Ferguson yakin United bangkit
LIVERPOOL: Sir Alex Ferguson memberi amaran kepada pencabar Manchester United dalam kancah Liga Perdana Inggeris bahawa kekalahan 2-0 pasukannya kepada Liverpool, akan hanya memperkuatkan tekad mereka mempertahankan mahkota kejuaraan. United kelihatan hambar ketika gol babak kedua melalui Fernando Torres dan David Ngog di Anfield, kelmarin menyaksikan juara bertahan itu mengalami kekalahan pertamanya dalam 12 perlawanan. Ferguson terpaksa mengakui permainan didominasi Liverpool tetapi pengurus United percaya kekecewaan dalam keputusan itu yang membolehkan Chelsea mendahului dua mata di tangga teratas liga, akan terbukti menjadi rangsangan bagi rentetan kemenangan. Ketika sebarang kekalahan menentang pasukan yang paling dibenci United akan sentiasa mengganggu fikiran Ferguson, jurulatih berbangsa Scotland itu tahu skuadnya dikalahkan dua kali olah anak buah Rafa Benitez musim lalu tetapi masih menamatkan kempen selaku juara. Mereka bangkit daripada kekalahan 4-1 kepada Reds di Old Trafford Mac lalu dengan meluru ke garisan penamat dalam saingan kejuaraan dan Ferguson menjangkakan perkara sama daripada pasukannya kali ini.
“Kami sentiasa bertindak balas. Itu perkara penting mengenai kelab kami,” kata Ferguson. “Mereka sentiasa terpaksa melakukannya. Ia bukan sesuatu yang aneh buat kami. Pada beberapa ketika dalam musim, anda akan berasa kecewa. “Tahun lalu, kami kalah 4-1 di tempat sendiri kepada Liverpool, bangkit daripadanya dan memenangi liga selepas itu dan ia cabaran kami ketika ini.” Selepas rentetan empat kekalahan, Liverpool tahu satu lagi kekalahan akan menamatkan harapan kejuaraan liga, maka tidak mengejutkan apabila Javier Mascherano, Fabio Aurelio dan Lucas mengasak lawan dengan bentesan keras. Torres membuka jaringan pada minit ke-65 apabila berjaya mengatasi asakan Rio Ferdinand dan menyudahkannya dengan rembatan kencang. Hari malang buat United menjadi bertambah buruk apabila pertahanan Serbia, Nemanja Vidic, yang sudahpun dilayangkan kad kuning, dibuang padang bagi kesalahan profesional ke atas Dirk Kuyt - kad merah ketiganya berturut-turut menentang Liverpool. - AFP

No comments:
Post a Comment