Friday, April 23, 2010

Harapan juara memihak United


DIMITAR BERBATOV


MANCHESTER - Manchester United mahu memberi tekanan kepada Chelsea dengan sasaran merampas kedudukan teratas Liga Perdana dengan memenang perlawanan ke atas Tottenham, hari ini.Pasukan Alex Ferguson ketinggalan satu mata kepada Chelsea, namun penyandang juara bakal itu merampas kedudukan teratas jika menang di Old Trafford, sebagai pendahulu seketika sebelum Blues menentang Stoke esok. Ketika saingan di penghujung kian sengit, pemain tengah United, Michael Carrick, yang juga bekas pemain bintang Tottenham, berkata, semangat pemain United kian melonjak selepas bekas kelabnya menewaskan Chelsea hujung minggu lalu."Emosi anda berubah setiap minggu, bergantung kepada siapa yang beraksi.

''Agak melucukan bagaimana jadual perlawanan menjadi seperti kebetulan. ''Pada awal musim anda tidak menjangkakan senario seperti ini akan berlaku."Anda menyokong satu pasukan sahaja setiap minggu dan menentang mereka pada perlawanan berikutnya. Itulah sifat semula jadi sukan bola sepak."Tottenham seringkali berada di tangga keempat sepanjang musim. Skuad yang mereka turunkan setiap tahun memang hebat. "Kami semakin hampir untuk menamatkan saingan musim ini dan anda patut memberi pujian kepada mereka kerana mempamerkan aksi terbaik," kata Carrick.Spurs tidak pernah menang di Old Trafford sejak 1989 dan pasukan Ferguson kekal tanpa kalah menentang Spurs, selepas 21 perlawanan dalam semua kejohanan domestik. Bagaimanapun, Tottenham merupakan pasukan yang berada pada prestasi terbaik, selepas menewaskan Arsenal dan Chelsea.

Ini mencerahkan peluang mereka berada pada kedudukan automatik untuk layak ke Liga Juara-Juara.Pasukan Harry Redknapp, yang menduduki tangga keempat, memainkan peranan penting dalam perlumbaan perebutan juara selepas mencatat dua kemenangan tersebut.Namun, ia akan menjadi lebih menarik apabila ia mempunyai kaitan dengan kepentingan pasukan mereka sendiri yang mengatasi pasukan tempat kelima, Manchester City, dengan kelebihan dua mata. "Perebutan tempat keempat sangat menarik, semua orang menontonnya di televisyen, jadi ia baik untuk kami dan mereka."Awal musim ini, kami tewas ketika menentang United. Kini kami telah mengalahkan Arsenal dan Chelsea di tempat sendiri, jadi ia membuktikan kami telah meningkat sejak awal musim. "Manchester United masih lagi sebuah pasukan yang hebat, nama besar dalam bola sepak England. ''Mereka di tangga kedua tetapi masih bersaing untuk merebut gelaran juara. ''Bagi saya, tidak ada masalah buat mereka jadi kami perlu fokus. "Dalam bola sepak, jika anda mahu menjadi terbaik, anda perlu memungut semua mata," kata pertahanan Spurs, Sebastien Bassong. - AFP

No comments:

Post a Comment