaran buat kali ketiga selepas menang 1-0 ke atas Besiktas dalam perlawanan terdahulu sementara lawan mereka, Wolfsburg juga mencatat kemenangan ke atas CSKA Moscow - satu pertemuan yang dianggap seimbang.United turun selaku pasukan pilihan kali ini berdasarkan rekod bersih di tempat sendiri dan kemenangan dalam enam pertemuan aksi Liga Perdana England, tidak termasuk ketika menewaskan Besiktas dalam pertemuan pertama terdahulu, selepas melalui tempoh suram kalah kepada Burnley dalam saingan liga domestik.
Kemenangan terakhir United semasa menewaskan Stoke City, Sabtu lalu menguatkan lagi keyakinan Red Devils, malah John O' Shea yakin tidak ada halangan untuk mencapai lapan kemenangan jika menewaskan Wolfsburg, esok. ''Kami tahu betapa pentingnya untuk kembali bersaing selepas tewas kepada Burnley yang sungguh mengecewakan. ''Kami selalunya akan cepat bertindak jika keputusan tidak memberangsangkan (kalah) dengan menghasilkan kemenangan selepas itu. Saingan akan bertambah sengit dan kami perlu memastikan semangat ini berterusan,'' kata O'Shea.
Perlawanan terakhir United di Old Trafford ialah menentang musuh ketat, Manchester City yang berkesudahan dengan kemenangan tuan rumah 4-3 tetapi penjaga gol, Ben Foster dipersalahkan atas gol pertama lawan. Foster bagaimanapun sedar untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama dan membuktikan dia masih hebat menjelang menentang Wolfsburg, perkara yang turut diakui sendiri oleh rakan sepasukannya, Nemanja Vidic. ''Saya berasa selesa dengan Ben dan saya sangat positif dengan keyakinannya. Lebih banyak anda beraksi dengan penjaga gol yang sama, lebih banyak anda akan pelajari (persefahaman),'' kata Vidic. Bagaimanapun, di sebalik keyakinan itu, Foster tahu Wolfsburg akan memberikan tentangan yang sengit kerana United akan berdepan dengan kehebatan dua gandingan pemain yang pernah mencatat sejarah jaringan gol bola sepak Jerman. Grafite dari Brazil dan gandingannya, Edin Dzeko dari Bosnia menjaringkan 54 gol antara mereka musim lepas yang turut menyaksikan Wolfsburg menjuarai Liga Jerman buat pertama kali. Dzeko menjaringkan 26 gol manakala Grafite menyumbat 28 gol sekali gus meletakkan United dalam bahaya selepas kali terakhir tewas 0-1 kepada AC Milan di gelanggang sendiri pada 2005. ''Kami mencari kemenangan di sana (Old Trafford). Kami mahu mempamerkan permainan yang menarik dan membawa pulang tiga mata.
''Ini adalah sasaran kami,'' kata Grafite. Sementara itu, pasangan serangan Grafite, Dzeko tidak sabar untuk beraksi di Old Trafford. ''Ia seolah-olah seperti mimpi dapat bermain menentang Manchester United. Ini adalah peluang saya untuk bermain menentang sebuah pasukan yang mempunyai barisan pertahanan terbaik di Eropah. Saya mahu buktikan kepada mereka bahawa saya boleh bermain dalam perlawanan hebat ini,'' kata Dzeko. - AFP
Impian besar United

PENYERANG Wayne Rooney bakal mengetuai jentera serangan United pagi esok.
MANCHESTER - Manchester United kini dalam misi meneruskan momentum kemenangan mereka kepada lapan perlawanan berturut-turut.Awal pagi esok, skuad The Red Devils itu akan turun berdepan juara Liga Jerman, Wolfsburg pada aksi Liga Juara-Juara di Old Trafford.United membuka kempen Eropah musim ini dengan kejayaan 1-0 ke atas Besiktas manakala Wolfsburg pula mengalahkan CSKA Moscow untuk menjadikan pertemuan ini sebagai penentu kepada pasukan yang bakal bergelar pendahulu Kumpulan B.Selepas mencipta kemenangan ketujuh berturut-turut ketika membenam Stoke City 2-0 dalam aksi Liga Perdana England Sabtu lalu, John O'Shea yakin United mampu mengekalkan momentum mereka."Kami tahu kami perlu mengekalkan rentak kemenangan selepas kekalahan kepada Burnley (dalam aksi Liga Perdana England)," kata O'Shea mengenai kekalahan pertama United musim ini."Kami selalunya memberi reaksi yang baik selepas mengalami kekalahan seperti itu iaitu denganmengekalkan rentak kemenangan. "Tetapi persaingan akan menjadi lebih sengit dan kami perlu pastikan rentak ini di- teruskan."
Perlawanan terakhir United di Old Traf- ford ialah ketika menang 4-3 ke atas Manchester City dengan penjaga golnya, Ben Foster dipersalahkan ekoran gol pembukaan City kerana gagal me- ngeluarkan bola dari zon bahaya."Saya berasa selesa apabila Ben menjaga gol dan saya juga mempunyai keyakinan penuh kepadanya," kata pertahanan United, Nemanja Vidic."Lebih banyak perlawanan kamu bermain bersama penjaga gol yang sama atau pertahanan yang sama, kamu akan lebih banyak belajar lagi mengenai kemampuan sesama sendiri." - AFP

Monday, September 28, 2009

Ferguson mula pasang impian



PENJAGA gol Stoke City, Thomas Sorensen (kanan) berjaya menepis rembatan Giggs daripada menerjah gawang dalam saingan EPL di Stadium Britannia, kelmarin. United menang 2-0.
Giggs mampu jadi tonggak utama musim ini


LONDON: Sir Alex Ferguson sudah meletakkan sasaran untuk membawa Manchester United mencatat rekod rentetan empat gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pasukannya berada di persada dengan kemenangan 2-0 ke atas Stoke. United akan menjadi pasukan pertama untuk memenangi mahkota England dalam empat musim berturut-turut jika mengekalkan gelaran tahun ini dan Ferguson yakin mereka mampu meneruskan prestasi itu selepas menyingkirkan Chelsea dari tempat teratas kelmarin. Selepas bergelut selama sejam di Stadium Britannia, United akhirnya memecahkan kebuntuan pada minit ke-62 apabila Ryan Giggs, yang masuk sebagai pemain gantian, menolak bola kepada Dimitar Berbatov untuk mudah menampan masuk.
Pertahanan United, John O’Shea memastikan tiada ruang kebangkitan buat Stoke apabila dia menanduk sepakan percuma Giggs pada minit ke-77. “Saya sebenarnya ingin untuk menyatakan (berada di atas liga) ia pada akhir Mei,” kata Ferguson. “Perjalanan masih jauh tetapi ia adalah hari baik buat kami.” Pada masa sama, Ferguson memuji Giggs yang jelas memberi inspirasi kepada pasukannya apabila dimasukkan untuk menggantikan Nani. Pengurus United itu percaya pemain tengah Wales itu akan menjadi tonggak dalam usaha kelab itu mengekalkan gelaran domestik selepas menampilkan persembahan hebat di Stadium Britannia, kelmarin. Giggs sudah memiliki 11 pingat kejuaraan Liga Perdana tetapi pemain berusia 35 tahun itu masih tetap lincah dalam tempoh 20 minit dia dimasukkan, bagi memastikan United mengutip tujuh kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan. Dia akan genap berusia 36 pada November ini dan jelas sudah segar selepas diberikan rehat sesudah berdepan perlawanan sengit setempat Manchester, Ahad lalu, apabila hantarannya membuahkan jaringan untuk Berbatov dan O’Shea. Ia adalah penampilan Giggs yang ke-350 untuk United. “Ryan adalah pemain yang penting untuk kami kerana dia cukup pintar. Hasil pergerakkan cantiknya membolehkan Dimitar menghasilkan gol pertama kami,” kata Ferguson. - Agensi

Sunday, September 27, 2009

Ferguson sanjung aksi Giggs

GIGGS (tengah) sentiasa menggerunkan pertahanan lawan setiap kali bola berada di kakinya dalam kawasan penalti.Mampu beraksi baik pada usia 35 tahun
MANCHESTER: Sir Alex Ferguson memuji sikap profesional milik Ryan Giggs yang membolehkannya menampilkan aksi bola sepak terbaik dalam kerjayanya pada usia 35 tahun. Pemain sayap Wales itu adalah pemain terbaik Manchester United musim ini dengan persembahan hebat menentang Tottenham dan Manchester City dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Menentang City, Giggs mencipta tiga gol United, termasuk jaringan masa kecederaan yang disempurnakan Michael Owen untuk mengesahkan kemenangan 4-3, manakala sepakan percuma menakjubkan menentang Spurs — gol ke-99 dalam Liga Perdana buat United — bermakna dia sudah menjaringkan gol dalam setiap musim sejak liga itu dilancarkan pada 1992. Dengan tiada apa yang mahu dicapai dalam permainan domestik, Giggs boleh dimaafkan jika mengambil mudah, namun semangat dan keazamannya kekal utuh dan Ferguson menyedari ia adalah tugas sukar untuk menggantikan pemain itu selepas dia akhirnya mengumumkan persaraan. “Perkara paling buruk menjadi pemain bola sepak ialah pada peringkat anda bersara - ia adalah saat yang menyentap semua,” kata Ferguson.
“Apabila seseorang seperti Ryan bermain pada peringkat tertinggi sekarang, dia menyedari untuk kekal di sana, dia perlu mempersiapkan diri dengan cara betul. Dia perlu menjaga dirinya dan melakukan perkara dengan betul.” Bagi Ferguson, ia bukan saja mengenai usaha Giggs untuk mengatasi umur yang semakin meningkat tetapi lebih mengenai tahap permainannya yang tidak merosot sama sekali. “Saya tidak tahu apa lagi untuk memperkatakan mengenainya! Prestasinya adalah sama seperti musim lalu. “Dia tidak pernah memiliki masalah berat badan. Dia sentiasa atlit yang kurus. Itu banyak membantu. Keadaan fizikalnya banyak membantunya.”
Sementara itu, Ferguson membidas media kerana cuba mengapi-apikan hubungannya dengan pengurus Manchester City, Mark Hughes selepas kontroversi perlawanan setempat di Old Trafford hujung minggu lalu. “Ia adalah normal untuk media membangkitkan sehingga menjadi sebegitu,” katanya. “Saya menonton sidang akhbar Mark Hughes dan saya rasa dia melakukan tugas yang hebat kerana semua soalan anda memalukan. “Itu saja yang saya mampu katakan. Anda cuba mengumpan dia ke pelbagai kontroversi dan saya fikir dia menanganinya dengan baik. Saya fikir Mark Hughes menjawab dengan baik pada sidang akhbar itu dan saya fikir ia seharusnya berakhir di sana. “Kami perlu bergerak ke depan, kami mempunyai perlawanan sehingga akhir musim. Anda boleh mengulangi semuanya sekali lagi apabila kami menentang (City) selepas ini, tetapi pada ketika ini, saya fikir ia baik dibiarkan begitu saja.” - AP


PENYERANG United, Dimitar Berbatov (kanan) berebut bola dengan pertahanan Stoke City, Glenn Whelan pada saingan EPL di Stadium Britannia, malam tadi. United menang 2-0.

LONDON: Chelsea kecundang buat kali pertama di bawah kendalian Carlo Ancelotti apabila Wigan mengejutkan mereka 3-1 ketika Manchester United mengatasi Stoke City 2-0 untuk naik ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris.Ancelotti sudah mengemudi Chelsea untuk enam kemenangan liga berturut-turut, selain dua kejayaan pada Piala Liga dan Liga Juara-Juara tetapi rekod sempurna itu berakhir dalam aksi yang menyaksikan penjaga gol, Petr Cech, dibuang padang.Chelsea sebelumnya ketinggalan pada minit ke-16 kepada gol Titus Bramble tetapi Didier Drogba menyamakan kedudukan pada minit ke-48. Hugo Rodallega dan Paul Scharner menjaringkan dua lagi gol untuk kemenangan Wigan.
Ketika Chelsea tumbang, United akhirnya mengatasi tentangan kental Stoke di Stadium Britannia apabila Ryan Giggs, masuk sebagai pemain gantian, mengumpan untuk Dimitar Berbatov menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-62.Bek United, John O’Shea memastikan Stoke tidak mampu bangkit apabila menanduk masuk bola sepakan percuma Giggs untuk gol kedua pada minit ke-77.Fernando Torres pula mencipta hatrik untuk Liverpool mengekori rapat pendahulu carta kedudukan selepas membelasah Hull 6-1 di Anfield. Ryan Babal menyumbang dua gol ketika Steven Gerrard turut meletakkan namanya dalam senarai penjaring.Robbie Keane pula menyumbat empat gol untuk menjulang Tottenham Hotspur menang 5-0 ke atas Burnley. Aksi lain menyaksikan Everton menang 1-0 ke atas Portsmouth, Blackburn mengatasi Aston Villa 2-1 manakala Bolton kalahkan Birmingham 2-1. - AFP
Hasrat van der Sar tak jejas MU

LONDON - Edwin van der Sar menetapkan bulan Disember sebagai penentu kepada kariernya di Manchester United.Buat musim ketiga, penjaga gol berusia 38 tahun itu menanti sehingga bermulanya musim sejuk untuk menentukan masa depannya.Dua tahun lepas, dia telah membuat keputusan yang positif untuk terus menabur bakti dengan United tetapi kali ini, dia diramalkan membuat keputusan sebaliknya memandangkan prestasinya sudah tidak konsisten.
Pengurus United, Alex Fergu- son mengesahkan, situasi ini tidak akan berubah meskipun pemain Belanda itu masih belum menjelaskan lagi hajatnya."Dalam kes Edwin, selalunya dia akan membuat keputusan sekitar hujung bulan Disember dan keputusannya tidak akan berubah buat musim ini juga," kata Ferguson.
"Akan tiba masanya dia akan membuat keputusan tersebut dan dia tidak pernah membuatnya ketika saingan liga masih rancak."Van der Sar terpaksa berehat panjang musim ini selepas dua jarinya patah ketika aksi pramusim menentang Bayern Munich, Julai lalu.Difahamkan, bekas penjaga gol Fulham itu akan terlepas aksi selama dua bulan, namun Ferguson mengesahkan bahawa van der Sar akan berehat selama tiga minggu lagi, sekali gus bakal menyaksikan dia mungkin diturunkan pada aksi berdepan Bolton pada 17 Okto- ber depan. - Agensi

Wednesday, September 23, 2009

United pertaruh tenaga muda

OWEN bakal mengetuai jentera serangan United pada pertemuan Piala Liga menentang Wolves awal pagi esok.
MANCHESTER - Juara bertahan, Manchester United memulakan kempen Piala Liga 2009/10 dengan menentang Wolves pada pusingan ketiga awal pagi esok.Secara tradisinya, pengurus United, Alex Ferguson akan memberi peluang kepada pemain-pemain mudanya beraksi pada kempen tersebut. Ferguson dijangka bakal meletakkan Darron Gibson dan Michael Carrick yang jarang diturunkan dalam kesebelasan musim ini mengetuai jentera tengah. Gary Neville yang baru pulih daripada kecederaan pangkal paha pula bakal membentuk benteng pertahanan bersama Richie De Laet, Jonny Evans dan Fabio. Bagi jentera serangan, Michael Owen yang menjaringkan gol kemenangan United ketika menewaskan Manchester City 4-3 Ahad lalu bakal digandingkan sama ada dengan Danny Welbeck atau Federico Macheda. Seorang lagi pemain muda United, Zoran Tosic juga bakal diberi peluang menunjukkan kemampuannya.
Ferguson berkata, prestasi menggalakkan di kalangan pemain-pemain mudanya ketika ini menyebabkan dia tidak perlu membeli ramai pemain baru pada musim perpindahan kali ini. "Kami memiliki barisan yang telah menang Piala Liga musim lalu dan saya yakin mereka mampu beraksi lebih baik dan bertambah matang. "Pemain-pemain muda seperti Nani, Anderson, Fabio dan Rafael da Silva serta Jonny Evans telah menunjukkan peningkatan. "Saya berpuas hati dengan skuad yang saya ada ini dan dengan dua pemain baru saja dibawa masuk, tiada alasan untuk saya ubah sesuatu. Apa yang diperlukan hanyalah prestasi konsisten," kata Ferguson. - AFP
Jaringan bijak Owen buat Capello pening kepala

LONDON: Kini bicara hangat adalah merancakkan kempen Michael Owen ke Afrika Selatan, tahun depan - segalanya terjurus kepada jaringan bijak ketika membantu Manchester United mengatasi pasukan 'jiran yang bising' Manchester United, tempoh hari. Tidak dinafikan pengurus skuad England, Fabio Capello harus tertekan memberi pertimbangan tiket kepada bekas penyerang Liverpool itu ke Piala Dunia 2010 selepas jaringan kemenangan. Pengkritik berkata ia bukan jaringan biasa tetapi penyudah pada tahap tertinggi seperti mana Owen menjadi pakar dalam ledakan seperti itu sebelum dia dilanda kekerapan kecederaan yang nyaris menamatkan kerjayanya.
Penyerang itu dijangka akan diturunkan apabila United menentang Wolves dalam saingan Piala Liga, hari ini dan dengan semangat yang memuncak dia tampak sudah mula dahagakan jaringan - satu berita baik untuk pasukan barunya dan juga pengurus, Sir Alex Ferguson. Apapun, Owen tidak mahu terbawa-bawa dengan kejayaan tempoh hari sebaliknya mahu terus menyengat dengan impian mewakili England dalam Piala Dunia tetap membara. "Ada kalanya anda mendapat empat peluang tetapi gagal menjaringkan gol dan ada kalanya anda hanya memiliki satu dan berjaya menyudahkan dengan baik. Ia bukan mudah menjadi penyerang kerana harus sentiasa tabah," katanya. - Agensi
Piala Liga: Bintang muda jadi sandaran MU

MANCHESTER - Manchester United akan memberi kepercayaan kepada bintang muda seperti Danny Welbeck dan Federico Macheda apabila memulakan kempen pusingan ketiga bola sepak Piala Liga menentang Wolves, hari ini. Pengurus United, Alex Ferguson biasanya menggunakan kejohanan itu sebagai peluang untuk menguji pemain-pemain muda berbakat yang akan bergandingan dengan pemain senior.Darron Gibson merupakan pemain tetap Piala Liga, dan dia sekali lagi dijangka membarisi skuad Ferguson bersama Michael Carrick yang tidak banyak mendapat tempat dalam pasukan utama musim ini. Perlawanan ini juga dijangka menjadi medan buat pemain senior seperti Gary Neville untuk menguji kecergasan selepas kembali daripada kecederaan pangkal paha manakala Richie De Laet, Jonny Evans serta Fabio bakal menjadi pilihan membantu gerakan serangan.
Baik Welbeck mahu pun Macheda gagal mendapat tempat dalam skuad utama Liga Perdana, biarpun kedua-duanya mempamer prestasi memberangsangkan, musim lalu.Bagaimanapun, jika tidak kedua-duanya diturunkan sekali hari ini, salah seorang hampir pasti beraksi, kemungkinan berganding bersama Michael Owen yang belum cukup meyakinkan dalam pentas liga utama meskipun menjadi penjaring gol kemenangan dramatik United ketika menewaskan Manchester City 4-3, Ahad lalu.Perlawanan hari ini juga dijangka memberi peluang kepada pemain muda Serbia, Zoran Tosic untuk menunjukkan kemampuan untuk bersaing dalam liga England. Walaupun Tosic, 22, sering mendapat pujian Ferguson, namun pemain sayap itu hanya diberi peluang beraksi dalam tiga perlawanan sebagai gantian.Walaupun Ferguson tidak boleh tidur lena jika pasukannya gagal memenangi kejuaraan, namun keadaan tersebut tidak menghalangnya daripada mencuba pemain baru sebagai perancangan masa depan. Dua tahun lalu, United menerima tamparan apabila tumpas 2-0 kepada Coventry, tetapi barisan pemain muda yang dilahirkannya seperti Phil Bardsley, Lee Martin, Gerard Pique, Chris Eagles serta Danny Simpson semuanya disambar pasukan lain. "Kami memiliki ramai pemain muda ketika merangkul kejuaraan musim lalu, dan saya percaya mereka sudah bertambah baik serta matang seperti Nani, Anderson, Da Silva beradik (Fabio dan Raphael) serta Jonny Evans."Semua orang pasti terkejut jika tiada pemain dari Manchester United terlibat dengan dalam pasaran perpindahan.
"Saya gembira dengan skuad yang saya miliki, dan dengan beberapa tambahan pemain baru, tiada sebab untuk kami berubah sikap. Meskipun kalah mengejut kepada Burnley di awal musim, apa yang kami perlukan sekarang cuma konsistensi,'' ujar Ferguson.Sementara itu penyerang Wolves, Kevin Doyle menegaskan, pasukannya akan berkunjung ke Old Trafford tanpa rasa takut dan gentar.Wolves kini berada di tahap keyakinan tertinggi selepas mengalahkan Fulham 2-1, Ahad lalu dan turut menang di Wigan, musim ini. Doyle tidak nampak sebab mengapa mereka tidak boleh mengejutkan United."Kami kena terus bersaing dan bekerja keras seperti yang dilakukan ketika menentang Fulham. Kalau kami berjaya melakukannya, kami boleh ke mana saja dan mendapat keputusan yang baik."Saya dan semua rakan-rakan sepasukan tidak gentar beraksi di luar gelanggang sendiri. Kami sudahpun menang di tempat lawan musim ini, jadi kenapa kami tidak boleh melakukannya sekali lagi ?,'' kata Doyle.Doyle membuka jaringan Wolves menerusi tandukan ketika menentang Fulham dan dijangka mampu menjadi ancaman United hari ini. - AFP

Monday, September 21, 2009

Kami berhak menang - Ferguson
MANCHESTER - Manchester United berjaya membenam keangkuhan Manchester City selepas mencatat kemenangan 4-3 di Old Trafford malam kelmarin. Bagaimanapun, pengurus United, Alex Ferguson terpaksa berdepan perlawanan kelab berjiran itu dengan cukup mendebarkan. "Kadangkala kamu akan mendapat jiran yang bising dan kamu terpaksa terus tinggal bersama-sama mereka. "Kamu tidak dapat melakukan semuanya jika mereka terus mahu bising tetapi apa yang kamu boleh lakukan, seperti yang kami tunjuk hari ini (kelmarin) ialah teruskan dengan hidup kamu. "Pemain kami tahu tanggungjawab masing-masing dan mereka mempamerkan permainan bertenaga. Itulah jawapan kepada segala persoalan ini.
"Setiap kali kami menjaringkan gol, kami melakukan kesilapan. Namun, kesilapan tersebut telah menjadikan pertemuan setempat ini paling menarik setakat ini," kata Ferguson. Ditanya manakah lebih digemarinya sama ada menang pertemuan setempat itu dengan jaringan 6-0 atau menang menerusi pertemuan yang menarik, Ferguson berkata, dia lebih suka jika United mengatasi City dengan 6-0. "Kami telah beraksi cukup baik pada separuh masa kedua. Bagi saya, itu adalah kekuatan sebenar permainan United," katanya. Pada aksi kelmarin, United mendahului seawal minit kedua menerusi Wayne Rooney sebelum Gareth Barry menyamakan kedudukan pada minit ke-16. Gol kedua United menyusulhasil tandukan Darren Fletcher pada minit ke-49 tetapi Craig Bellamy menyamakan kedudukan tiga minit kemudian.
Fletcher menanduk gol ketiga United pada minit ke-80 dan Bellamy sekali lagi mengikat kedudukan menjadi 3-3 pada minit ke-90. Michael Owen muncul wira apabila meledak gol kemenangan United pada minit terakhir masa kecederaan. "Kami melakukan tiga kesilapan paling teruk yang jarang berlaku pada pasukan kami tetapi akhirnya Owen menjaringkan gol kemenangan yang cukup menarik. Kami berhak menang perlawanan ini," jelas Ferguson.
- Agensi
Hughes tak puas hati keputusan Atkinson

MANCHESTER - Pengurus Manchester City, Mark Hughes tidak berpuas hati dengan pengadil Martin Atkinson selepas pasukannya tewas 3-4 kepada Manchester United malam kelmarin.
Hughes cukup bengang dengan pegawai perlawanan itu kerana membenarkan masa kecederaan berlarutan selama tujuh minit sehingga membolehkan Michael Owen menjaringkan gol kemenangan United."Pengadil keempat cuba memberikan penjelasan kepada saya kerana saya telah mempersoalkan jumlah masa kecederaan yang diberi ketika perlawanan belum berakhir lagi."Tetapi penjelasannya tidak memuaskan hati saya. Dia cuba beritahu yang tambahan masa lagi seminit itu disebabkan sambutan gol ketiga kami."Kami sebenarnya menjaringkan gol tepat pada minit ke-90 dan masa kecederaan empat minit sudah diangkat. Kami merekodkan masa kami meraikan gol, hanya 45 saat. Jadi di situ mereka sudah silap. "United hanya menjaringkan gol keempat mereka selepas 95 minit dan 26 saat. Jadi jelas pengadil terlalu memberi tambahan masa dan dia sebenarnya menjadikan masa perlawanan adalah 97 minit," kata Hughes. Hughes menegaskan, dia bukan mempersoalkan integriti pengadil kerana dia hanya mahu tahu mengapa tambahan masa selama tujuh minit itu diberikan.
"Jika dia (pengadil) dapat memberikan saya alasan yang kukuh, saya tiada masalah tetapi saya tak nampak daripada mana dia boleh beri tambahan masa itu," ujarnya. Hughes cukup terkilan dengan kekalahan sulung City itu untuk musim ini kerana menganggap pasukannya telah berjaya menunjukkan kualiti dan watak sebenar pada perlawanan tersebut. "Pada ketika kami menyangka akan mendapat ganjaran daripada segala usaha kami, akhirnya kami pulang dengan sesuatu yang sukar diterima," jelasnya. Sementara itu, pengurus United, Alex Ferguson ringkas berkata: "Empat minit masa kecederaan diberi dan kemudian City menjaringkan gol. Saya rasa dari situ datangnya tambahan masa itu." - Agensi

Tuesday, September 15, 2009

Scholes earns United 1-0 win
Tuesday, September 15, 2009 Source: Reuters

Image © Reuters Manchester United's manager Alex Ferguson walks before their Champions League match aganist Besiktas at the Inonu Stadium in Istanbul September 15, 2009.
ISTANBUL (Reuters) - A Paul Scholes header earned Manchester United a 1-0 win in their first Champions League Group B match against Besiktas who frustrated last year's losing finalists for much of the match on Tuesday. Despite dominating possession, the visitors struggled to create many clear scoring opportunities until Scholes pounced on a parry from Besiktas keeper Hakan Arikan in the 77th minute. Michael Carrick went close for United when he fired in a powerful shot after 12 minutes to force a good save from Arikan but the Turkish side's defence restricted United's scoring opportunities. Efforts from Besiktas's Serdar Ozkan in the first half and Mert Nobre in the second gave the passionate home supporters hope but United secured a winning start.

Monday, September 14, 2009


United elak buat silap
MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson yakin anak-anak buahnya tidak akan mengulangi lagi kesilapan yang berlaku ketika mereka tewas kepada Barcelona pada final Liga Juara-Juara musim lepas.United mempamerkan aksi kurang bertenaga ketika tumpas 0-2 kepada juara Liga Sepanyol itu dan Ferguson mengakui kekalahan tersebut adalah satu pengajaran yang berguna menjelang pertemuan dengan Besiktas awal pagi esok."Kamu boleh cari punca dan alasan (atas kekalahan tersebut) tetapi lebih baik kamu cari sebab kekalahan itu," kata Ferguson.
UNITED akan memulakan kempen Liga Juara-Juara musim ini dengan menentang Besiktas."Mereka (Barca) jelas sekali sebuah pasukan hebat. Jika tiada sebab utama di atas kekalahan ini, maka kami perlu berasa risau. Tetapi saya rasa ada sebab yang kukuh, jadi kami akan melupakannya."Saya tidak mahu beritahu sebab-sebab tersebut tetapi saya telah melihat rakaman perlawanan itu dan menilainya semula. Ia membuatkan saya berasa lebih terperinci tentang persiapan dan semuanya dalam kempen ini."Adakah kami memiliki hotel yang sesuai? Atau perkara lain seperti itu, tentang latihan dan segala-galanya. Jadi saya sudah dapat gambaran jelas tentang setakat mana kemampuan kami."Saya rasa masalah tersebut boleh diselesaikan dan kejayaan juga pasti mampu dicapai." - Reuters

Sunday, September 13, 2009

Anderson puas akhiri kemarau gol

LONDON - Anderson menamatkan penantian selama dua tahun untuk menjaringkan gol buat Manchester United selepas penyandang juara Liga Perdana England itu mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Tottenham, kelmarin. Dua tahun selepas menyertai United, pemain tengah Brazil berusia 21 tahun itu merembat deras pada minit ke-41 bagi memberi kekalahan pertama Spurs musim ini. "Sebagai pemain muda dia selalupemain Tottenham Hotspur, Robbie Keane (kanan) dan pemain Manchester United, Anderson bersaing untuk mendapatkan bola dalam saingan Liga Perdana England, semalam. - AP
berkeinginan untuk menjaringkan gol dan berharap ia adalah dorongan untuk melihat dia melakukan lebih dari itu," kata pengurus, Alex Ferguson mengenai bekas pemain FC Porto itu. Spurs mengejutkan pasukan pelawat pada minit awal melalui sepakan akrobatik, Jermaine Defoe tetapi Ryan Giggs menyamakan kedudukan minit ke-25 melalui sepakan percuma.
Selain itu, Red Devils juga terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-30 selepas Paul Scholes dilayangkan kad merah, Wayne Rooney menambah gol ketiga pada minit ke-78 melalui satu gerakan balas pantas. Kemenangan itu membolehkan pasukan Ferguson melonjak ke tangga kedua, di atas Manchester City dan Spurs dengan perbezaan gol. Chelsea mengatasi dengan perbezaan tiga mata selepas mencatatkan lima kemenangan berturut-turut musim ini.
"Perlawanan di White Hart Lane sentiasa memberikan kesukaran buat kami terutama selepas tugasan antarabangsa," kata Giggs. Spurs sebelum ini menikmati kegembiraan di permulaan musim sejak kali terakhir memenangi gelaran pada 1960-61 dan mereka hanya memerlukan 52 saat untuk mengejutkan United. - AP
United tetap hebat - Fergie

LONDON - Alex Ferguson yakin Manchester United akan menutup mulut pengkritiknya dan memenangi kejuaraan Liga Perdana England buat kali keempat berturut-turut musim ini.
GIGGS (kanan) masih mampu membuktikan kehebatannya meskipun semakin dimamah usia. United dilihat semakin lemah tanpa Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez musim ini dan mula dikritik hebat selepas mempamer prestasi hambar pada awal saingan termasuk kekalahan 0-1 kepada pendatang baru, Burnley. Begitupun, anak buah Ferguson itu sudah mula menemui rentak dan selepas membelasah Wigan 5-0 dua minggu lepas, mereka sekali lagi membuktikan kualiti sebenar apabila mencalar rekod tanpa kalah Tottenham Hotspur dengan kemenangan 3-1 di White Hart Lane kelmarin. "Saingan musim ini baru bermula dan masih terlalu awal untuk memperkatakannya, tapi saya rasa kami akan berada pada tahap terbaik," kata Ferguson.
"Kami telah katakan sebelum musim ini bahawa kami memiliki pemain yang hebat dan mereka semakin menunjukkan peningkatan setiap masa. "Cuba lihat Darren Fletcher sekarang dan cara dia bermain dan kami juga ada tiga pemain berpengalaman, Paul Scholes, Ryan Giggs dan Gary Neville. "Tiada sebab mengapa kami gagal memenangi gelaran dengan memiliki pemain seperti ini. Saya meletakkan kepercayaan kepada mereka, tapi jelas sekali cabaran musim ini bukanlah mudah." Spurs mendahului 1-0 selepas 52 saat permainan dimulakan menerusi jaringan Jermain Defoe, namun respons yang dipamerkan oleh United lebih hebat. Giggs menyamakan kedudukan 1-1 menerusi sepakan percuma pada minit ke-24, sebelum Anderson dan Wayne Rooney menambah gol kedua dan ketiga buat Red Devils. - AFP

Saturday, September 12, 2009

Man. United benam Spurs 3-1
13/09/2009 3:16am
LONDON 13 Sept - Manchester United meleburkan rekod tanpa kalah Tottenham Hotspur apabila bangkit dari ketinggalan untuk menang 3-1 pada perlawanan Liga Perdana England di White Hart Lane di sini, awal pagi ini.United ketinggalan satu gol seawal minit pertama perlawanan hasil jaringan menerusi aksi akrobatik Jermain Defoe. Man. United menyamakan kedudukan menerusi sepakan bebas Ryan Giggs dan terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Paul Scholes dibuang padang.Anderson menjaringkan gol kedua Man. United sebelum Wayne Rooney tenang menyudahkan gol ketiga pasukan pelawat. - Agensi

Friday, September 11, 2009


Spurs mampu ancam United

LONDON – Pengurus Manchester United, Alex Fergu- son menganggap Tottenham Hotspur (Spurs) antara empat pencabar utama The Red Devils musim ini.Tottenham yang dibimbing Harry Redknapp bermula cemerlang musim ini dengan empat kemenangan berturut- turut.United pula mencatat kemenangan tipis ke atas Arsenal dan Birmingham selain membelasah Wigan tetapi tewas mengejut kepada Burnley.Awal pagi esok, United bakal berdepan tugas berat apabila berkunjung ke White Hart Lane untuk bertemu anak buah Redknapp itu pada aksi Liga Perdana England.
“Mereka (Tottenham) membuat permulaan cemerlang musim ini dan selepas menonton rakaman video, mereka mampu memberi masalah kepada kami.“Redknapp telah membawa masuk beberapa pemain yang sudah biasa dengannya seperti (Peter) Crouch dan (Jermain) Defoe.“Selepas itu dia ambil pula (Nico) Kranjcar dari Portsmouth dan (Wilson) Palacios dari Wigan. Saya rasa semua ini pembelian berbaloi,” kata Ferguson.United bakal diperkuat dengan kehadiran semula Rio Ferdinand yang pulih daripada kecederaan paha.Gary Neville pula sudah kembali berlatih selepas mengalami kecederaan pangkal paha tetapi John O’Shea bakal terlepas perlawanan ini ekoran cedera di bahagian betis. – AFP

Wednesday, September 9, 2009

Fergie percaya Rooney
LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson percaya Wayne Rooney mampu memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepada- nya musim ini.Ferguson kini terpaksa menyandarkan harapan kepada Rooney selepas ayam tambatannya, Cristiano Ronaldo berhijrah ke Real Madrid awal musim ini.Sebelum ini, timbul pertanyaan sama ada Rooney mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ronaldo yang merekodkan 84 gol dalam 196 perlawanan bersama The Red Devils.Namun, Ferguson optimis penyerang sensasinya berusia 23 tahun itu mampu memikul tanggungjawab yang diberi dalam misi United memburu gelaran Liga Perdana England buat kali ke-19 musim ini."Wayne sentiasa mahukan yang terbaik dan dia telah membuktikannya. Dia sentiasa berazam untuk menampilkan yang terbaik dalam setiap perlawanan," kata Ferguson kepada majalah Inside United."Kadangkala dia memiliki tenaga yang cukup luar biasa. Dia boleh bergerakdi setiap penjuru padang, baik di atas mahupun di bahagian bawah.
"Tetapi dia masih muda dan pemain muda kadangkala perlu lebih banyak bersabar."Jika dia mampu mengekalkan konsentrasi seperti yang ditunjukkan ketika menentang Wigan, dia mampu menjaringkan lebih banyak gol."Ferguson juga tidak menolak kemungkinan bahawa Rooney mampu mengatasi rekod legenda, Bobby Charlton sebagai penjaring terbanyak United.
Untuk rekod, Rooney telah merekodkan 102 gol dalam 243 perlawanan sejak berhijrah dari Everton pada 2004."Sir Bobby menjaringkan 249 gol, jadi pada peringkat ini, saya yakin Wayne yang masih muda mampu mengatasi rekod itu suatu hari nanti," tambah Ferguson. - Agensi

Sunday, September 6, 2009

Gaduh tak sudah


Susunan SUFIAN THAURI MUHAMMED
APRIL lalu, Alex Ferguson mendakwa hubungannya dengan pengurus Arsenal, Arsene Wenger semakin pulih.Bos Manchester United itu berkata: “Wujud perasaan saling menghormati antara kami.”Wenger kemudian membalas dengan nada berseloroh: “Dia tahu banyak mengenai wain Perancis dan keadaan itu membantu (hubungan mereka).”Namun, pertembungan kali pertama antara United dan Arsenal musim ini di Old Trafford, 30 Ogos lalu, mengesahkan bahawa hubungan mereka tetap panas, sama seperti sejak ia bermula 13 tahun lalu apabila Wenger menjejak kaki di bumi England untuk melatih skuad Gunners.
United menang 2-1 dan Wenger tanpa semangat kesukanan menyifatkan corak permainan United sebagai anti bola sepak.“Saya lihat pemain United hanya mahu mengasari lawan,” katanya, mungkin merujuk kepada corak permainan pemain tengah Red Devils, Darren Fletcher.“Bagi saya, masalah seperti ini lebih penting untuk diatasi segera berbanding isu sengaja merebahkan badan.”Ferguson tidak memberikan sebarang ulasan meskipun mereka bertemu di Nyon, Khamis lalu, kerana menghadiri forum jurulatih kelab elit.Melihat sejarah pertelagahan Wenger-Ferguson, apa yang berlaku bukan mengejutkan. Istilah berdamai yang dinyatakan mereka sebelum ini ternyata hanya mainan di bibir.Bagi Mikael Silvestre yang pernah bermain di bawah kendalian kedua-dua pengurus itu, Ferguson dan Wenger mempunyai banyak persamaan dan jika ditakdirkan bukan terbabit dalam bola sepak, mereka mampu jadi kawan baik.“Tiada pengurus sebaik mereka dan kedua-duanya pemimpin sejati,” kata Silvestre.“Mereka mementingkan tugas dan mahu jadi yang terbaik. Mereka tegas pada diri sendiri dan pasukan. Mereka juga paling awal dan terakhir meninggalkan padang ketika latihan,” katanya.Sesetengah pemerhati sukan menyifatkan perseteruan Ferguson-Wenger setaraf Ali- Frazier, Borg-McEnroe, Senna-Prost.Ferguson mempunyai sikap gemar memperkecilkan pencabar terdekatnya apabila United berada dalam fasa sukar di peringkat liga atau kejuaraan piala - taktik yang membuahkan hasil kepadanya ketika pasukannya bersaing sengit dengan skuad bimbingan Kenny Dalglish dan Kevin Keegan.
Tapi, dia mendapati taktik itu tidak berkesan terhadap Wenger - lawan yang penuh keyakinan, licik dan mampu membalas.Lucunya antara sebab pertikaman lidah mereka berpunca daripada jenaka yang akhirnya memakan diri seperti diakui Wenger minggu lalu apabila dia membincangkan kenyataannya terhadap Ferguson pada 1999 yang mahukan pengurus berbangsa Scotland itu datang memohon maaf kepadanya dengan menunggang kuda kerana mengkritik rekod disiplin Arsenal.“Memohon maaf menggunakan kuda sebenarnya kiasan saya untuk menenangkan keadaan, tapi ia tidak menjadi,” kata Wenger. Keengganan Wenger minum bersama Ferguson selepas satu perlawanan kedua-dua pasukan menambah bahang pertelingkahan mereka. Ferguson juga masih terkenang bagaimana Wenger enggan bersalam dengannya selepas tamat perlawanan ulangan separuh akhir Piala FA di Villa Park pada 1999. Ferguson juga sering mengkritik rekod disiplin Arsenal. Dia juga mempertikaikan isu kurangnya pemain Inggeris di Arsenal selain permainan kasar pemain Gunners.“Mungkin Wenger berat hati untuk menerima hakikat isu disiplin pasukannya sedangkan kita semua sebenarnya berdepan masalah itu,” kata Ferguson.
Sepanjang permusuhan mereka, pertembungan paling panas adalah Battle of Old Trafford pada September 2003 dan tolak- menolak membabitkan pemain kedua-dua kelab dalam terowong di Highbury, Februari 2005.Kontroversi ‘Pizzagate’ menyaksikan Ferguson terkena piz- za yang dibaling dari bilik persalinan Arsenal selepas skuad Gunners tewas kali pertama dalam 49 perlawanan liga pada Oktober 2004 turut menghiasi dada akhbar seluruh dunia.Ketika kedua-dua pengurus itu bertikam lidah di luar padang, kelakuan pemain panas baran United dan Arsenal memburukkan lagi keadaan.Begitupun, kedua-dua pengurus secara peribadi berasakan hubungan mereka tidak setegang dahulu.Ferguson percaya ketiadaan pemain panas baran seperti Martin Keown, Ruud van Nistelrooy, Roy Keane dan Patrick Viera dalam kedua-dua pasukan sekarang banyak membantu menjernihkan keadaan.“Salah satu punca pergaduhan ialah kerana karakter pemain kedua-dua pasukan,” akui Ferguson. “Kini saya dan Wenger saling menghormati.”
Satu lagi punca ialah selepas lapan tahun mendominasi EPL, mereka mempunyai musuh baru dengan Ferguson bermasalah dengan Rafael Benitez (Liverpool) manakala Wenger sebelum ini menjadikan Jose Mourinho (bekas pengurus Chelsea) sasarannya.Wenger dalam temubual lima bulan lalu mengakui hubungannya dengan Ferguson lebih aman ketika ini.“Hubungan kami paling teruk ketika perlawanan ke-49 (Oktober 2004), ia benar-benar agresif. Tapi, selepas itu keadaan makin tenang kerana anda tidak boleh berada dalam situasi itu sepanjang masa.“Dia juga tidak menaikkan kemarahan saya lagi,” katanya.Namun, melihat karakter Wenger dan Ferguson, ramai pemerhati tidak percaya hubungan aman itu akan berpanjangan. Selagi kedua-duanya bertarung taktik di padang, selama itulah hubungan mereka tidak sejernih mana.

Friday, September 4, 2009

Rooney lebih bersedia

LONDON – Wayne Rooney bersedia menggalas bebanan sebagai pemain utama England dan Manchester United pada musim terpenting dalam hidupnya.Musim lalu, Rooney menjadi pembantu penyerang kepada kepada Cristiano Ronaldo di United dan lebih kerap diturunkan di posisi kiri oleh Sir Alex Ferguson bagi memberi ruang kepada rakan sepasukannya itu mara ke depan pintu gol.Begitupun, perpindahan Ronaldo ke Real Madrid memberikan Rooney peluang kembali ke posisi sebagai penyerang tengah.Sebarang keraguan terhadap kemampuan Rooney sebagai penyerang utama United terpadam apabila dia menjaringkan lima gol dalam lima perlawanan pertama United.Namun, pemain berusia 23 tahun itu tidak hanya menggalas tugas sebagai penyerang United.
England akan menentang Slovenia pada perlawanan persahabatan hari ini di Wembley, menjelang perlawanan penting kelayakan Piala Dunia menentang Croatia, Rabu ini.Rooney dijangka akan menjadikan kedua-dua perlawanan itu untuk menilai mengapa jurulatih Fabio Capello membina pasukan England bersama bekas penyerang Everton itu.Jika menang ke atas Croatia, ia akan memastikan tempat England ke pusingan akhir Piala Dunia tahun depan dan boleh memulakan pengiraan detik untuk satu lagi percubaan menamatkan penantian panjang negara itu memenangi kejohanan Piala Dunia sejak kali pertama melakukannya pada 1966.“Apabila Cristiano dan Carlos Tevez berpindah, ia merupakan satu cabaran besar United untuk mengekalkan kejuaraan liga, secara peribadi saya telah menyebut bahawa saya mahu menjaringkan lebih banyak gol.
“Selepas itu berlangsung Piala Dunia di penghujung tahun, jadi saya rasa ia sudah pasti menjadi tahun terpenting dalam hidup saya.“Saya pernah katakan bahawa saya mula beraksi pada usia 16 tahun. Sejak itu wujud jangkaan dan tekanan. Saya tiada masalah tentang itu. Saya melihat ia sebagai cabaran.“Saya memberikan aksi yang terbaik untuk England berbanding tahun-tahun sebelum ini.“Saya benar-benar gembira bersama United dan berharap United dan England akan mendapat manfaat daripadanya,’’ kata Rooney.Ketika penjualan Ronaldo menyebabkan Ferguson kembali meletakan Rooney di posisi penyerang tengah, Capello pula membuat keputusan dia yakin terhadap penyerang panas baran itu sejak mula mengendalikan England.Atas beberapa sebab, sebelum ini Rooney kelihatan hilang minat untuk aksi antarabangsa selepas kemerosotan England di bawah jurulatih Sven Goran Eriksson dan Steve McClaren. Ketandusan gol yang berpanjangan dalam perlawanan kompetitif bersama England membuktikan kerapuhan azam Rooney, namun Capello menyegarkan semua keghairahan bintang United itu untuk aksi bersama negaranya.“Dia mungkin pengurus England pertama yang saya pernah beraksi di mana anda akan menyedari bahawa anda akan digugurkan jika tidak beraksi dengan baik.“Daripada kehadirannya ketika dia mula-mula tiba, adalah jelas semua orang melihat dia seorang yang kuat, memiliki keazaman dan mahu menang.“Dia menerangkan secara jelas apa yang dia mahu anda lakukan dan bagaimana dia mahu kami beraksi.“Latihan anda akan dirakamkan dan kemudian kami menonton rakaman tersebut untuk melihat sebarang kesilapan,’’ kata Rooney. – AFP

Tuesday, September 1, 2009

Saya janji - Rooney

LONDON - Penyerang sensasi Manchester United, Wayne Rooney berjanji kepada peminat The Red Devils bahawa dia tidak akan mengikut jejak Cristiano Ronaldo.Janji tersebut pastinya sesuatu yang amat bermakna bagi peminat United tatkala bintang England itu meraikan ulang tahunnya yang kelima di Old Trafford. Rooney, 23, kini menjadi tonggak paling utama United sejak Ronaldo menyertai Real Madrid awal musim ini. Setelah meledakkan lima gol buat United musim ini, Rooney menegaskan, dia akan terus menyumbang lebih banyak gol buat The Red Devils. "Saya selalu katakan bahawa saya sayangkan kelab ini dan selagi saya diperlukan di sini, saya akan terus bermain di sini. Tiada satu sebab pun untuk saya meninggalkan kelab ini.
"Saya telah dapat segalanya yang saya mahu. Keluarga saya tinggal hanya 30 minit dari sini, saya juga selesa di sini dan secara jujurnya saya sendiri tidak dapat gambaran yang saya akan pergi melainkan pengurus mahukan saya pergi," kata Rooney. Untuk rekod, Rooney telah meledakkan 102 gol buat United sejak pengurus, Alex Ferguson membawanya dari Everton pada Ogos 2004.
- Agensi