Wednesday, December 9, 2009

Bayern, Real, Milan ke kalah mati
PENYERANG Manchester United, Michael Owen meraikan gol jaringannya ketika menentang Wolfsburg dalam perlawanan Liga Juara Juara Eropah di tempat lawan, kelmarin. - AFP


BELGRADE - Bayern Munich menempah tempat dalam aksi kalah mati Liga Juara-Juara selepas menang 4-1 ke atas Juventus, semalam. Turut mengiringi Bayern ialah dua bekas bekas juara, Real Madrid dan AC Milan yang mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing. Juventus tersingkir selepas Bayern bangkit dari ketinggalan untuk menamatkan kekebalan tuan rumah yang tidak pernah kalah di tempat sendiri. Juve yang memerlukan keputusan seri untuk mara dalam Kumpulan A, bermain penuh yakin selepas sepakan voli David Trezequet meletakkan pasukan itu di depan sebelum rebah pada babak kedua. ''Tiada sesiapa pun yang menyangka kami akan menang sebegini,'' kata jurulatih Bayern, Louis Van Gaal yang berasal dari Belanda. Bayern mengakhiri saingan kumpulan selaku naib juara di belakang wakil Perancis, Girondins Bordeaux yang mengesahkan kemenangan 1-0 ke atas Maccabi Haifa dalam satu lagi perlawanan. Dalam saingan Kumpula C, dua ja ringan Cristiano Ronaldo dan sebiji lagi menerusi Raul Albiol memberi Real Madrid kemenangan selesa 3-1 ke atas Olympique Marseille yang tersingkir ke Liga Europa.
Ronaldo membuka jaringan menerusi sepakan bebas dari jarak 30 meter dan menambah jaringan ketiga pasukan pada hujung permainan. Marseille memperoleh gol sagu hati menerusi Lucho Gonzales yang turut terlepas penalti. Milan pula yang seri 1-1 di Zurich, mulanya dalam bahaya selepas Milan Gajic meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-29, sebelum jaringan penalti Ronaldinho dan kemenangan Real membolehkan juara 2007 itu terus bersaing.
Michael Owen pula mencatat hatrik buat kali pertama bersama Manchester United yang menang 3-1 ke atas juara Jerman, Wolfsburg dalam saingan Kumpulan B, sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah dalam Liga Juara-Juara kepada 15 permainan setakat ini.
Bekas penyerang Newcastle United yang menyertai United tanpa sebarang yuran itu meletakkan pasukan Alex Ferguson di depan selepas menerima hantaran cantik Nani. Wolfsburg menarik nafas lega seketika selepas penyerang Bosnia, Edin Dzeko menyumbat gol menerusi rembatan dekat sebelum Owen sekali lagi meletakkan pasukannya di depan sebelum melengkapkan hatrik pada masa kecederaan. ''Hebat, bijak. Anda tahu siapa dia. Jangkaan dia ketika berlari begitu hebat. Saya benar-benar teruja melihatnya beraksi,'' kata Ferguson kepada Sky Sports selepas perlawanan itu tamat. Langkah United turut disertai wakil Rusia, CSKA Mosque selepas menewaskan kelab Turki, Besiktas 2-1, semalam.
Pemain sayap Serbia, Milos Krasic meletakkan CSKA di depan sebelum pemain tengahnya, Yevgeny Aldonin membolos gawang lawan pada masa kecederaan. CSKA yang kembali menyegat selepas permulaan hambar, dua kemenangan dan satu seri juga mungkin ditemani satu lagi wakil Rusia, Rubin Kazan yang akan menentang Inter Milan. Dalam pada itu, satu lagi kelab England, Chelsea yang menjuarai Kumpulan D dikejutkan dengan seri 2-2 dengan wakil Cyprus, Apoel Nicosia manakala naib juara kumpulan, Porto menang selesa 3-0 ke atas Atletico Madrid. - Reuters
Owen kembali dapat sentuhan


Manchester United's Michael Owen is on the way to scoring his third goal during the Champions League group B soccer match VfL Wolfsburg and
LONDON – Alex Ferguson memuji Michael Owen selepas penyerang tersebut memberi mesej peribadi kepada jurulatih England, Fabio Capello dengan jaringan hatriknya.Manchester United menewaskan Wolfsburg 3-1 kelmarin untuk mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara sebagai juara Kumpulan B.Owen membuktikan bahawa dengan prestasinya itu, dia sepatutnya berada dalam senarai skuad England ke Piala Dunia di Afrika Selatan tahun depan.“Sudah banyak kali Michael membuktikan bahawa dia adalah salah seorang penyerang terbaik di England ketika ini,” kata Ferguson.Owen telah membuat lapan penampilan buat United musim ini, namun Ferguson percaya prestasi pemain itu pagi kelmarin mampu membantunya merebut tempat dalam skuad utama Capello.Tambah Ferguson: “Sudah pasti, kerana semuanya telah terbukti di atas padang dan Michael telah memberi yang terbaik malam ini (kelmarin).“Prestasinya ketika latihan telah banyak meningkat dan saya gembira dengan persembahannya malam ini.”
Owen, 30, turut memuji aksi rakan sepasukannya di United.“Aksi saya menjaringkan tiga gol ini sudah pasti akan menjadi perhatian, tetapi ia sebenarnya berpunca daripada kerja berpasukan yang menakjubkan,” kata Owen.Ferguson terpaksa mengubah formasi kepada 3-5-2 dengan menurunkan pemain perancang, Darren Fletcher dan Michael Carrick bersama Patrice Evra di bahagian tengah pertahanan.“Barisan pertahanan kami agak berisiko kerana perubahan sistem permainan. Tetapi kami mengubahnya untuk memastikan penyerang Wolfsburg, Grafite dan Edin Dzeko dapat dikekang,” kata Ferguson. – Agensi

Sunday, December 6, 2009


Gol Tevez ceriakan Manchester United

TEVEZ (kanan) meraikan kejayaan merobek gawang Chelsea bersama rakan sepasukan Robinho dalam saingan EPL

Kemenangan City bantu kurangkan kelebihan Chelsea kepada dua mata ke atas Red Devils LONDON: Carlos Tevez 'membantu' kelab lamanya, Manchester United apabila menghasilkan gol kemenangan untuk Manchester City menewaskan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea 2-1, kelmarin. Kemenangan City, yang hadir selepas rentetan tujuh seri, berjaya mengurangkan kelebihan Chelsea kepada dua mata sahaja ke atas United.
Chelsea, yang tersingkir daripada Piala Liga menerusi penentuan penalti di tangan Blackburn, Rabu lalu, sekali lagi berdepan igauan penalti, apabila sepakan Frank Lampard diselamatkan penjaga gol, Shay Given ketika pendahulu itu ketinggalan 2-1 dan permainan berbaki lapan minit. Bagi Given, yang baru-baru ini kecewa dengan kegagalan Republik Ireland ke Piala Dunia hasil kemenangan kontroversi Perancis, kejayaan itu adalah sesuatu yang istimewa. "Sudah tujuh atau lapan perlawanan sejak kami mengecap kemenangan liga. Ia tambah istimewa kerana menang ke atas Chelsea, pasukan teratas dengan ramai pemain hebat.
"Kami hanya tewas satu perlawanan sahaja musim ini (kepada United), jadi saya rasa persembahan kami setakat ini tidaklah buruk." Chelsea mendahului seawal minit kelapan, menerusi sepakan sudut yang dipertikaikan, apabila bola menuju kepada Nicolas Anelka tetapi rembatannya diselamatkan Given. Namun bola muntah itu terkena Emmanuel Adebayor dan masuk ke gawang sendiri. Begitupun Adebayor menebus kesilapan itu tujuh minit sebelum rehat, apabila merembat dari jarak dekat. Gol Tevez pasti menggembirakan kedua-dua pasukan dari Manchester, apabila rembatannya pada minit ke-56 menewaskan penjaga gol Chelsea, Petr Cech. - AFP

Saturday, December 5, 2009


United terus tampil garang

LONDON - West Ham United tumbang di gelanggang sendiri.Mereka tewas 0-4 kepada Manchester United yang tampil dengan kelas tersendiri pada perlawanan Liga Perdana England semalam.Hari gemilang United itu bermula pada minit-minit terakhir separuh masa pertama apabila mereka meledak gol pembukaan menerusi rembatan Paul Scholes.Rentak garang skuad bimbingan Alex Ferguson itu berterusan pada separuh masa kedua dengan Darron Gibson tampil sebagai penjaring gol kedua pada minit ke-61 diikuti jaringan Antonia Valencia pada minit ke-70 sebelum Wayne Rooney melengkapkan hari bergaya itu dengan gol keempat pada minit ke-72."Kami semakin yakin dan keyakinan inilah yang telah membawa kemenangan."Momentum cemerlang ini akan dipertahankan dalam usaha untuk terus bersaing memburu gelaran liga," kata Ferguson selepas perlawanan itu."Kami akan terus memberi tekanan kepada Chelsea."
Dalam perlawanan lain semalam, Arsenal turut melakar kemenangan selepas menewaskan Stoke City 2-0 menerusi jaringan Andrei Arshavin pada minit ke-26) dan Aaron Ramsey (minit ke-79).Arsenal sepatutnya boleh menang selesa pada perlawana itu tetapi sepakan penalti yang mereka peroleh pada minit ke-21 gagal disempurnakan oleh Cesc Fabregas.Aston Villa turut cemerlang apabila menang 3-0 ke atas Hull City sementara Portsmouth pula menang 2-0 ke atas Burnley.Turut mencatat kemenangan ialah Birmingham yang menang 3-2 ke atas Wigan sementara Liverpool terus tertekan selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan Blackburn Wolves pula menang 2-1 ke atas Bolton di gelanggang sendiri. - Agens

Friday, December 4, 2009

Fergie: Masa untuk bangkit

'Saya bangga aksi pemain muda kami'
LONDON: Alex Ferguson dijangka akan memanggil semula angkatan pemain handalan miliknya menjelang kunjungan Manchester United ke Upton Park, hari ini dalam misi merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea. Ferguson sebelum ini menurunkan barisan muda ketika mencatat kemenangan 2-0 ke atas Tottenham Hotspur di Old Trafford pada saingan Piala Liga Inggeris, Rabu lalu. Percaturan Ferguson berhasil apabila Danny Welbeck, Darron Gibson, Federico Macheda, Gabriel Obertan dan Ritchie de Laet mempamerkan permainan cemerlang untuk memacu United ke separuh akhir.
Pengurus dari Scotland itu memuji pemain mudanya dan menegaskan kritikan terhadap prestasi mereka yang dikatakan tidak mencapai standard sebenar di Old Trafford sebagai tidak berasas. Bagaimanapun Ferguson masih diragui akan menurunkan barisan pemain terbabit untuk saingan EPL yang semakin sengit dengan jurang kritikal lima mata mengejar kedudukan teratas. Pemain pertahanan veteran, Gary Neville percaya persembahan United ketika menentang Spurs adalah bukti kelab itu mempunyai generasi emas sebagai pelapis bagi meneruskan kesinambungan kesebelasan utama yang ada kini.
“Saya tidak fikir mereka sebagai pemain mentah,” kata Neville. “Mereka bermain untuk negara mereka dan saya rasa mereka berhak berada di sana. “Mereka adalah pemain Liga Perdana yang berkualiti dan jelas sekali menunjukkan peningkatan positif.” - AFP
United tampil barisan terkuat

GIBSON menampilkan aksi cemerlang ketika menentang Spurs, Selasa lalu.

LONDON - Alex Ferguson bakal menurunkan semula barisan terkuatnya apabila Manchester United bertandang ke West Ham malam ini.Ia bagi memastikan skuad The Red Devils itu terus kekal mengekori rapat pendahulu Liga Perdana England, Chelsea.Ferguson telah membariskan pemain muda ketika United menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 pada suku akhir Piala Liga, Selasa lalu.Namun, pada pertemuan menentang West Ham, Ferguson pasti akan menurunkan barisan utamanya.Anderson atau Michael Carrick mungkin tercicir seandainya Ferguson mahu menurunkan Darren Gibson malam ini untuk bersama-sama Wayne Rooney, Ryan Giggs, Darren Fletcher dan Paul Scholes.Selasa lalu, Gibson muncul wira United apabila meledak kedua-dua gol buat pasukannya.
Bagi kapten United, Gary Neville, dia yakin aksi mantap barisan muda United ketika menewaskan Spurs membuktikan mereka memiliki satu lagi generasi emas yang bakal membarisi kesebelasan utama United."Saya tidak menganggap mereka pemain muda. Mereka semua beraksi dengan skuad kebangsaan masing- masing dan mereka telah membukti- kan pemilihan mereka tepat."Sukar sebenarnya untuk melangkah jauh dalam Piala Liga tetapi kami sekali lagi mencecah saingan separuh akhir dan akan mencuba untuk melakukan lebih baik musim ini," kata Neville.Sementara itu, West Ham yang bermula hambar musim ini berjaya mengeluarkan diri dari zon penyingki- ran setelah memenang dua daripada empat aksi terakhir.
Anak-anak buah Gianfranco Zola itu juga memiliki pemain-pemain muda yang hebat dan ia meyakinkan pemain senior West Ham, Zavon Hines agar mereka tidak gentar dengan reputasi pemain yang dimiliki United."Saya memandang positif pertemuan ini dan tidak kira siapa lawan kita. Apabila bertemu Arsenal, kami berjaya bangkit daripada ketinggalan 0-2 dan kami kini bersedia menentang sesiapa saja."Setiap kali beraksi, saya berasa gembira kerana bermain untuk West Ham sesuatu yang besar buat saya dan setiap kali turun, saya dapat lebih keyakinan," kata Hines. - AFP
Ronaldo enggan jumpa United

LONDON - Cristiano Ronaldo mengakui, dia tidak mahu bertembung dengan Manchester United dalam saingan Liga Juara- Juara musim ini.Bintang Real Madrid itu tidak mahu berdepan dengan pengurus Alex Ferguson dan bekas rakan- rakan sepasukannya yang masih dianggapnya sebagai kawan.Begitupun, dua kelab gergasi Eropah itu mungkin akan bertemu sesama sendiri seawal pusi- ngan kalah mati Februari depan.Namun, semua itu bergantung kepada keputusan yang akan dicatat mereka pada aksi terakhir peringkat kumpulan minggu depan."Saya tidak mahu bermain menentang Manchester. Ia akan menjadi perasaan yang agak pelik jika saya menentang mereka. Ferguson telah banyak membantu dalam karier saya.
"Saya berada di sana selama enam tahun dan dia mengajar saya banyak perkara. Saya masih mengekalkan hubungan baik dengannya."Dia seorang kawan yang baik. Saya masih memiliki rakan yang sama."Kadangkala saya masih bercakap dengan (Wayne) Rooney, (Nemanja) Vidic, (Rio) Ferdinand, Nani, (Patrice) Evra dan Anderson," kata Ronaldo.Ronaldo mendedahkan bahawa matlamat utamanya kini ialah untuk dikenang sebagai pemain legenda."Jika saya masih mampu bermain sehingga usia 40 tahun, saya akan tetap bermain. Tetapi saya mahu menjadi pemain legenda yang diingati dalam sejarah," jelasnya. - Agensi