Thursday, October 1, 2009


Bos United cabar Rooney

FERGUSON (kanan) berharap Rooney dapat merangkul anugerah Pemain Terbaik Dunia.

LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson mencabar Wayne Rooney supaya mengikut jejak Cristiano Ronaldo dengan merangkul anugerah Pemain Terbaik Dunia.Ronaldo memenangi gelaran tersebut pada musim 2008/09 sebelum meninggalkan Old Trafford dan menyertai Real Madrid musim ini.Kini, Ferguson mahu Rooney memulakan langkah baru dalam karier bola sepaknya dengan mengatasi reputasi bintang Portugal itu.Ditanya adakah Rooney mampu melakukannya, Ferguson menjawab: "Sebenarnya, itulah cabarannya."Ada beberapa pemain hebat di luar sana. Kaka (perancang Real), Ronaldo dan Lionel Messi (penyerang Barcelona) adalah tiga pemain terbaik ketika ini."Saya rasa Wayne mampu mencapai tahap itu sekiranya dia terus mempamerkan peningkatan. Dia dianugerahi karakter tersendiri yang hanya dimiliki oleh beberapa pemain terhebat dunia."Sementara itu, United dilaporkan menjadi kelab terbaru yang sedang memantau perkembangan tonggak pertahanan Bolton Wanderers, Gary Cahill.
Selain United, Cahill, 23, juga telah berjaya menarik minat Chelsea, Juventus dan AC Milan.Ferguson melihat Cahill sebagai pengganti kepada Rio Ferdinand yang mungkin akan bersara suatu hari nanti.Pengurus Bolton, Gary Megson pula dikatakan tidak akan melepaskan Cahill pada musim perpindahan Januari ini selepas pemain itu menyambung kontrak baru selama tiga tahun awal musim ini."Ia akan memberi masalah kepada kami jika melepaskannya Januari depan. Kami berjaya memujuknya untuk kekal di sini musim ini. Jadi kami tidak perlu menjualnya," kata Megson.
- Agensi

No comments:

Post a Comment