LONDON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson (gambar) akan mempertaruhkan barisan terbaik pada pertemuan menentang Manchester City dalam aksi separuh akhir Piala Liga awal pagi Khamis ini.Bagaimanapun, Ferguson akan tetap dengan polisinya dengan membariskan pemain-pemain muda apabila berdepan dengan skuad kendalian Roberto Mancini itu.Kekalahan 0-1 kepada Leeds United pada pusingan ketiga Piala FA kelmarin telah membuatkan Ferguson melakukan beberapa perubahan pemain sebelum berkunjung ke Eastlands nanti.Feguson mengakui, dia tidak menyangka skuad kendaliannya akan tewas kepada Leeds kerana telah melakukan persiapan yang cukup baik."Ianya sangat mengecewakan tetapi dalam bola sepak semua ini tidak mustahil akan berlaku.""Kami ada perlawanan separuh akhir Piala Liga Rabu ini (awal pagi Khamis) dan beberapa pemain yang beraksi hari ini (kelmarin) tidak akan diturunkan.""Saya sudah mempunyai gambaran pasukan yang akan diturunkan nanti tetapi mungkin akan ada satu atau dua perubahan," jelas Ferguson.Sehari sebelum aksi menentang Leeds, tonggak pertahanan United, Nemanja Vidic dilaporkan telah mengalami kecederaan sehingga dia tidak dapat diturunkan.
"Saya tidak dapat memberi penjelasan mengenai situasi itu kerana saya sendiri tidak tahu kecederaan apa yang dialaminya," katanya.Dalam pada itu, Ferguson bakal berdepan tindakan disiplin apabila dia mengkritik pengadil Chris Foy sejurus selepas tamat aksi kelmarin.Persatuan Bola Sepak (FA) England menolak dakwaan Ferguson yang mengatakan Foy tidak memberi masa tambahan yang cukup pada aksi di Old Trafford itu."Pengadil hanya memberi lima minit masa kecederaan dan itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima," jelas Ferguson. - Agensi
No comments:
Post a Comment