MILAN - David Beckham menganggap penyerang Manchester United, Wayne Rooney kini sudah menyamai kehebatan bintang AC Milan dari Brazil, Ronaldinho.Kedua-dua pasukan itu bakal bertemu pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara awal pagi Rabu ini.Beckham yang kini menjadi pemain pinjaman Milan berpeluang berdepan bekas kelabnya itu.Beckham telah menyertai United sejak zaman remajanya dan berjaya membawa pasukan itu menjulang trofi Liga Juara-Juara pada 1999 sebelum meninggalkan kelab tersebut pada 2003."Secara peribadi, United adalah kelab terbesar. Tapi apa yang penting, pasukan ini (Milan) perlu terus mara dan menewaskan United. Itulah yang saya harap kami dapat lakukan.
"United sedang membara ketika ini. Mereka mempamerkan aksi yang baik manakala Rooney pula menjaringkan banyak gol. Pasti ia akan menjadi satu perlawanan yang sengit," kata Beckham.Ditanya adakah Rooney kini boleh disamakan dengan pemenang dua kali Pemain Terbaik Dunia, Ronaldinho, bekas kapten England itu berkata: "Tanpa ragu-ragu, saya akan sentiasa menganggap Rooney sebagai seorang penjaring terbaik di dunia.""Dia telah membuktikannya dan dia juga berada di sebuah kelab yang hebat seperti United. Jadi dia dapat melakukan yang terbaik dalam menjaringkan gol," ujar Beckham.Namun Beckham masih belum pasti sama ada dia dapat beraksi pada perlawanan awal pagi Rabu ini setelah masuk sebagai pemain gantian ketika Milan menang tipis 3-2 ke atas Udinese pada Jumaat lalu. - Reuters
No comments:
Post a Comment