Monday, February 8, 2010

Semangat Red Devils lakar kecemerlangan


Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson memuji sikap dan semangat yang dipamerkan anak buahnya ketika membelasah kelab tercorot, Portsmouth 5-0 di Old Trafford, kelmarin. Red Devils yang menguasai permainan sejak awal mendahului melalui Wayne Rooney lima minit sebelum rehat. Pemain pertahanan Pompey, Anthony vanden Borre menghadiahkan gol kedua buat United, satu daripada tiga jaringan sendiri pihak lawan sebelum Dimitar Berbatov turut mencipta nama selaku penjaring pada babak kedua. Ferguson nyata bangga dengan kesabaran dan corak serangan pasukannya dan memuji pemainnya kerana tidak mudah kecewa apabila serangan mereka sering kali digagalkan kedegilan pertahanan Pompey. “Kami menguasai keseluruhan permainan dan penguasaan bola amat baik. Tetapi pihak lawan terus memberi saingan tetapi kami tenang mengatasinya. “Porstmouth bertahan dengan baik. Mereka membuatkan kami sukar mencari ruang tetapi gol Rooney sebelum rehat mengubah momentum perlawanan. “Malah, Berbatov turut beraksi dengan baik dan kami bertuah dengan jaringan bantuan pihak lawan,” katanya.

No comments:

Post a Comment