Saturday, March 27, 2010


Impian United

BOLTON - Manchester United ada misi penting apabila berdepan Bolton Wanderers dalam aksi Liga Perdana England di Stadium Reebok awal pagi esok.Selain berhasrat untuk mengukuhkan kedudukan di persada liga, United yang menghuni tangga teratas liga berazam untuk mencipta kemenangan ketujuh berturut-turut.Dengan penampilan semula penjaga gol, Edwin van der Sar serta dua tonggak pertahanan, Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic, anak-anak buah Alex Ferguson pasti mendapat suntikan semangat baru bagi menghadapi Bolton.Hanya satu mata mendahului pencabar terdekat mereka, Chelsea, United di- jangka tidak berdepan dengan halangan sukar untuk terus menghuni tangga teratas liga biarpun skuad The Blues mencatatkan kemenangan ke atas Aston Villa.

Dalam perkembangan lain, kelibat tonggak tengah United, Owen Hargreaves masih mencetuskan tanda tanya.Setelah 18 bulan diketepikan akibat mengalami kecederaan, Hargreaves kembali berada dalam skuad United ketika perlawanan menentang Fulham minggu lalu tetapi dia sekadar memanaskan bangku simpanan.Bagaimanapun, Ferguson yakin Hargreaves masih ada masa lagi untuk beraksi dalam saingan musim ini,Bekas pemain Bayern Munich itu dijangka menyumbangkan khidmatnya pada minggu terakhir saingan liga musim ini."Kami sentiasa menanti saat-saat Hargreaves boleh diturunkan semula."Dia adalah seorang pemain yang cukup berpengalaman dan sudah tentu khidmatnya sangat diperlukan ketika kami dalam usaha untuk memburu trofi liga musim ini," jelas Ferguson.Sementara itu, pengurus Bolton, Owen Coyles sedar bahawa anak-anak buahnya berdepan dengan tugas sukar di Stadium Reebok nanti. - AFP

No comments:

Post a Comment