Saturday, April 24, 2010

Giggs, Nani letak United di puncak


NANI (depan) puas selepas menjaringkan gol buat Manchester United yang menewaskan Tottenham Hotspur 3-1 dalam saingan Liga Perdana England di Old Trafford, semalam. – AP


MANCHESTER – Selepas Paul Scholes, tiba giliran seorang lagi pemain veteran, Ryan Giggs untuk muncul wira apabila dua sepakan penalti yang diambilnya terus meletakkan tekanan ke atas Chelsea selepas membantu United mengalahkan Tottenham Hotspur 3-1, semalam.United jelas menganggap pertemuan menentang Spurs sangat penting apabila mereka menguasai keseluruhan perlawanan separuh masa pertama dengan melakukan beberapa percubaan berbahaya melalui Dimitar Berbatov dan Giggs.Pada minit ke-29 Nani berjaya membawa bola dari kawasan sendiri di sebelah kiri dan melakukan hantaran silang menuju ke arah Berbatov, bagaimanapun percubaan penyerang Bulgaria itu berjaya dihalang pertahanan Spurs, Ledley King.

Tidak sampai seminit United sekali lagi memperoleh peluang terbaik kali ini melalui pemain sayap Antonio Valencia yang menyaksikan rembatannya dari luar petak penalti berjaya diselamatkan penjaga gol, Heurelho Gomes. Separuh masa kedua menyaksikan Spurs cuba bangkit dan melakukan serangan awal minit ke-46 melalui Roman Pavlyuchenko hasil gerakan David Bentley yang membawa bola ke dalam petak penalti, namun rembatan penyerang Rusia itu tidak menepati sasaran. Wilson Palacios cuba untuk mencari gol pendahuluan buat pasukan bimbingan Harry Redknapp apabila dia tiga pemain United sebelum melepaskan rembatan dari luar petak penalti pada minit ke-53, namun ia berjaya diselamatkan Edwin van der Sar.Lima minit berselang Giggs meletakkan United di depan hasil sepakan penalti selepas Benoit Assou-Ekotto mengasari Patrice Evra, pemain veteran itu menyepak ke sebelah kanan dan bola melepasi bawah tangan Gomes.

Pada minit ke-69 Spurs berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan King, ia berpunca dari sepakan sudut Gareth Bale yang menyaksikan King melompat tinggi melepasi Michael Carrick menanduk bola menuju ke sudut kanan gawang United. Kedudukan berubah pada minit ke-81 apabila apabila Nani kembali meletak United di depan hasil hantaran ke depan cantik pemain gantian, Federico Macheda dan Nani berlari mengejar bola tersebut sebelum menyungkit melepasi Gomes di dalam petak penalti.Giggs sekali lagi menjadi wira buat United apabila menambah gol ketiga juga melalui sepakan penalti apabila Nani dijatuhkan Palacios dalam petak penalti, sekali lagi Gomes tewas dengan sepakan penalti Giggs walaupun dia merebahkan badan ke arah yang betul.Sementara itu, pengurus United, Alex Ferguson memuji gol kedua yang disumbangkan oleh pemain Portugal, Nani yang menganggap gol tersebut sangat hebat.

“Saya melihat jaringan Nani sangat menakjubkan, dia seperti ingin membuktikan kepada orang ramai bahawa dia mempunyai keazaman yang tinggi.“Bagaimanapun saya risau tentang kecederaan yang dialami Wayne Rooney sukar untuk mengatakan tentang peluangnya, kecederaan pangkal paha memang teruk. Saya rasa ia akan mengambil dua atau tiga minggu untuk sembuh. “Kami akan cuba (mengembalikannya beraksi semula musim ini). Kami akan memberinya segala peluang dan Wayne agak terdesak untuk beraksi tetapi kita akan tunggu dan lihat,” kata Ferguson. – AP

Manchester United go top as Spurs pay penalty



LONDON, April 24, 2010 (AFP) - Ryan Giggs scored two penalties as reigning champions Manchester United returned to the top of the English Premier League with a 3-1 win over Tottenham Hotspur at Old Trafford on Saturday.Victory moved United two points in front of Chelsea with two games to play as they once again demonstrated the ability to score important late goals, this time in a match which was all square at 1-1 with 10 minutes left.However, Chelsea will regain top spot in the Premier League if they win at home to Stoke City at Stamford Bridge on Sunday.

Nani puts Manchester United 2-1 up against Tottenham Hotspur


Giggs’s successful 58th minute penalty, awarded after Patrice Evra was brought down in the box by Benoit Assou-Ekotto, saw United - without injured England striker Wayne Rooney - go in front.But Tottenham, fresh from wins over Arsenal and Chelsea, equalised in the 70th minute when injury-prone central defender Ledley King headed in a corner.United, though, hit back when Portuguese ace Nani broke down the right and chipped goalkeeper Heurelho Gomes.Veteran midfielder Giggs then sealed United’s victory with his second spot-kick four minutes from time after Nani went down under a challenge from Wilson Palacios.Tottenham will lose fourth place, and the last Champions League qualifying spot on offer to English clubs, if Manchester City win away to Arsenal later on Saturday.

© Copyright (c) AFP

Friday, April 23, 2010

Harapan juara memihak United


DIMITAR BERBATOV


MANCHESTER - Manchester United mahu memberi tekanan kepada Chelsea dengan sasaran merampas kedudukan teratas Liga Perdana dengan memenang perlawanan ke atas Tottenham, hari ini.Pasukan Alex Ferguson ketinggalan satu mata kepada Chelsea, namun penyandang juara bakal itu merampas kedudukan teratas jika menang di Old Trafford, sebagai pendahulu seketika sebelum Blues menentang Stoke esok. Ketika saingan di penghujung kian sengit, pemain tengah United, Michael Carrick, yang juga bekas pemain bintang Tottenham, berkata, semangat pemain United kian melonjak selepas bekas kelabnya menewaskan Chelsea hujung minggu lalu."Emosi anda berubah setiap minggu, bergantung kepada siapa yang beraksi.

''Agak melucukan bagaimana jadual perlawanan menjadi seperti kebetulan. ''Pada awal musim anda tidak menjangkakan senario seperti ini akan berlaku."Anda menyokong satu pasukan sahaja setiap minggu dan menentang mereka pada perlawanan berikutnya. Itulah sifat semula jadi sukan bola sepak."Tottenham seringkali berada di tangga keempat sepanjang musim. Skuad yang mereka turunkan setiap tahun memang hebat. "Kami semakin hampir untuk menamatkan saingan musim ini dan anda patut memberi pujian kepada mereka kerana mempamerkan aksi terbaik," kata Carrick.Spurs tidak pernah menang di Old Trafford sejak 1989 dan pasukan Ferguson kekal tanpa kalah menentang Spurs, selepas 21 perlawanan dalam semua kejohanan domestik. Bagaimanapun, Tottenham merupakan pasukan yang berada pada prestasi terbaik, selepas menewaskan Arsenal dan Chelsea.

Ini mencerahkan peluang mereka berada pada kedudukan automatik untuk layak ke Liga Juara-Juara.Pasukan Harry Redknapp, yang menduduki tangga keempat, memainkan peranan penting dalam perlumbaan perebutan juara selepas mencatat dua kemenangan tersebut.Namun, ia akan menjadi lebih menarik apabila ia mempunyai kaitan dengan kepentingan pasukan mereka sendiri yang mengatasi pasukan tempat kelima, Manchester City, dengan kelebihan dua mata. "Perebutan tempat keempat sangat menarik, semua orang menontonnya di televisyen, jadi ia baik untuk kami dan mereka."Awal musim ini, kami tewas ketika menentang United. Kini kami telah mengalahkan Arsenal dan Chelsea di tempat sendiri, jadi ia membuktikan kami telah meningkat sejak awal musim. "Manchester United masih lagi sebuah pasukan yang hebat, nama besar dalam bola sepak England. ''Mereka di tangga kedua tetapi masih bersaing untuk merebut gelaran juara. ''Bagi saya, tidak ada masalah buat mereka jadi kami perlu fokus. "Dalam bola sepak, jika anda mahu menjadi terbaik, anda perlu memungut semua mata," kata pertahanan Spurs, Sebastien Bassong. - AFP

Saturday, April 17, 2010

Scholes hidupkan peluang United

MANCHESTER - Paul Scholes muncul wira apabila membantu Manchester United mencipta kemenangan 1-0 ke atas Manchester City pada aksi Liga Perdana England malam tadi.Scholes menanduk masuk gol kemenangan United pada masa kecederaan babak kedua selepas menyempurnakan hantaran lintang pemain pertahanan, Patrice Evra.Kemenangan tersebut telah menghidupkan kembali peluang United dalam usaha memburu kejuaraan liga musim ini biarpun jika pendahulu, Chelsea mencatatkan kemenangan ke atas Tottenham Hotspur.Pengurus United, Alex Ferguson berkata, jika skuad kendaliannya tewas pada aksi di Stadium City of Manchester, ia sekali gus memadam terus impian The Red Devils bagi merangkul trofi liga buat empat musim berturut-turut.Sementara itu, kekalahan yang dialami City menyaksikan mereka terlepas peluang terbaik bagi menjarakkan kedudukan dengan Spurs yang turut bersaing mengakhiri saingan di tangga keempat, sekali gus menempah slot ke kempen Liga Juara-Juara musim depan."Sudah pasti kami berasa sangat kecewa dengan kekalahan ini. Kami tidak patut tewas pada perlawanan ini.

"Kami akan menghadapi satu perlawanan penting (menentang Spurs di sini (Eastlands) pada 5 Mei depan dan kami perlu memenangi kesemua baki empat perlawanan," kata pengurus City, Roberto Mancini. - AFP"Jika kami tewas perlawanan sebentar tadi (semalam), ia akan menutup pintu buat kami untuk bergelar juara liga."Kami sememangnya berhak untuk memenangi perlawanan ini tetapi saya tidak menjangkakan yang kami akan memperoleh gol ketika perlawanan hampir tamat."Percaturan saya yang mahukan Scholes lebih banyak membantu jentera serangan ternyata berbaloi dan saya berasakan dia adalah pemain terbaik dalam perlawanan ini," jelas Ferguson.United dijadualkan berdepan dengan Tottenham Hotspur di Old Trafford Sabtu depan.

Thursday, April 1, 2010

Berbatov galas tugas Rooney
LONDON - Dimitar Berbatov menjadi sandaran utama Manchester United pada aksi penting Liga Perdana England bertemu Chelsea di Old Trafford malam esok.Penyerang Bulgaria ini bakal memikul tugas yang ditinggalkan Wayne Rooney selepas penyerang England itu terpaksa direhatkan selama sebulan.Rooney disahkan mengalami kecederaan pergelangan kaki ketika United tewas 1-2 kepada Bayern Munich pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara, Rabu lalu.Setakat ini, Rooney telah meledakkan 34 gol manakala Berbatov di tempat kedua dengan 12 gol selepas menjaringkan dua gol ketika menentang Bolton Wanderers hujung minggu lalu.
Kini sudah tiba masa untuk Berbatov membuktikan kehebatannya, sekali gus membantu United melebarkan jurang untuk kekal berada di kedudukan teratas liga."Kami tahu Wayne (Rooney) adalah seorang pemain yang luar biasa. Dia menjaringkan satu gol ketika menentang Bayern dan memperoleh peluang untuk menyumbat beberapa gol lagi. Dia adalah seorang pemain terbaik di dunia," kata pemain pertahanan United, Nemanja Vidic."Tetapi Berbatov telah membuktikan apa yang seharusnya dilakukan di Bolton. Dia memiliki corak permainan yang hebat."Musim ini juga telah menun- jukkan kami bermain satu pasukan. Kami yakin pada diri sendiri dan yakin pada rakan- rakan yang lain."Selepas ketiadaan Michael Owen sehingga akhir musim ini kerana mengalami kecederaan, Berbatov, 29, satu-satunya penyerang yang dimiliki United.- Agensi