Becks lawan Rooney di Old Trafford
MILAN: Pemain tengah AC Milan, David Beckham kembali ke Old Trafford, hari ini - kali pertama sejak tujuh tahun - dan menjangka akan berdepan penyerang Manchester United, Wayne Rooney.Rooney - penyerang yang berada pada puncak prestasi buat England dan menjaringkan dua gol ketika menewaskan lawan 3-2 dalam timbal balik pertama untuk United kini diragui bagi pertemuan peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah berikutan masalah kecederaan lutut. "Saya pasti Rooney akan bermain. Saya rasa dia mengalami masalah sejak beberapa hari kebelakangan ini, tetapi dia mempunyai masa hujung minggu sepenuhnya untuk pulih," kata bekas pemain United, Beckham kepada stesen tv Milan, kelmarin. "Dia adalah pemain yang bagus dan sudah pasti mahu menyertai perlawanan itu. Alex Ferguson pastinya akan menggunakan formasi terbaik."
Bekas kapten England, Beckham, 34, menang Liga Juara-Juara 1999 ketika bersama United sebelum berhijrah ke Real Madrid pada 2003."Alex Ferguson memberikan banyak nasihat kepada pemain dan dia adalah antara jurulatih bola sepak terbaik. Dia melindungi pemainnya dan menjelaskan kepada saya jika saya melakukan kesilapan," kata Beckham.Beckham yang beraksi dalam perlawanan pertama, tidak pasti diturunkan hari ini kerana Alexandre Pato, Clarence Seedorf dan Gennaro Gattuso kesemuanya cergas untuk diturunkan. - Reuters
No comments:
Post a Comment