MANCHESTER - Pemain sayap, Nani yakin prestasi rakan sepasukannya, Wayne Rooney mampu memberkani perubahan kepada skuad Red Devils, untuk mengatasi Manchester City di perlawanan separuh akhir Piala Liga, esok.City, yang memiliki kelebihan apabila 2-1 pada separuh akhir pertama di Eastlands, dilihat begitu bersemangat memburu tempat ke perlawanan akhir, menentang Aston Villa.Ryan Giggs menjaringkan gol pertama perlawanan separuh akhir pertama minggu lalu, sebelum bekas penyerang United, Carlos Tevez menyumbat dua gol untuk City memenangi pertembungan tersebut.Pertemuan esok, pasti lebih hangat ekoran perbalahan terbuka di antara Tevez dan bekas rakan sepasukannya di United, Gary Neville.Bos United, Sir Alex Ferguson pula menegaskan, gol United di tempat lawan, tidak seharusnya dianggap satu kelebihan, sebaliknya mereka harus mengesahkan kemaraan ke pentas final di Wembley pada masa sebenar perlawanan.
Selain itu, pengurus terkemuka dunia itu, turut memberi bayangan bahawa, Rooney begitu berkeinginan untuk beraksi pada setiap perlawanan.Jelasnya, penyerang England itu seolah-olah tidak mahu direhatkan, selepas menjaring empat gol ketika membantu United membenam Hull 4-0, minggu lalu.Selain Rooney, Nani juga mempamer persembahan mengkagumkan, ketika menentang skuad Phil Brown, setelah berehat beberapa minggu ekoran kecederaan buku lali. Pemain sayap Portugal itu berharap, dia dapat menampung ketiadaan rakan senegaranya, Cristiano Ronaldo yang menyertai Real Madrid, meskipun dia sebenarnya masih bertungkus lumus untuk memberi persembahan terbaik musim ini.Begitupun, Nani berpendapat dia boleh beraksi baik, seperti mana yang telah ditunjukkannya ketika menentang Hull."Semua orang begitu gembira. Ia sesuatu yang hebat apabila kami berada pada kedudukan teratas liga. ''Malah, ia juga memberi keyakinan tinggi kepada semua pihak. ''Pasukan ini bermain dengan sempurna, menghasilkan jaringan dan kami berasa sangat baik."Pertemuan menentang City akan menjadi satu pertembungan yang sukar. ''Namun, ia hebat apabila sesebuah pasukan mempunyai seorang pemain seperti Wayne (Rooney) yang mempunyai prestasi baik dan tahap keyakinan tinggi. - AFP
No comments:
Post a Comment