Friday, August 28, 2009

Aksi paling panas!


MANCHESTER - Mampukah Arsenal menyekat Manchester United di Old Trafford malam ini? Ia merupakan satu-satunya aksi paling 'panas' dalam Liga Perdana England (EPL) minggu ini. Arsenal kini dilihat paling menonjol selepas mencatat kemenangan bergaya pada dua perlawanan liga awal musim ini. Kehebatan mereka membelasah Everton 6-1 sebelum ini membuktikan skuad kendalian Arsene Wenger itu sudah menemui sentuhan sebenar.Kegarangan yang ditonjolkan Arsenal itu pastinya akan mengingatkan United supaya lebih berhati-hati walaupun mereka dilihat memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.Menambahkan lagi kehangatan pertemuan malam ini adalah memori kemenangan 4-1 United ke atas The Gunners pada separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu.
Namun, situasi berbeza berlaku kali ini apabila Arsenal tampil dengan wajah baru selain bermula garang musim ini dengan merekodkan 15 gol daripada empat perlawanan."Ini adalah ujian besar buat pemain muda saya apabila bertandang ke Old Trafford," kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger. Alex Ferguson pula pastinya mengharapkan sentuhan ajaib Wayne Rooney untuk menghadiahkan kemenangan bermaruah buat United malam ini. "Tiada yang mustahil. Jika kami tampil dengan rentak sebenar, Arsenal boleh melupakan hasrat untuk pulang dengan kemenangan. Kami ada misi tersendiri untuk dipertahankan," kata Ferguson.

No comments:

Post a Comment