Benteng United kembali kental
MANCHESTER - Pemain antarabangsa Serbia, Nemanja Vidic bersedia kembali mengukuhkan benteng pertahanan Manchester United yang menanti ketibaan Aston Villa di Old Trafford, hari ini. Vidic merupakan salah seorang daripada lapan pertahanan United yang tidak diturunkan ketika menang 3-1 ke atas Wolfsburg dalam Liga Juara-Juara, Rabu lalu disebabkan kecederaan. Sehingga memaksa pengurus pasukan, Alex Ferguson terpaksa bergantung kepada khidmat dua pemain tengah, Darren Fletcher dan Michael Carrick dengan dibantu satu-satunya pemain 'pertahanan yang sebenar', Patrice Evra dalam perlawanan itu.
Mungkin ada yang menganggap kehadiran Vidic selaku antara tonggak kekuatan pertahanan United bakal membawa kelegaan kepada pengurus berbangsa Scotland berkenaan untuk berdepan Villa. Namun, masih banyak perlu difikirkan Ferguson dengan Rio Ferdinand, John O'Shea dan Jonny Evans seakan sudah boleh diilupakan khidmatnya sehingga Krismas sementara Carrick pula mungkin perlu terus beraksi di bahagian benteng jika Wes Brown masih belum pulih dari kecederaan buku lali untuk menentang Villa. Di sebalik senarai kecederaan yang panjang, pemburuan kejuaraan United masih berada di landasan betul apabila membelasah West Ham 4-0, dibantu kekalahan Chelsea kepada Manchester City minggu lalu sekali gus meletakkan Red Devils cuma ketinggalan dua mata di belakang The Blues dalam carta liga.
Sementara itu, pemain tengah Ireland, Darron Gibson bakal mendapat faedah daripada senarai panjang kecederaan untuk diberikan peluang beraksi dalam kesebelasan utama. Dengan Fletcher dan Carrick diserap ke benteng, Gibson telah beraksi dalam lima perlawanan sejak bulan lalu dan menghasilkan tiga gol."Ini adalah waktu yang sukar untuk United. Jelas sekali saya tidak gembira apabila ada pemain tercedera tetapi itu adalah peluang untuk saya membuktikan kemampuan."Daripada tidak bermain langsung tetapi kini beraksi untuk tiga perlawanan dalam seminggu, saya tidak nafikan ia sukar.
"Tetapi pengurus telah menunjukkan kepercayaan tinggi kepada saya dan saya mengambil peluang itu sebaik mungkin. Saya harap ia (peluang bermain) akan terus ada."Seperti diketahui, sukar untuk mendapat peluang bermain dalam setiap perlawanan di United. Tetapi, jika anda memperolehinya, jangan sesekali mensia-siakan peluang tersebut," ujar pemain berusia 22 tahun itu.Meskipun United berjaya menewaskan lawan tanpa menurunkan 'pertahanan sebenar', Fletcher menganggap adalah penting untuk rakan-rakannya yang tercedera kembali secepat mungkin."Kami berdepan beberapa masalah. Justeru, lebih cepat pertahanan kami boleh turun ke padang, lebih baik prestasi yang mampu pasukan ini tonjolkan."Jika tidak, kami terpaksa melakukan rombakan seperti Rabu lalu dan bertindak secara profesional demi kebaikan pasukan."Kami sentiasa masuk ke padang dengan berfikiran positif dan menganggap pasukan ini mempunyai kualiti diperlukan untuk menang tidak kira walau apa pun terjadi. "Tetapi kami tetap mahukan pertahanan yang cergas kerana akan berdepan perlawanan besar dan ia menuntut semua pemain bersedia untuk diturunkan," katanya. - AFP

No comments:
Post a Comment