Monday, December 14, 2009

Ferguson yakin Owen berpeluang ke Piala Dunia
LONDON: Michael Owen masih mempunyai peluang untuk mendapat tempat dalam skuad England ke pusingan akhir Piala Dunia di Afrika Selatan tahun depan.Sir Alex Ferguson melahirkan pandangan ini selepas Owen mula mengembalikan persembahan terbaiknya bersama United dan ini dijangka menarik perhatian jurulatih England, Fabio Capello.Owen telah menjaringkan 40 gol dalam 89 penampilan untuk England tetapi Capello masih belum yakin akan kewajaran bagi menyertakan penyerang itu ke dalam skuadnya.Jurulatih dari Italy itu mendakwa bahawa Owen masih boleh bersaing bagi merebut tempat tetapi selepas tidak dipilih dalam skuad yang lemah dalam perlawanan persahabatan dengan Brazil di Qatar bulan lalu, Owen kelihatan masih jauh untuk mendapatkan tempat.
Bagaimanapun, Owen telah menjaringkan hat-trick ke atas juara Jerman, Wolfsburg, dalam Liga Juara-Juara Rabu lalu dan meskipun belum menjadi pemain kesebelasan utama United, Ferguson percaya pemain itu mungkin dipilih dalam skuad England ke Afrika Selatan nanti.
'Michael masih mempunyai peluang,' kata bos United itu kepada akhbar The Mail kelmarin. 'Anda tidak boleh menolak rekodnya yang cemerlang bersama England.'Fabio telah menyatakan pendiriannya tetapi prestasinya (Owen) akan menjadi penentu. Ada antara pengkritik berkata beliau tidak cukup bermain tetapi saya fikir ia mencukupi.'Beliau tidak akan bermain setiap minggu untuk saya tetapi beliau wajar ditimbangkan berdasarkan sumbangan yang dapat diberikan kepada pasukan England.Saya yakin Fabio akan menimbangkannya dengan cara yang wajar. Beliau bermain begitu cemerlang pada pertengahan minggu lalu apabila diberi peluang.'Sementara itu, terdapat juga keraguan mengenai kedudukan dua pemain pertahanan United, Rio Ferdinand dan Wes Brown, tetapi Ferguson yakin mereka akan disertakan jika tiada sebarang kecederaan.'Jika Rio cergas, beliau akan dipilih dan saya dapat bayangkan Wes Brown juga akan disertakan,' tambahnya. -- Soccernet.
Wolves tetap hormati MU

LONDON - Pengurus Wolves, Mick McCarthy (gambar) mahu para pemainnya berpijak di bumi nyata apabila turun menghadapi Manchester United di Old Trafford awal pagi esok.Wolves telah mempamerkan kecemerlangan apabila menang dua perlawanan terakhir mereka dengan menewaskan Bolton 2-1 dan Tottenham 1-0 Sabtu lalu."Ia pencapaian yang membanggakan dengan memperoleh enam mata daripada dua perlawanan. "Tetapi saya tidak mahu mula berasa ghairah kerana kami boleh menerima tamparan dengan mudah apabila berdepan United.
"Kami kena sedar, kami masih bergelut untuk menyelamatkan diri daripada zon penyingkiran dan kami sedang berusaha untuk mengatasinya."Jadi kami tidak boleh mendabik dada sehinggalah kami berjaya mencapai kedudukan pertengahan dalam liga," kata McCarthy.Bagaimanapun, McCarthy tetap mengharamkan kejutan daripada anak-anak buahnya seperti mana yang dilakukan Aston Villa ketika menewaskan United 1-0 di Old Trafford, Sabtu lalu."Tiada apa yang mustahil dalam bola sepak dan semangat pemain-pemain pasukan ini pasti membara apabila berdepan United," tambahnya. - Agensi
Ferguson tak gusar kalah
LONDON - Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson tidak gusar dengan kekalahan 0-1 yang dialami pasukan itu kepada Aston Villa walaupun ia bermakna cengkaman Chelsea kian kukuh di persada liga. Juara tahun lalu itu mampu berdiri sama tinggi dengan Chelsea berdasarkan kiraan mata yang sama jika menang ke atas Villa kerana The Blues juga gagal mempamer prestasi cemerlang apabila seri 3-3 dengan Everton. United tumbang kali pertama di laman sendiri kepada Villa sejak 1983 setelah gagal mencari jaringan penyamaan selepas tandukan penyerang Villa, Gabriel Agbonlahor menerjah jaring pada minit ke-21 "Kami berkampung dalam kawasan penalti lawan pada babak kedua perlawanan dan mempunyai banyak peluang keemasan.
"Kami cuma perlu mengambil satu daripada peluang itu untuk kembali berada di landasan betul, sekaligus menukar rentak permainan. Sayangnya, peluang yang satu itulah gagal kami sudahkan. "Saya fikir kami berhak mendapat pujian berdasarkan persembahan pada babak kedua perlawanan. "Mereka memang layak mendapat gol itu namun kami menggasak mereka sebaik separuh masa kedua bermula dan mencipta banyak peluang. Malangnya, kami masih tidak mempunyai apa-apa," katanya kepada MUTV. Apa pun, Ferguson berang terhadap tambahan masa kecederaan yang diberi pada akhir perlawanan tetapi memuji Villa yang kini berada di tangga ketiga liga. "Pertahanan Villa cukup kental dan mereka perlu diberi pujian. Pemain kami sentiasa dihampiri, rembatan kami disekat dan mereka melakukan segalanya untuk menghalang usaha kami. Pertahanan mereka benar-benar berusaha," tambahnya.
United tewas dalam empat perlawanan liga setakat ini namun Ferguson percaya situasi pemburuan juara menampakkan mereka masih berada di kedudukan baik untuk berada di kedudukan teratas pada akhir musim."Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya bercakap tentang masa. Jika kami mampu berada di atas pada Januari, maka kami mempunyai peluang baik menjuarai liga," katanya.Villa sudah menundukkan tiga gergasi musim ini iaitu United dan Liverpool di gelanggang lawan manakala Chelsea di laman mereka sendiri, Villa Park.
"Rekod kami menentang pasukan gergasi kini cukup baik. Saya rasa kami bermain secara bijak dan berani. Lama benar rasanya kelab ini tidak menang di United dan kini kami melakukannya," kata pengurus Villa, Martin O'Neill Ditanya reaksi marahnya berikutan cuma tiga minit masa kecederaan diberi, Ferguson mendakwa masa perlawanan itu telah 'ditarik keluar' oleh pengadil.
"Anda mempunyai sebab yang nyata untuk menambah lebih daripada tiga minit. Jelas, masa itu telah ditarik keluar oleh pengadil."Perlawanan terhenti selama dua minit dan tiga saat untuk dua kali. Tetapi kami cuma diberi tiga minit untuk masa kecederaan," katanya. - Reuters
Hari malang kami: Fergie

United tidak tertekan kalah kepada Villa, Chelsea megah di puncak EPL

LONDON: Pengurus Manchester United, Alex Ferguson enggan membiarkan dirinya dijejaskan oleh kekalahan mengejut 1-0 di tempat sendiri kepada Aston Villa, kelmarin yang gagal menghukum Chelsea yang keciciran mata. Juara bertahan itu sepatutnya kini memiliki jumlah mata sama dengan Chelsea di atas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pendahulu itu diikat 3-3 di tempat sendiri oleh Everton. Tetapi akhirnya mengalami kekalahan pertama di tempat sendiri kepada Villa sejak 1983 selepas gagal membalas tandukan Gabriel Agbonlahor.
“Kami berkampung dalam kotak penalti mereka bagi hampir keseluruhan separuh masa kedua dan mempunyai banyak peluang baik,” kata Ferguson kepada MUTV. “Kami hanya memerlukan satu gol untuk kembali dalam perlawanan dan ia mungkin berubah daripada saat itu; ia adalah salah satu hari yang menyaksikan semuanya tidak kena. “Saya fikir kami berhak mendapat sesuatu daripada persembahan separuh masa kedua. Tidak banyak yang membezakan kedua pasukan pada separuh masa pertama dan terdapat peluang pada kedua-dua gawang. Mereka memiliki sedikit kelebihan dan berhak mendapat gol. Tetapi kami terus mengasak mereka selepas rehat dan mempunyai banyak peluang tetapi gagal mengambil kesempatan.”
Kemenangan bermakna Villa kini sudah menewaskan tiga daripada kumpulan ‘Big Four’ - United, Liverpool dan Chelsea - musim ini. “Sudah pasti terdapat orang yang membuat kaitan itu, dan saya gembira untuk memenanginya,” kata pengurus Villa, O’Neill ketika ditanya mengenai cita-cita pasukannya selepas kejayaan itu. “Empat pasukan terbaik dalam negara ini bertahan buat beberapa tahun, selain Everton, adalah pasukan terbaik dan dalam 38 perlawanan mereka akan berada di atas. “Musim ini rekod kami menentang empat pasukan terbaik adalah cukup bagus dan saya cukup gembira,” tambah bekas pemain tengah Ireland Utara itu. - Agensi

Fergie puji Villa

LONDON: Pengurus Manchester United Alex Ferguson tidak menyalahkan pemainnya berikutan kekalahan mengejut 0-1 kepada Aston Villa kelmarin, meskipun keputusan itu memberikan kedudukan selesa buat Chelsea terus menerajui liga.Juara bertahan itu boleh mengumpul mata sama dengan Chelsea di tangga teratas liga selepas pendahulu itu mencatat keputusan seri 3-3 di gelanggang sendiri dengan Everton. Gol tandukan Gabriel Agbonlahor menghadiahkan Villa kemenangan pertama ke atas United di Old Trafford sejak 1983.“Kami banyak menyerang pada separuh masa kedua dan mempunyai peluang menjaringkan gol,” kata Ferguson kepada MUTV.
“Kami hanya memerlukan satu gol untuk bangkit dalam permainan itu, bagaimanapun ia ternyata bukan hari kami apabila semua percubaan tidak berhasil.“Saya fikir kami berhak mendapat sesuatu daripada apa yang dipersembahkan pada separuh masa kedua.
“Tidak ada gerakan menarik pada babak pertama dan aksi bertambah baik di hujung babak permainan. Mereka berjaya bertahan dan menjaringkan gol. Kami mengasak tapi gagal menyempurnakan peluang dicipta. Ferguson yang berang dengan tempoh masa tambahan pada perlawanan itu Bagaimanapun, Ferguson memuji Villa yang kini melonjak ke tangga ketiga dan dilihat berkemampuan mencabar kedudukan empat pasukan terbaik liga. selepas gagal melakukannya musim lalu.“Benteng pertahanan mereka kental dan berhak mendapat pujian,” katanya. “Mereka menutup ruang dan melakukan apa saja untuk menghalang percubaan kami.” - Reuters

Friday, December 11, 2009

Benteng United kembali kental

MANCHESTER - Pemain antarabangsa Serbia, Nemanja Vidic bersedia kembali mengukuhkan benteng pertahanan Manchester United yang menanti ketibaan Aston Villa di Old Trafford, hari ini. Vidic merupakan salah seorang daripada lapan pertahanan United yang tidak diturunkan ketika menang 3-1 ke atas Wolfsburg dalam Liga Juara-Juara, Rabu lalu disebabkan kecederaan. Sehingga memaksa pengurus pasukan, Alex Ferguson terpaksa bergantung kepada khidmat dua pemain tengah, Darren Fletcher dan Michael Carrick dengan dibantu satu-satunya pemain 'pertahanan yang sebenar', Patrice Evra dalam perlawanan itu.
Mungkin ada yang menganggap kehadiran Vidic selaku antara tonggak kekuatan pertahanan United bakal membawa kelegaan kepada pengurus berbangsa Scotland berkenaan untuk berdepan Villa. Namun, masih banyak perlu difikirkan Ferguson dengan Rio Ferdinand, John O'Shea dan Jonny Evans seakan sudah boleh diilupakan khidmatnya sehingga Krismas sementara Carrick pula mungkin perlu terus beraksi di bahagian benteng jika Wes Brown masih belum pulih dari kecederaan buku lali untuk menentang Villa. Di sebalik senarai kecederaan yang panjang, pemburuan kejuaraan United masih berada di landasan betul apabila membelasah West Ham 4-0, dibantu kekalahan Chelsea kepada Manchester City minggu lalu sekali gus meletakkan Red Devils cuma ketinggalan dua mata di belakang The Blues dalam carta liga.
Sementara itu, pemain tengah Ireland, Darron Gibson bakal mendapat faedah daripada senarai panjang kecederaan untuk diberikan peluang beraksi dalam kesebelasan utama. Dengan Fletcher dan Carrick diserap ke benteng, Gibson telah beraksi dalam lima perlawanan sejak bulan lalu dan menghasilkan tiga gol."Ini adalah waktu yang sukar untuk United. Jelas sekali saya tidak gembira apabila ada pemain tercedera tetapi itu adalah peluang untuk saya membuktikan kemampuan."Daripada tidak bermain langsung tetapi kini beraksi untuk tiga perlawanan dalam seminggu, saya tidak nafikan ia sukar.
"Tetapi pengurus telah menunjukkan kepercayaan tinggi kepada saya dan saya mengambil peluang itu sebaik mungkin. Saya harap ia (peluang bermain) akan terus ada."Seperti diketahui, sukar untuk mendapat peluang bermain dalam setiap perlawanan di United. Tetapi, jika anda memperolehinya, jangan sesekali mensia-siakan peluang tersebut," ujar pemain berusia 22 tahun itu.Meskipun United berjaya menewaskan lawan tanpa menurunkan 'pertahanan sebenar', Fletcher menganggap adalah penting untuk rakan-rakannya yang tercedera kembali secepat mungkin."Kami berdepan beberapa masalah. Justeru, lebih cepat pertahanan kami boleh turun ke padang, lebih baik prestasi yang mampu pasukan ini tonjolkan."Jika tidak, kami terpaksa melakukan rombakan seperti Rabu lalu dan bertindak secara profesional demi kebaikan pasukan."Kami sentiasa masuk ke padang dengan berfikiran positif dan menganggap pasukan ini mempunyai kualiti diperlukan untuk menang tidak kira walau apa pun terjadi. "Tetapi kami tetap mahukan pertahanan yang cergas kerana akan berdepan perlawanan besar dan ia menuntut semua pemain bersedia untuk diturunkan," katanya. - AFP
Vidic kembali diturunkan

VIDIC (kanan) kembali perkuatkan jentera pertahanan United pada pertemuan menentang Aston Villa awal pagi esok.

MANCHESTER - Nemanja Vidic bersedia untuk kembali mengetuai barisan pertahanan Manchester United apabila juara bertahan itu turun menentang Aston Villa di Old Trafford awal pagi esok.Pemain dari Serbia itu merupakan salah seorang daripada lapan pemain pertahanan United yang terlepas aksi Liga Juara-Juara ketika menewaskan Wolfburg 3-1, Rabu lalu kerana mengalami masalah kesihatan.Ia sekali gus memaksa Alex Ferguson merombak barisan pertahanannya dengan menggandingkan Darren Fletcher dan Michael bagi membantu Patrice Evra.Tatkala Vidic bakal kembali beraksi, ketia- daan Rio Ferdinand, John O'Shea dan Jonny Evans bakal memaksa Ferguson sekali lagi meletakkan Carrick di posisi pertahanan tengah andai Wes Brown masih belum boleh beraksi setelah mengalami kecederaan buku lali.Dengan Fletcher dan Carrick lebih diguna- kan sebagai pemain pertahanan dalam bebe- rapa perlawanan sebelum ini, Darron Gibson berpeluang beraksi sejak sebulan lalu dan telah menjaringkan tiga gol.
"Ia memang detik sukar buat United. Saya tidak gemar melihat ramai pemain cedera tetapi ia memberi peluang kepada saya membuktikan sesuatu."Tetapi sukar juga kalau tidak beraksi langsung tetapi nampaknya pengurus cukup percaya dan saya perlu ambil peluang ini," kata Gibson. Biarpun berjaya menggalas tugas sebagai pemain pertahanan dengan baik, Fletcher tetap menganggap betapa pentingnya empat pemain pertahanan asal dapat kembali beraksi secepat mungkin. "Jika tidak kami terpaksa lalui seperti apa kami lakukan sepanjang minggu lalu dan berfikir kami cukup memiliki kualiti untuk menang tidak kiralah siapa lawan kami. "Tetapi kami tetap berharap para pemain pertahanan kami akan kembali cergas kerana kami bakal berdepan beberapa perlawanan penting selepas ini dan berharap semua dapat turun beraksi," jelas Fletcher. Biarpun United dilanda masalah kecederaan, pengurus Villa, Martin O'Neill menegaskan bahawa pasukannya tidak mahu terlalu yakin dalam kunjungan ke tempat lawan. - AFP