Wednesday, July 29, 2009

Amaran Ferguson

Sumber :http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Arena/20090730092432/Article/index_html
30/7/09

LONDON: Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mengingatkan Real Madrid bahawa mengikat pemain bintang seperti Cristiano Ronaldo dan Kaka boleh menggugat kestabilan pasukan.Kelab gergasi Sepanyol itu membayar sejumlah £80 juta (RM464 juta) untuk mengikat Ronaldo dari United dan mengeluarkan £60 juta lagi (RM347 juta) kepada AC Milan bagi mendapatkan Kaka.Penyerang Lyon, Karim Benzema turut berpindah ke Bernabeu tetapi Ferguson tidak begitu yakin dengan tindakan Real yang mengambil terlalu ramai pemain bertaraf bintang.“Contoh terbaik ialah insiden yang menimpa Sunderland pada 1950-an. Kelab itu membelanjakan wang yang banyak untuk membeli pemain dan mereka digelar kelab bank England. Mereka tidak menang apa-apa gelaran dan akhirnya, tersingkir ke liga bawahan,” kata Ferguson kepada The Times.

“Saya tidak mengatakan Real Madrid bakal tersingkir tetapi adalah sukar untuk berjaya dan bakal berdepan masalah keseimbangan. “Saya tidak berniat untuk mengajar Manuel Pellegrini tentang cara memilih kesebelasan utama dengan barisan bintang seperti itu. Saya pernah mengingatkan Ronaldo bahawa dia akan hanya diletakkan di posisi tengah kerana kelab itu tidak mempunyai calon sesuai di posisi berkenaan.” - AFP

No comments:

Post a Comment