Thursday, July 30, 2009

Hargreaves kena rehat lagi

Sumber :http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Arena/20090730092058/Article/index_html

30/7/09
LONDON: Pemain tengah Manchester United, Owen Hargreaves akan terus berehat panjang apabila Sir Alex Ferguson memaklumkan bintang England itu masih belum pulih sepenuhnya.Hargreaves, 28, hanya membuat tiga penampilan musim lalu sebelum terpaksa menjalani pembedahan berikutan tendinitis pada kedua-dua lututnya.Pemain England itu tidak beraksi sejak September 2008 dan berharap mampu untuk turun menjalani latihan bersama juara Liga Perdana Inggeris sebagai persediaan menghadapi kejohanan pramusim di Jerman.Namun Ferguson yang sebelum ini sudah memaklumkan bahawa dia tidak akan menerima bekas pemain Bayern Munich untuk kembali beraksi sehingga September, mengakui Hargreaves tidak perlu segera beraksi.
“Hargreaves tidak akan beraksi dalam kejohanan ini,” kata Ferguson. “Kami berharap dia boleh bersama kami, namun dia masih lagi dalam program pemulihan.“Dia sudah menjalani pembedahan yang besar ke atas kedua-dua belah lututnya tetapi kami tidak akan mendesaknya untuk segera bermain.“Dia masih lagi muda untuk membuat kemunculan semula sebaik cergas sepenuhnya namun kami tidak akan mendesaknya,” katanya. -AFP

No comments:

Post a Comment