Sunday, November 29, 2009

Ferguson kagum dengan semangat Giggs

RYAN Giggs masih mampu bersaing meskipun semakin dimamah usia.

LONDON - Alex Ferguson memuji Ryan Giggs selepas pemain veteran itu meledakkan gol ke-100 buat Manchester United. Pemain sayap Wales itu menjadi sumber inspirasi United ketika menghadiahkan kekalahan pertama buat pengurus baru Portsmouth, Avram Grant dengan kemenangan 4-1 di Fratton Park kelamrin. Giggs menjaringkan gol keempat United menerusi sepakan percuma selepas Wayne Rooney turut cemerlang dengan meledakkan hatrik pada pertemuan tersebut. "Ryan adalah seorang pemain yang luar biasa, jarang sekali ada pemain sepertinya di dunia ini.
Dia akan terus bermain untuk selama dua tahun lagi," kata pengurus United itu. "Dia akan berusia 36 tahun esok (hari ini), jadi saya mengucapkan selamat hari jadi kepadanya." Portamouth memperoleh jaringan tunggal menerusi sepakan penalti Kevin-Prince Boateng selepas Nemanja Vidic dilihat menarik baju Frederic Piquionne dalam kawasan penalti. Buat kali pertama Ferguson tidak mengkritik keputusan pengadil apabila Mike Dean turut menghadiahkan dua sepakan penalti kepada pasukannya. "Dia harus mendengar pendapat penjaga garisan yang berdiri 50 ela daripada tempat kejadian," kata Ferguson. "Kamu akan lihat insiden ini berlaku dalam kotak penalti setiap minggu. Jika kamu rasa perebutan bola dalam sepakan penjuru atau tarik menarik ini adalah penalti, maka tidak mengapalah. "Amat kecewa sekali bagi kami kerana dikenakan penalti atas situasi itu. "Babak pertama sangat memuaskan buat kami dan apa yang penting sekali ialah mengekalkan disiplin dan rentak kemenangan." - Agensi
Giggs masih hebat

PORTSMOUTH: Alex Ferguson percaya beliau akan terus mendapat khidmat Ryan Giggs untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun lagi.Pemain veteran dari Wales itu yang menjaringkan gol ke-100 pada saingan Liga Perdana ketika kemenangan 4-1 Manchester United di Portsmouth, menyambut ulang tahun ke-36, kelmarin dan dikatakan sedang meniti tempoh kecemerlangan di sepanjang kariernya.Hatrik Wayne Rooney yang pertama bersama United sejak Oktober 2006 menjadi teras kejayaan United di Fratton Park tetapi sentuhan Giggs, yang melencongkan bola menerusi sepakan percuma, dianggap sebagai sesuatu yang cukup menarik.“Selamat ulang tahun Ryan,” kata Ferguson.“Dia seorang pemain yang hebat - faktor yang jarang ditemui pada pemain lain. Dia akan bersama kami untuk tempoh dua tahun lagi.”Portsmouth memberikan cabaran yang menarik ketika di bawah bimbingan Avram Grant buat pertama kalinya musim ini tetapi tetap gagal menyaingi kehebatan lawan yang mula mengubah rentak perlawanan sebaik babak kedua bermula.“Ia keputusan yang cukup baik buat kami kerana 4-1 di tempat lawan adalah sesuatu yang pasti membuat anda gembira,” kata Ferguson. - AFP

Monday, November 23, 2009

Fergie percaya United mampu jadi juara

MANCHESTER, England - Sir Alex Ferguson percaya Manchester United mampu menerajui persaingan gelaran bola sepak Liga Perdana England jika mereka mencecah Tahun Baru dengan terus merapati pendahulunya, Chelsea.Gol daripada Darren Fletcher, Michael Carrick dan Antonio Valencia melengkapkan satu kemenangan 3-0 buat pasukan Ferguson ke atas Everton yang mengekalkan mereka lima mata daripada pasukan Carlo Ancelotti.Pengurus United itu meluahkan rasa puas dengan prestasi pasukannya selepas mengecam pemainnya kerana gagal memanfaatkan kebanyakan peluang mereka di depan gol dalam perlawanan terbaru.Dia bertegas bahawa jika mereka mampu mengurangkan jarak dengan Chelsea bagi lima minggu berikutnya, mereka mampu menguatkan cabaran gelaran ketika babak kedua kempen."Itulah makna permainan buat kami. Saya sentiasa katakan dan saya memegangnya, jika kami ke Tahun Baru dan kami dalam satu mata atau satu mata di depan atau setara, maka kami berpeluang besar dalam babak kedua musim," katanya.
Tambahnya: "Saya akan mengambilnya sebelum permainan. Saya fikir prestasi terkawal. Kami menunjukkan kesabaran yang baik dalam babak pertama yang anda perlu untuk mengatasi pasukan seperti Everton."Apabila anda mendapat 2-0, kami tidak mengasak ke depan untuk menewaskan mereka. Kami telah melakukannya dan saya gembira."United menuju kejayaan dengan satu jaringan cemerlang daripada Fletcher yang membuat voli melepasi Tim Howard dari hujung kotak penalti Everton.Kata Ferguson: "Kami mendapat gol pada masa yang tepat dan satu gol hebat oleh Darren Fletcher, satu gol yang anda tidak harapkannya untuk dijaringkan. Ia satu penyudahan yang bermutu dan dia meningkat sepanjang masa."Jaringan Valencia ialah yang keempat baginya di kelab itu sejak perpindahan musim panas dari Wigan dan pengurus United itu percaya pemain antarabangsa Ecuador itu pantas meningkat dengan ancaman golnya.
"Dia seorang pemain yang meningkat. Anda lihat tahap prestasi setiap tahun bagi beberapa tahun telah meningkat dan meningkat dan dia seorang yang luar biasa. Ia satu gol yang kami tidak harapkannya, tetapi kami akan mengambilnya."Setiap orang bercakap tentang kekurangan gol dari tengah tetapi mujurlah kami mendapat dua pemain tengah yang menjaringkan gol hari ini," katanya.David Moyes mengakui pasukannya, ada di antaranya yang didakwa kurang baik, tewas dengan wajar walaupun dia berasa Everton menderita akibat beberapa keputusan pengadilan."Pada separuh masa, saya bercakap dengan pegawai keempat, saya menyebut kepadanya banyak keputusan yang salah dikenakan," kata Moyes."Saya berasa jika saya katakan perkara yang salah, mungkin saya akan mendapat segelintir keputusan yang mendatangi saya. Saya beritahunya begitu.
"Manchester United menguasai permainan, saya tidak merungut. Kami mungkin bermain baik ketika 1-0, bahkan pada 2-0, kami berpeluang. Kami tidak melakukan secukupnya."Saya berasa kami tidak memanfaatkan peluang dalam babak pertama dengan formasi, namun dalam cara yang sama, kami tidak mampu mengekang mereka. Ia tidak berjalan seperti dirancang," katanya. - AFP

Saturday, November 21, 2009



Scholes harap Ferguson kekal lama

MANCHESTER - Tonggak Manchester United, Paul Scholes menggesa pengurusnya, Alex Ferguson (gambar) menangguhkan sebarang hasrat untuk bersara. Baru-baru ini, Ferguson telah menyambut ulang tahun ke-23 sebagai pengurus United dan beliau dijangka berundur pada penghujung musim ini atau musim depan. Namun, Scholes yang sudah berada di bawah pengurusan Ferguson sejak 15 tahun lalu percaya bahawa pengurus itu masih mampu untuk menambah koleksi kejuaraan bersama United. Setakat ini, Ferguson yang bakal genap 68 tahun pada 31 Disember depan telah meraih 11 trofi Liga Perdana England, dua trofi Liga Juara-Juara dan lima trofi Piala FA.
"Rekod peribadinya telah menceritakan segala-galanya. Tempoh 23 tahun cukup lama tetapi saya harap beliau (Fergu- son) akan terus berada di sini dan meraih beberapa lagi kejua- raan. "Pasukan lain pastinya tidak mendapat kejayaan seumpama ini apabila mempunyai seorang pengurus dalam tempoh jangka panjang. "Ketika saya beraksi untuk England, jurulatih berubah dari semasa ke semasa dan kadangkala ia langsung tidak membantu. "Jadi saya rasa bertuah dapat bermain di bawah seorang pengurus yang cukup hebat," kata Scholes.
Dalam pada itu, Ferguson tetap akan berada di bangku simpanan United ketika mereka melayan Everton pada aksi Liga Perdana England di Old Traf- ford awal pagi esok. Ini kerana, Persatuan Bola Sepak (FA) England mengesahkan hukuman penggantungan dua perlawanan terhadap Ferguson hanya akan bermula ketika United bertemu Portsmouth pada Sabtu depan. Bagi pemain pertahanan Everton, Tony Hibbert, dia tetap memandang positif pertemuan menentang United apabila bakal berdepan bekas rakan sepasukannya, Wayne Rooney. "Apabila kamu ke Old Traf- ford, kamu akan dilayan sebagai musuh. Semua penyokong mereka akan berdiri teguh di bela- kang pemain United. "Tetapi kamu tidak harus mengambil serius tentang perkara itu, sebaliknya terus bermain seperti biasa," kata Hibbert. - AFP

Tuesday, November 17, 2009

United mampu bangkit raih gelaran EPL


WALKER (kiri) dan Cole bergambar dengan Piala Masters Asia.
Cole mahu bantu bekas kelab juarai kejohanan Masters Asia musim ini


BEKAS penyerang Manchester United, Andy Cole, yakin kelab itu akan bangkit mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea apabila saingan memasuki fasa terakhir musim ini. "United mempunyai kekuatan untuk mempertahankan kejuaraannya musim ini. Liga belum cukup 'panas' lagi sekarang. Saya yakin menjelang akhir musim, United akan kembali berada di atas," kata Cole yang tiba di ibu kota bagi menyertai kejohanan tahunan EPL Masters Asia 2009 anjuran Football Focus Asia, semalam. Selain Cole, dua lagi bintang EPL, Steve McManaman dan Ian Walker tiba semalam bagi menjayakan edisi kedua EPL Masters Asia yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Ahad ini. Cole yang terkenal dengan kehebatannya menembusi gawang lawan, berazam menebus kekalahan United kepada Liverpool di perlawanan akhir EPL Masters tahun lalu. "Ini kali pertama saya menyertai Masters selepas bersara daripada EPL. Saya akan memberikan permainan terbaik bagi memastikan United berjaya merebut kejuaraan Masters kali ini."
EPL Masters yang bermula di United Kingdom, 10 tahun lalu, menyaksikan Liverpool menjuarainya tahun lalu selepas menewaskan United 5-3 di Stadium Malawati, Shah Alam. Sebanyak empat pasukan akan bertanding Ahad ini, membariskan 36 bekas pemain EPL gandingan pemain lama dan baru. Pengarah Komersial Kumpulan Football Focus, Robert Teasdale berkata: "Mempunyai 36 bintang EPL serentak di Kuala Lumpur untuk kejohanan ini adalah sesuatu yang unik dan jarang berlaku. "Ia memberi peluang kepada peminat di Malaysia untuk melihat sendiri aksi dan bertemu pemain pujaan mereka. Masters adalah acara menyeronokkan untuk seisi keluarga di mana selain perlawanan bola sepak 6-sebelah, pelbagai acara lain dimuatkan untuk hiburan pengunjung," katanya.
Enam kanak-kanak Malaysia iringi pemain MU, Besiktas

ENAM kanak-kanak yang terpilih bakal mengiringi pemain bertaraf dunia di Old Trafford pada 25 November ini.
ENAM kanak kanak cilik Malaysia bakal berangkat ke Old Trafford untuk menjadi pengiring pemain dalam pertemuan di antara Manchester United dan Besiktas JK bagi saingan Kumpulan 5 Liga Juara-Juara Eropah. Hannah Lim Pei Jie, Aljefri Yaafar, Er Chuin Yan, Ng Ka Bo dan Tan Zing Zhawn bakal menjadi pengiring pemain bertaraf dunia seperti Wayne Rooney, Michael Owen dan Dimitar Berbatov untuk perlawanan pada 25 November ini. Pemilihan mereka dibuat berdasarkan kekerapan penggunaan kad kredit Standard Chartered oleh keluarga mereka bermula dari 1 hingga 31 Oktober lalu.
Menurut Timbalan Presiden MasterCard Worldwide, Jim Cheah, kemeriahan Liga Juara-Juara dan peluang berjalan seiring dengan bintang ternama, pastinya satu pengalaman yang cukup berharga buat kanak-kanak itu. 'Ini adalah satu pendedahan yang bagus buat mereka, dan dapat dijadikan sebagai salah satu cara untuk menyemai semangat kesukanan dari peringkat akar umbi'. Selain Malaysia, kempen itu turut membabitkan 24 kanak-kanak dari Singapura, Hong Kong, Korea Selatan dan Emiriyah Arab Bersatu.

Sunday, November 1, 2009


‘Rooney boleh jadi sensasi di Madrid’

Cristiano Ronaldo (kiri) kini sudah ‘merindui’ Wayne Rooney dan mahu digandingkan di Real Madrid. – AP
LONDON – Penyerang Manchester United, Wayne Rooney pasti akan menjadi pemain ‘sensasi’ jika beraksi buat Real Madrid, kata bekas rakan sepasukan, Cristiano Ronaldo.“Dia sangat bijak jika datang. Ini adalah tempat yang sesuai untuk pemain-pemain terbaik dunia, dan tidak diragui, dia salah seorang daripadanya.“Wayne pasti menjadi pemain sensasi di sini,’’ ujar Ronaldo kepada akhbar The Sun.Ronaldo, yang meninggalkan United untuk menyertai Real Madrid pada musim ini terlepas tiga perlawanan terakhir bersama gergasi Sepanyol itu akibat kecederaan buku lali.Walaupun menyuarakan keinginan untuk kembali berganding dengan Rooney, namun Ronaldo tidak menjangkakan perkara itu akan berlaku dalam tempoh terdekat.
“Saya sedar, ia akan mengambil masa yang lama buatnya untuk meninggalkan England.“Dia (Rooney) sayangkan negaranya, dia cintakan Manchester dan dia adalah orang Liverpool. “United juga adalah kelab yang baik buatnya tetapi anda tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan,’’ ujar bintang Portugal itu lagi. – AP
MU sasar benam Chelsea


MANCHESTER - Sir Alex Ferguson mengalihkan tumpuan kepada pertembungan hujung minggu ini menentang Chelsea selepas menang 2-0 ke atas Blackburn Rovers kelmarin yang menyaksikan penyandang juara itu hanya kurang dua mata di belakang pendahulu liga. United dilihat tidak beraksi pada tahap sebenar sebelum berjaya memecah kedegilan benteng pertahanan Blackburn di Old Trafford hasil jaringan Dimitar Berbatov dan Wayne Rooney. Bagaimanapun seperti yang dikatakannya berulang kali sejak akhir-akhir ini, Ferguson berpendapat bahawa United masih lagi mencari rentak yang boleh membawa mereka ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah sebanyak dua kali dan tiga kali berturut-turut juara liga. "Apa yang bagus mengenai pasukan ini ialah kami mempunyai pengalaman yang cukup untuk mengetahui bagaimana sukar untuk muncul juara liga."Ia tidak akan terdapat sebarang perbezaan musim ini.
"Kami tahu kesilapan yang akan berlaku, kami tahu tewas dalam perlawanan yang tidak dijangkakan tetapi anda akan cuba untuk berada konsisten dan berharap dapat meneruskannya.
"Jika kami meneruskannya sehingga Januari kami mempunyai peluang yang cerah," katanya. United sekarang sedang bergelut dengan beberapa masalah kecederaan menjelang perlawanan hujung minggu depan menentang Chelsea di mana Ryan Giggs dan Rio Ferdinand kedua-duanya tidak akan beraksi dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang CSKA Moscow esok.
Nemanja Vidic juga berada di bangku simpanan ketika perlawanan menentang Blackburn, menyebabkan pasangan yang jarang diturunkan Jonny Evans dan Wes Brown diletakkan di bahagian pertahanan tengah. "Banyak yang risau tentang ketiadaan Ferdinand dan Vidic yang tidak beraksi kelmarin."Bagaimanapun apabila anda mempunyai Wes Brown dan Jonny Evans sebagai pemain sokongan, anda tidak perlu risau.
"Jika anda mengeluarkan Ferdinand dan Vidic, tidak ada lagi pasangan yang bagus dalam Liga Perdana England (EPL) selain Evans dan Brown," kata Ferguson. Kemenangan mungkin dilihat lebih selesa untuk United tetapi mereka terlepas peluang dari pemain sayap Perancis, Gabriel Obertan, yang beraksi buat pertama kali dalam EPL pada separuh masa kedua sebagai pemain gantian. "Gabby sedikit gementar apabila dibawa masuk."Ia merupakan perlawanan keduanya dalam tempoh tujuh atau lapan bulan jadi anda perlu meletakkan dalam perspektif yang sesuai."Namun menjelang babak akhir dia mampu menyesuaikan diri dan melakukan dengan baik. Dia tidak gembira dengan dirinya dan ia membawa maksud yang baik," kata Ferguson.Dalam pada itu, pengurus Blackburn, Sam Allardyce mendakwa pasukannya perlu diberi gol pada minit ke-91 di mana ia dibatalkan ekoran ofsaid oleh penjaga garisan, selepas pemain gantian Nikola Kalinic menyempurnakan bola lantunan hasil rembatan Benni McCarthy.
Ulang tayang menunjukkan Kalini tidak berada di posisi ofsaid apabila rembatan dilakukan."Ketika berbaki empat minit, kami berjaya menjaringkan gol yang mampu untuk merubah keseluruhan rentak permainan."Jika anda lihat ulang tayang, dia berada di kawasan tidak ofsaid ia sungguh mengejutkan penjaga garisan membuat keputusan yang salah."Saya tidak menyatakan kami perlu mendapatkan segalanya dari perlawanan tersebut tetapi ia boleh mengubah segalanya dalam masa empat minit masa kecederaan," katanya."Ia mengambil masa satu saat untuk menjaringkan gol dan Manchester United mungkin akan berasa sedikit panik, siapa tahu?"Ia sangat mengecewakan selepas segala penat lelah, memang United berhak untuk menang tetapi ia sangat mengecewakan pada saat-saat akhir."Orang boleh berkata Sam mengeluh lagi tetapi saya suka mengeluh ketika saya tahu saya tidak salah. Semua orang boleh berkata apa sahaja tetapi saya tidak salah." katanya. - AFP