Saturday, August 29, 2009

United ranapkan Arsenal
Sumber:http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0830&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm
REKOD cemerlang Arsenal dalam kempen Liga Perdana England tercalar.Selepas gah dengan kemenangan besar 6-1 ke atas Everton sebelum menang 4-1 ke atas Portsmouth, kelab dari London, Arsenal terpaksa akur dengan kehebatan Manchester United semalam.Sekalipun berjaya mendahului hasil jaringan Andrei Arshavin pada minit ke-40, skuad The Gunners itu tewas 1-2 selepas gagal menggunakan kelebihan yang ada bagi membawa pulang tiga mata penuh.Sebaliknya, United yang beraksi di hadapan penyokong sendiri di Old Trafford bangkit menampilkan aksi lebih bertenaga pada babak kedua.Ayam tambatannya, Wayne Rooney menjaringkan gol pertama United menerusi sepakan penalti pada minit ke-59.Lima minit kemudian, United memperoleh gol kemenangan apabila pertahanan Arsenal, Abou Diaby tertanduk bola ke gawang sendiri hasil sepakan percuma Ryan Giggs.

No comments:

Post a Comment