Scholes angkat United
LONDON: Pemain tengah veteran, Paul Scholes menjaringkan gol peribadi ke-100 dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika membantu juara bertahan, Manchester United merampas semula status pendahulu liga daripada Chelsea selepas menang tipis 1-0 ke atas, Wolves kelmarin. Scholes menemui sasaran penting di Stadium Molineux minit ke-73 apabila dia menjadi pemain pertama bertindak balas terhadap hantaran lintang Nani yang terkena Christophe Berra. Pengurus pasukan, Sir Alex Ferguson menghamburkan kata-kata pujian kepada dengan berkata: “Dia adalah hebat. Seratus jaringan liga daripada pemain tengah dalam EPL adalah menakjubkan. Dia adalah pemain hebat.
“Cara kami meletakkannya sejak kebelakangan ini, apabila dia duduk lebih dalam, mungkin menghilangkan ancamannya ke pintu gol yang selalu ditunjukkannya sebagai pemain muda. “Tetapi peluang hadir buatnya hari ini (semalam) dan dia adalah pemain terbaik untuk diberi kesempatan itu.” Kemenangan itu membolehkan United membuka jurang dua mata ke atas dua pencabar mereka - Chelsea dan Arsenal sungguh pun Sam Vokes seharusnya menyamakan kedudukan buat Wolves yang diancam bahaya tetapi merembat tinggi melepasi palang.Chelsea yang berdepan Stoke dalam suku akhir Piala FA, semalam memiliki satu perlawanan dalam tangan ke atas saingan mereka. - AFP
No comments:
Post a Comment