Scholes harap Ferguson kekal lama
MANCHESTER - Tonggak Manchester United, Paul Scholes menggesa pengurusnya, Alex Ferguson (gambar) menangguhkan sebarang hasrat untuk bersara. Baru-baru ini, Ferguson telah menyambut ulang tahun ke-23 sebagai pengurus United dan beliau dijangka berundur pada penghujung musim ini atau musim depan. Namun, Scholes yang sudah berada di bawah pengurusan Ferguson sejak 15 tahun lalu percaya bahawa pengurus itu masih mampu untuk menambah koleksi kejuaraan bersama United. Setakat ini, Ferguson yang bakal genap 68 tahun pada 31 Disember depan telah meraih 11 trofi Liga Perdana England, dua trofi Liga Juara-Juara dan lima trofi Piala FA.
"Rekod peribadinya telah menceritakan segala-galanya. Tempoh 23 tahun cukup lama tetapi saya harap beliau (Fergu- son) akan terus berada di sini dan meraih beberapa lagi kejua- raan. "Pasukan lain pastinya tidak mendapat kejayaan seumpama ini apabila mempunyai seorang pengurus dalam tempoh jangka panjang. "Ketika saya beraksi untuk England, jurulatih berubah dari semasa ke semasa dan kadangkala ia langsung tidak membantu. "Jadi saya rasa bertuah dapat bermain di bawah seorang pengurus yang cukup hebat," kata Scholes.
Dalam pada itu, Ferguson tetap akan berada di bangku simpanan United ketika mereka melayan Everton pada aksi Liga Perdana England di Old Traf- ford awal pagi esok. Ini kerana, Persatuan Bola Sepak (FA) England mengesahkan hukuman penggantungan dua perlawanan terhadap Ferguson hanya akan bermula ketika United bertemu Portsmouth pada Sabtu depan. Bagi pemain pertahanan Everton, Tony Hibbert, dia tetap memandang positif pertemuan menentang United apabila bakal berdepan bekas rakan sepasukannya, Wayne Rooney. "Apabila kamu ke Old Traf- ford, kamu akan dilayan sebagai musuh. Semua penyokong mereka akan berdiri teguh di bela- kang pemain United. "Tetapi kamu tidak harus mengambil serius tentang perkara itu, sebaliknya terus bermain seperti biasa," kata Hibbert. - AFP
No comments:
Post a Comment