Thursday, August 27, 2009

Debaran undian Liga Juara
Sumber :http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Sukan/20090828012559/Article/index_html
MANCHESTER: Sir Alex Ferguson pasti resah menunggu detik undian Liga Juara-Juara awal pagi ini, apabila menyedari Manchester United mungkin terpaksa berdepan Cristiano Ronaldo dan pasukan barunya, Real Madrid. Gergasi Sepanyol itu mungkin memecahkan rekod dunia untuk mendapatkan Ronaldo pada harga £80 juta (RM464 juta), belum lagi £56 juta (RM324.8 juta) untuk Kaka dan pemain lain yang dibeli dengan harga tinggi, namun kehadiran mereka untuk undian di Monaco hanya selaku pilihan kedua bersama tujuh pasukan lain. Ini bermakna salah satu daripada empat kelab Inggeris bakal diundi dalam kumpulan bersama dengan Madrid kerana United, Liverpool, Chelsea dan Arsenal - yang membenam harapan Celtic di Stadium Emirates malam kelmarin - diletak selaku pilihan utama.
Malah, bagi pengurus baru Chelsea, Carlo Ancelotti, dirinya pasti berdepan tugas lebih sukar daripada ancaman Madrid, bimbang anak buahnya turut diundi bersama dengan Inter Milan pimpinan Jose Mourinho. Berpandukan autobiografi Ancelotti yang baru diterbitkan, dia nyata bukan peminat terhadap lelaki yang sebelum ini mengisi kerusi panas Stamford Bridge - dia secara terbuka menganggap dirinya istimewa seperti dirinya - dan idea bertentang dengan Mourinho dalam dua perlawanan kompetitif di awal tugasnya selepas berpindah dari AC Milan, adalah suatu yang cuba dielak. Diundi dalam kumpulan termasuk Juventus, satu lagi bekas majikannya, mungkin juga suatu yang mahu cuba dielakkan Ancelotti.
Dengan kedudukan pasukan pilihan seumpama itu pada tahun ini, salah satu daripada kelab Inggeris pasti diundi dalam kumpulan maut. Selain tiga gergasi Eropah di kelompok kedua, masih ada lagi pasukan hebat yang diletakkan selaku pilihan ketiga dan keempat. Dua pasukan akan layak dari setiap kumpulan tetapi tugas pasti sukar buat empat kelab Inggeris andai terpaksa turut berdepan dengan kelab seperti Atletico Madrid atau Stutrgart dalam kumpulan mereka atau mungkin juga pilihan keempat, Wolfsburg, juara dari Jerman. - Agensi

Tuesday, August 25, 2009

Vidic setia bersama United

MANCHESTER, England 26 Ogos - Pemain pertahanan Serbia, Nemanja Vidic semalam menegaskan dia tidak terfikir untuk meninggalkan kelab yang diwakilinya ketika ini, Manchester United. Vidic yang membuat penampilan pertama musim ini pada Sabtu lalu ketika membantu United mencatat kemenangan 5-0 ke atas Wigan, selepas pulih daripada kecederaan.
Pemain itu menyatakan pendiriannya bagi menjawab spekulasi yang menyatakan dia bercadang meninggalkan kelab terkemuka England tersebut. “Saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai Barcelona atau Real Madrid mahupun AC Milan, atau mengenai mana-mana kelab terkemuka lain. “Malah saya juga tidak pernah bercakap mengenai masa depan saya. Oleh itu, saya tidak tahu kenapa ada orang lain mengeluarkan kenyataan seperti itu. “Saya telah membuktikan di Wigan betapa saya begitu gembira bersama kelab ini (United),” kata Vidic. -AFP

Saturday, August 22, 2009

United belasah Wigan 5-0
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0823&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan_Luar_Negara&pg=sl_01.htm
LONDON – Penyandang juara, Manchester United menunjukkan respons hebat daripada kekalahan mengejut 1-0 kepada Burnley Rabu lalu apabila membelasah Wigan Athletic 5-0 dalam perlawanan Liga Perdana England, semalam. Selepas bermula lembap dan terikat tanpa jaringan pada babak pertama, Wayne Rooney menjadi inspirasi United dengan menyumbat dua gol pada separuh masa kedua untuk memulakan pesta gol pasukan pelawat. Bekas penyerang antarabangsa England, Michael Owen turut menjaringkan gol pertama liga bersama United, manakala Dimitar Berbatov dan Nani masing-masing menyumbangkan satu gol.
Sementara itu Arsenal terus bermula garang dalam musim baru Liga Perdana apabila mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas Portsmouth, berterima kasih kepada dua jaringan Abou Diaby.
Kemenangan ini meletakkan Arsenal menerajui liga selepas turut menang besar 6-1 ke atas Everton dalam perlawanan pertama, minggu lalu. Manchester City pula mencatat kemenangan kedua musim ini selepas menang tipis 1-0 ke atas Wolverhampton, manakala Sunderland bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan Blackburn Rovers 2-1. Dalam perlawanan lain, Hull City menumpaskan Bolton Wanderers 1-0 dan Birmingham City seri tanpa jaringan dengan Stoke City. – REUTERS

Thursday, August 20, 2009


BURNLEY - Alex Ferguson tidak bimbang dengan ketumpulan jentera serangan Manchester United biarpun hanya mampu meledakkan satu gol dalam dua perlawa- nan awal Liga Perdana England musim ini.Juara bertahan itu mene- waskan Birmingham City 1-0 pada aksi pertama Ahad lalu, namun dimalukan oleh pendatang baru, Burnley apabila tewas 0-1 pada aksi kedua kelmarin.Biarpun masih cuba menyesuaikan diri tanpa kelibat Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez, pengurus The Red Devils itu tetap yakin pasukannya mampu mengalahkan Wigan esok sekiranya mencipta banyak peluang gol seperti aksi menentang Burnley kelmarin.
"Saya jamin kami akan memberi respons yang sewajarnya pada Sabtu ini (esok). Memang kami semua kecewa kerana ia satu keputusan yang buruk," kata Ferguson."Keadaan padang juga sangat baik, jadi tiada lagi alasan kepada kekalahan ini. Cuma kami sepatutnya bermain dengan lebih baik lagi."Biasanya kami mengambil sedikit masa untuk mendapat rentak. Kadangkala sehingga bulan Oktober baru kami mendapat rentak terbaik kami. Begitupun, kami tidak sepatutnya tewas perlawanan ini. "Pada tahap ini, saya tidak begitu bimbang jika dilihat pada peluang yang kami cipta. Dua atau tiga pemain ada peluang, termasuk Michael Owen dan Ryan Giggs pada babak pertama dan kedua." Robbie Blake menjaringkan gol tunggal perlawanan sebelum penjaga gol, Brian Jensen menyelamatkan sepakan penalti yang diambil oleh Michael Carrick. - AFP

Sunday, August 16, 2009

Jaringan Rooney memadai buat Manchester United


MANCHESTER – Jaringan Wayne Rooney pada minit ke-34 sudah cukup untuk memberikan kemenangan kepada Manchester United 1-0 ke atas Birmingham City di Old Trafford dalam aksi pertama penyandang juara Liga Perdana England untuk musim ini, semalam. United yang memburu kejuaraan keempat berturut-turut musim ini, mempunyai beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol pada awal saingan bagi membuktikan kelab tersebut masih lagi berbisa walaupun tanpa Cristiano Ronaldo yang berhijrah ke Real Madrid. Peluang yang terhidang dipersiakan begitu sahaja apabila Dimitar Berbatov gagal untuk menjaringkan gol ketika di dalam petak penalti, sementara Rooney mempunyai peluang terbaik menyambar bola lantunan tersebut tetapi pertahanan Birmingham berjaya mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.
Selepas itu penjaga gol Birmingham, Joe Hart membuktikan dia berada dalam prestasi terbaik dan cukup bersedia selepas menyelamatkan sepakan lencong Rooney dari jarak 23 meter apabila melakukan aksi akrobatik dengan menumbuk bola keluar. Aksi Birmingham juga harus dipuji apabila cuba untuk menjaringkan gol dengan pencipta peluang melalui James McFadden dari sebelah sayap kiri. Bagaimanapun dia tidak mampu untuk membuat pilihan terbaik dalam menghantar bola kepada rakannya menyebabkan pertahanan United dapat mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Akhirnya usaha keras Rooney membuahkan hasil apabila menjaringkan gol pada minit ke-34.
Rooney menanduk hantaran lintang Nani sebelum bola terkena palang dan dia berjaya menolak masuk bola lantunan tersebut. Birmingham mampu menjadi kedudukan 2-1 tetapi nasib ternyata tidak menyebelahi mereka di Old Trafford. Peluang pertama melalaui Cameron Jerome yang melakukan rembatan menarik dari jarak 18 meter yang ternyata mampu menewaskan penjaga gol, Ben Foster tetapi ia terkena Paul Scholes seterusnya keluar melepasi tiang gol. Seterusnya melalui sepakan sudut yang menyaksikan Patrice Evra berjaya menanduk keluar bola tandukan Frank Queudrue dari garisan golnya. Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan United membuktikan mereka menguasai perlawanan semalam dan sepatutnya menambah gol kedua tetapi percubaan Darren Fletcher tidak menepati sasaran hasil kerja keras Evra di bahagian sayap kanan. Rooney memulakan aksi separuh masa kedua dengan percubaan dari jarak 38 meter tetapi Hart sekali lagi menjadi penghalang apabila mengeluar bola dari kawasan bahaya.Percubaan rendah dari pemain Birmingham Keith Fahey merupakan peluang terbaik untuk pasukan pelawat menyamakan kedudukan tatkala United bergelut memecah tembok pertahanan Birmingham.
United terus memberi tekanan kepada Birmingham bagaimanapun tandukan percubaan Berbatov ketika perlawanan berbaki 20 minit berjaya ditanduk keluar oleh Lee Carsley. Pasukan pelawat mempunyai peluang keemasan pada minit ke-78, namun Christian Benitez tidak mampu menewaskan Foster apabila penjaga gol United itu berjaya menepis bola dengan sebelah tangan. Rooney mempunyai peluang terakhir apabila menerima hantaran lintang Ryan Giggs tetapi tandukannya tersasar, begitu juga dengan pemain gantian Michael Owen yang menyaksikan percubaannya dihalang kemas oleh Hart. “Saya meletakkan Wayne dan Dimitar kerana mereka telah bersama kelab ini pada musim lalu dan antara pemain utama tetapi Michael Owen akan mempunyai peluang, tidak ada masalah mengenai perkara itu.“Masih banyak lagi perlawanan untuk ditempuhi dan dia akan mengambil segala peluang tersebut,” kata pengurus United Sir Alex Ferguson. United kehilangan pemain pertahanan tengah Rio Ferdinand yang mengalami kecederaan di bahagian betis dan mereka dilihat agak goyah di bahagian pertahanan. – AFP

Saturday, August 15, 2009

Misi United bermula


Sumber : http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0816&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm

MANCHESTER – Manchester United sudah bersedia memulakan misi memburu trofi Liga Perdana England bagi musim keempat berturut-turut. Malam ini, skuad kendalian Alex Ferguson itu akan membuka tirai liga dengan menentang Birmingham City di Old Trafford.
Pastinya, Ferguson tidak mahu anak buahnya membuka kempen l
iga dengan langkah kiri selepas mereka dikecewakan oleh Chelsea pada aksi Perisai Komuniti minggu lalu yang menyaksikan The Reds Devils tewas 1-4 menerusi penentuan sepakan penalti.
Bagaimanapun, Ferguson tidak dapat mempertaruhkan barisan terbaiknya malam ini ekoran kece- deraan yang menimpa Edwin van der Sar, Owen Hargreaves serta Nemanja Vidic. Mujur, pemain sayap Portugal, Nani dilaporkan sudah pulih dari- pada kecederaan dan dijangka dapat beraksi malam ini.
Selain itu, Ferguson juga boleh menarik nafas lega kerana tonggak pertahanannya, Rio Ferdinand serta Johnny Evans turut bebas dari- pada masalah kecederaan. Sebelum ini, Ferdinand dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian belakang manakala Evans berdepan dengan masalah buku lali. “Saya gembira kerana beberapa pemain utama kami dapat diturun- kan selepas kecederaan yang menimpa Edwin, Nemanja serta Owen.
“Masalah kecederaan ini tidak dapat dielakkan kerana ia akan berterusan sehingga akhir musim.
“Saya cuma berharap pemain bebas daripada masalah kecederaan berpanjangan kerana jika tidak, ia pasti bakal mengundang masalah buat kami untuk mempertahankan kejuaraan,” kata Ferguson. Sekalipun menganggap cabaran musim ini lebih mencabar, Ferguson tetap optimis skuad kendaliannya mampu merealisasikan impian mereka bergelar juara liga. “Memenangi empat kejuaraan (berturut-turut) merupakan sesuatu yang kami mahu lakukan dan jika berjaya ia suatu pencapaian terhebat. “Namun, percubaan menjulang kejuaraan buat kali keempat berturut-turut menjadi satu cabaran yang hebat buat kami,” jelas Fergu- son. – Agensi

Tuesday, August 11, 2009

Ferguson mula rasa tertekan
Kecederaan Nani jejas rancangan United selepas kehilangan Ronaldo, Tevez
Sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Sukan/20090811015434/Article/index_html

LONDON: Sir Alex Ferguson kini berdepan saat penuh ghairah mencari jawapan apakah ia satu tamparan awal selepas Manchester United tewas kepada Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi Perisai Komuniti, kelmarin. Pengurus berbangsa Scotland itu harus memikirkan dengan mendalam situasi dalam pasukan dengan kecederaan menimpa Nani yang boleh menjejaskan rancangannya selepas kehilangan dua tonggak - Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez. Dalam bahang itu, dia turut melepas rasa geram gara-gara kemarahan ke atas pemain Chelsea, Michael Ballack dan pengadil perlawanan, Chris Foy selepas mereka tewas kepada lawan dari Stamford Bridge itu.
United tewas 1-4 selepas masa penuh permainan berakhir seri 2-2 di Stadium Wembley tetapi Ferguson melenting dengan insiden pada babak kedua, khususnya rempuhan kasar Ballack ke atas Patrice Evra apabila pemain Jerman itu menyiku lawan ketika Chelsea menjana serangan mendapatkan gol kedua menerusi Frank Lampard sejurus selepas itu. "Jika pengadil nampak secara terang ia adalah kesalahan kad merah," kata Ferguson yang mendakwa pengadilan tidak konsisten ditunjukkan oleh Foy. "Dia menyiku pemain kami dan ia amat jelas. Dia harus melihatnya. Sekurang-kurangnya dia boleh menghentikan perlawanan."
Dalam penentuan penalti, Salomon Kalou muncul wira pasukan Chelsea dengan sepakan penalti kemenangan untuk memberi Carlo Ancelotti trofi pertama selaku pengurus baru. Sementara itu, Nani sudah pasti akan terlepas aksi menentang Liechtenstein dalam siri persahabatan, esok dan perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Birmingham. - AFP