Wednesday, December 9, 2009

Bayern, Real, Milan ke kalah mati
PENYERANG Manchester United, Michael Owen meraikan gol jaringannya ketika menentang Wolfsburg dalam perlawanan Liga Juara Juara Eropah di tempat lawan, kelmarin. - AFP


BELGRADE - Bayern Munich menempah tempat dalam aksi kalah mati Liga Juara-Juara selepas menang 4-1 ke atas Juventus, semalam. Turut mengiringi Bayern ialah dua bekas bekas juara, Real Madrid dan AC Milan yang mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing. Juventus tersingkir selepas Bayern bangkit dari ketinggalan untuk menamatkan kekebalan tuan rumah yang tidak pernah kalah di tempat sendiri. Juve yang memerlukan keputusan seri untuk mara dalam Kumpulan A, bermain penuh yakin selepas sepakan voli David Trezequet meletakkan pasukan itu di depan sebelum rebah pada babak kedua. ''Tiada sesiapa pun yang menyangka kami akan menang sebegini,'' kata jurulatih Bayern, Louis Van Gaal yang berasal dari Belanda. Bayern mengakhiri saingan kumpulan selaku naib juara di belakang wakil Perancis, Girondins Bordeaux yang mengesahkan kemenangan 1-0 ke atas Maccabi Haifa dalam satu lagi perlawanan. Dalam saingan Kumpula C, dua ja ringan Cristiano Ronaldo dan sebiji lagi menerusi Raul Albiol memberi Real Madrid kemenangan selesa 3-1 ke atas Olympique Marseille yang tersingkir ke Liga Europa.
Ronaldo membuka jaringan menerusi sepakan bebas dari jarak 30 meter dan menambah jaringan ketiga pasukan pada hujung permainan. Marseille memperoleh gol sagu hati menerusi Lucho Gonzales yang turut terlepas penalti. Milan pula yang seri 1-1 di Zurich, mulanya dalam bahaya selepas Milan Gajic meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-29, sebelum jaringan penalti Ronaldinho dan kemenangan Real membolehkan juara 2007 itu terus bersaing.
Michael Owen pula mencatat hatrik buat kali pertama bersama Manchester United yang menang 3-1 ke atas juara Jerman, Wolfsburg dalam saingan Kumpulan B, sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah dalam Liga Juara-Juara kepada 15 permainan setakat ini.
Bekas penyerang Newcastle United yang menyertai United tanpa sebarang yuran itu meletakkan pasukan Alex Ferguson di depan selepas menerima hantaran cantik Nani. Wolfsburg menarik nafas lega seketika selepas penyerang Bosnia, Edin Dzeko menyumbat gol menerusi rembatan dekat sebelum Owen sekali lagi meletakkan pasukannya di depan sebelum melengkapkan hatrik pada masa kecederaan. ''Hebat, bijak. Anda tahu siapa dia. Jangkaan dia ketika berlari begitu hebat. Saya benar-benar teruja melihatnya beraksi,'' kata Ferguson kepada Sky Sports selepas perlawanan itu tamat. Langkah United turut disertai wakil Rusia, CSKA Mosque selepas menewaskan kelab Turki, Besiktas 2-1, semalam.
Pemain sayap Serbia, Milos Krasic meletakkan CSKA di depan sebelum pemain tengahnya, Yevgeny Aldonin membolos gawang lawan pada masa kecederaan. CSKA yang kembali menyegat selepas permulaan hambar, dua kemenangan dan satu seri juga mungkin ditemani satu lagi wakil Rusia, Rubin Kazan yang akan menentang Inter Milan. Dalam pada itu, satu lagi kelab England, Chelsea yang menjuarai Kumpulan D dikejutkan dengan seri 2-2 dengan wakil Cyprus, Apoel Nicosia manakala naib juara kumpulan, Porto menang selesa 3-0 ke atas Atletico Madrid. - Reuters

No comments:

Post a Comment