Friday, January 22, 2010

Barcelona pancing Rooney


ROONEY (tengah) diasak pemain Manchester City, Carlos Tevez (kanan) ketika saingan separuh akhir pertama Piala Liga di Stadium of Manchester, kelmarin.

Prestasi buruk, hutang bertapuk MU, buka laluan pemain tukar angin

LONDON: Masa depan kewangan Manchester United yang tidak pasti menyaksikan gergasi Sepanyol, Barcelona cuba untuk memancing aset paling bernilai di Old Trafford iaitu Wayne Rooney. Dengan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu kini dibelenggu hutang lebih £700 juta (RM3.8 bilion) dan tidak dapat menjamin wang untuk pembelian pemain baru, kelab terbesar Eropah itu kini mengintai pemain seperti RooneyBarcelona kelihatan sudah memulakan kempen untuk menarik perhatiannya kelmarin dengan mendedahkan kepada akhbar Sepanyol, El Mundo Deportivo bahawa penyerang itu sudah memberitahu bekas rakan sepasukan di United, Gerard Pique yang kini berada di kelab Catalan itu - bahawa dia pastinya ‘mahu bermain buat Barcelona’. Sungguh pun cerita itu mungkin tiada kebenarannya, kenyataan bahawa Barcelona sudah melahirkan minat mereka - nama Rooney sering dikaitkan dalam media Sepanyol sejak kebelakangan ini - mencadangkan United berada pada kedudukan lemah. Pengeluaran bon, minggu lalu disasarkan untuk mengutip £500 juta (RM2.75 bilion) untuk melangsaikan hutang kelab itu dan prospek yang mengiringi pengisytiharan itu mendedahkan United terpaksa berdepan kemungkinan satu hari terpaksa menjual pemain mereka, kemungkinan Old Trafford, jika keadaan bertambah buruk. Kini terdedah bahawa pengeluaran kecil dokumen bon itu membenarkan pemilik, Glazers untuk mengeluarkan hampir £120 juta (RM660 juta) keluar dari kelab itu pada tahun kewangan yang akan datang. Penganalisis City percaya sebab utama di sebalik pengeluaran bon itu adalah untuk membenarkan Glazers untuk mengeluarkan wang daripada kelab itu dalam usaha mengurangkan beban hutang yang kini dianggarkan lebih £200 juta (RM1.1b). - Agensi

No comments:

Post a Comment