Sunday, February 21, 2010

Ferguson kecewa United tewas

JARINGAN pembukaan Berbatov (tengah) masih belum cukup untuk membantu kemenangan United.


LONDON - Alex Ferguson mengakui bahawa Manchester United memang patut pulang dari Goodison Park dengan tangan kosong kelmarin.Juara bertahan Liga Perdana England itu tewas 1-3 kepada Everton yang bangkit meledakkan tiga gol selepas ketinggalan menerusi jaringan Dimitar Berbatov pada minit ke-16.Diniyar Bilyaletdinov menyamakan kedudukan tiga minit selepas jaringan itu sebelum pemain gantian, Dan Gosling dan Jack Rodwell menjamin kejayaan Everton pada babak kedua."Kami ditewaskan dengan mudah, itu saja," kata pengurus United, Ferguson."Kami bermula dengan baik, namun jaringan penyamaan mereka menyuntik semangat kebangkitan dan menghadiahkan mereka tiga mata."Kamu sudah pasti tidak mahu dibolosi dengan cepat sele- pas berada di depan, namun kebangkitan sebenar dipamerkan pada babak kedua di mana kami gagal menyaingi mereka."Saya sangat kecewa dan pemain juga kecewa. Mereka manusia biasa, mereka bermain untuk Manchester United dan pastinya tidak suka kekalahan tetapi kami tetap tewas juga hari ini (kelmarin)."Ini satu keputusan yang menyedihkan dan pada waktu seperti ini, kami tidak boleh mengalami kekalahan sebegini," kata Ferguson lagi.Sementara itu, Gosling yang meledakkan gol kedua Everton pada minit ke-76 berkata: "Ia suatu aksi berpasukan yang hebat daripada kami."Kami mempamerkan persembahan bertenaga pada akhir babak kedua dan memang layak memenangi tiga mata."Kami berusaha keras menyaingi United. - Agensi

No comments:

Post a Comment